“Nak Beli Baju, Kuih Raya Kena Kira2.” Pernah Beraya Dengan Ekonomi Tak Berapa Baik, Shuib Sebak Kongsi Momen Bersama Arwah Siti Sarah

Share

Menjelang Syawal yang mulia, pastinya kepiluan di hati Shuib Sepahtu, pelawak dan Usahawan tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.

Kenangan menyambut hari raya bersama arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah sebelum ini Akan kekal dilipatan sejarah hidupnya.

Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad jujur mengakui pernah melalui fasa ekonomi turun naik sebelum ini. Begitupun, arwah tetap setia dan menjadi pendorong utama buatnya.

“Momen hari raya yang paling diingati bila bersama arwah ketika saya mengalami fasa susah satu ketika dahulu. Saya pernah susah bersama-sama dengan dia. Kami pernah beraya dalam keadaan ekonomi saya yang tak berapa baik tetapi dia tak kisah.

“Pada ketika itu, saya tiada banyak duit. Nak beli baju, kuih raya dan beri duit raya pun kena kira-kira. Tapi dia tetap setia di sisi saat mengharungi fasa tersebut. Perkara ini akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya kepada MH.

Tambahnya lagi dengan nada sebak, ini merupakan Ramadan pertama disambut tanpa isteri tercinta Di sisi.

“Ketika menyambut Ramadan pertama, kebanyakan ahli keluarga berbuka di rumah saya kerana mungkin mereka tahu saya tengah bersedih.

“Sewaktu kami nak berbuka, pada ketika nak menahan rasa sedih, kebetulan saya ternampak sepinggan nasi di meja sebelah kiri saya yang biasanya menjadi tempat Sarah. Saya bertanya kepada abang ipar ‘Ni nasi siapa?’ dan dia menjawab ‘tak tahu’.

“Kami sekeluarga terus terkedu dan berpandang sesama sendiri. Dah la nasi tu ada tapi kerusinya kosong. Saya merasakan seperti ‘kita’ sedang berbuka puasa sekali. Mungkin kami dah terbiasa dengan situasi sebegitu sebelum ini.

“Bila perkara ini terjadi, nak tak nak saya tetap kena lalui juga. Perasaan sedih tu mesti ada. Menangis pun dah biasa sangat. Tapi tak mengapalah, saya niatkan setiap titisan air mata ini, semoga Allah angkat sebagai penghapus dosa dia,” ujarnya lagi.

 

Shuib berkongsi luahan ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Indigital Music di Hotel Royal, Kuala Lumpur.

Pada majlis sama, turut disampaikan Platinum Award untuk lagu Jangan Khianati Aku nyanyian Azlan And The Typewriter.

Untuk rekod, , Shuib dan Sarah melayari bahtera perkahwinan selama 10 tahun dan dikurniakan empat orang cahaya mata Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang baru berusia 9 bulan.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada tanggal 9 Ogos tahun lalu.

Sumber: Media Hiburan


ARTIKEL MENARIK: “Menunggu Kepulangan Yang Tak Akan Pulang.” Baru 3 Hari Habis Pantang, Suami Pula Meninggal Dunia, Kisah Wanita Ni Bikin Sebak!

ARTIKEL POPULAR: “Ya Allah Adik Gagah Juga, Kakak Tumpang.” Gelagat Comel Aafiyah Ditegur Tokti Menyakat Adiknya Bikin Ramai Terhibur

BACA INI JUGA : “Cantiknya Baby Khadeeja, Secantik Namanya. Muka Chinese Look.” Intan Ladyana Dedah Wajah & Nama Anak


Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club