Menjelang Syawal yang mulia, pastinya kepiluan di hati Shuib Sepahtu, pelawak dan Usahawan tak dapat diungkapkan dengan kata-kata.
Kenangan menyambut hari raya bersama arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah sebelum ini Akan kekal dilipatan sejarah hidupnya.
Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad jujur mengakui pernah melalui fasa ekonomi turun naik sebelum ini. Begitupun, arwah tetap setia dan menjadi pendorong utama buatnya.
“Momen hari raya yang paling diingati bila bersama arwah ketika saya mengalami fasa susah satu ketika dahulu. Saya pernah susah bersama-sama dengan dia. Kami pernah beraya dalam keadaan ekonomi saya yang tak berapa baik tetapi dia tak kisah.
“Pada ketika itu, saya tiada banyak duit. Nak beli baju, kuih raya dan beri duit raya pun kena kira-kira. Tapi dia tetap setia di sisi saat mengharungi fasa tersebut. Perkara ini akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya kepada MH.
Tambahnya lagi dengan nada sebak, ini merupakan Ramadan pertama disambut tanpa isteri tercinta Di sisi.
“Ketika menyambut Ramadan pertama, kebanyakan ahli keluarga berbuka di rumah saya kerana mungkin mereka tahu saya tengah bersedih.
Ads
“Sewaktu kami nak berbuka, pada ketika nak menahan rasa sedih, kebetulan saya ternampak sepinggan nasi di meja sebelah kiri saya yang biasanya menjadi tempat Sarah. Saya bertanya kepada abang ipar ‘Ni nasi siapa?’ dan dia menjawab ‘tak tahu’.
“Kami sekeluarga terus terkedu dan berpandang sesama sendiri. Dah la nasi tu ada tapi kerusinya kosong. Saya merasakan seperti ‘kita’ sedang berbuka puasa sekali. Mungkin kami dah terbiasa dengan situasi sebegitu sebelum ini.
“Bila perkara ini terjadi, nak tak nak saya tetap kena lalui juga. Perasaan sedih tu mesti ada. Menangis pun dah biasa sangat. Tapi tak mengapalah, saya niatkan setiap titisan air mata ini, semoga Allah angkat sebagai penghapus dosa dia,” ujarnya lagi.
Shuib berkongsi luahan ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa Indigital Music di Hotel Royal, Kuala Lumpur.
Ads
Pada majlis sama, turut disampaikan Platinum Award untuk lagu Jangan Khianati Aku nyanyian Azlan And The Typewriter.
Untuk rekod, , Shuib dan Sarah melayari bahtera perkahwinan selama 10 tahun dan dikurniakan empat orang cahaya mata Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang baru berusia 9 bulan.
Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat COVID-19 pada tanggal 9 Ogos tahun lalu.
Lumrah bagi wanita apabila membeli barang kelengkapan dapur akan dijaga dengan sempurna. Tambahan pula jika kelengkapan itu berharga ribu atau ratus ringgit.
Ia termasuk periuk masak jenis kaca. Walaupun berharga mahal, wanita sanggup membeli untuk digunakan ketika memasak. Ia umpama memberi aura positif bagi mak-mak. Tidak mustahil ada yang sanggup membeli periuk masak berharga ribuan ringgit.
Namun, bayangkan jika periuk masak kesayangan didapati pecah. Lebih mengejutkan ia adalah perbuatan daripada sang suami. Tentu boleh bikin geram buat isteri yang telah sekian lama menjaga periuk mahal. Lebih-lebih lagi ia ada kenangan nostalgia.
Begitulah situasi dihadapi oleh lelaki ini, Suhaimi Nayan yang terkejut apabila periuk kaca kesayangan isterinya pecah tanpa disangka. Bimbang dengan situasi itu, dia meminta rakan-rakan warganet memberi idea sebelum isteri pulang ke rumah.
Ikuti kisah lucu ini tapi penuh dengan unsur kebahagiaan sebuah rumahtangga.
Lani pukul 5.20 petang, pukul 6 camtu, bini balik. Kalau2 sahabat dalam ni ada idea untuk jawapan yang sesuai. Di samping itu sertakan juga doa ya. (Beli periuk ni masa hanimun kat Langkawi)
Namun, jawapan netizen bikin berdekah. Berikut antara respon yang mencuit hati.
Rasanya satu Malaysia mengenali Dr Amalina Bakri, iaitu anak kelahiran Malaysia yang kini menetap di London, United Kingdom bekerja sebagai doktor pakar bedah.
Setelah seminggu anak perempuannya dilahirkan, semalam Dr Amalina memilih untuk berkongsi kepada umum wajah dan nama cahaya matanya yang diberi nama Arabella Mia.
“Kami ingin memperkenalkan puteri cantik kami, Arabella Mia, yang dilahirkan minggu lepas di Hospital St. Thomas.
“Kami mengagumi dan menghargai setiap saat dengan kegembiraan kecil kami. Kami teruja untuk melihat apa yang akan datang, Alhamdulillah. lots of cinta – Amalina & Alex,” tulisnya di laman Instagramnya pada Selasa.
Meninjau di ruangan komen, perkongsian Dr Amalina itu mendapat ucapan tahniah dari beberapa selebriti dan orang ternama dari Malaysia seperti Catriona Ross, Mira Filzah dan Vivy Yusof.
Tak kurang juga yang memuji pemilihan nama anak sulung Dr Amalina dan mendoakan supaya Arabella membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.\
Terdahulu, wanita berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu menjadi bualan hangat warga netizen apabila memilih status kewarganegaraan British untuk anak pertamanya.
Dr Amalina mendirikan rumah tangga bersama jejaka Inggeris, Alexander Charles dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Masjid Central London pada 31 Mac, tahun lalu.
Menulis sememangnya memerlukan kekuatan tangan kemahiran sejak awal. Disebabkan itulah anak kecil kita perlu dilatih lebih awal untuk memegang pensil dan dapat menulis dengan baik.
Menurut perkongsian Terapis Cara Kerja Kanak-Kanak, Pn Maryam Jamadi, mak ayah boleh memeriksa perkara-perkara ini jika tulisan anak kurang kemas dan cantik.
Anak yang tulisannya kurang cantik dan kemas, cuma periksa ini.
1. Perkembangan motor kasar.
Kalau perkembangan motor kasar lewat dan tak develop cantik, memang motor halus confirm tak cantik.
2. Berapa lama boleh duduk di kerusi (sitting tolerance).
Kiraannya 1 tahun 3 minit, anak umur 5 tahun sepatutnya minimum boleh duduk fokus 15 minit. Kalau kurang dari ini, maksudnya anak ada masalah fokus. Bila menulis pun asal boleh asal siap.
3. Anak terlampau suka melukis.
Ini pun jadi faktor, dia rasa buang masa menulis. Setakat menyalin. Lagi seronok melukis, boleh berimaginasi tiada peraturan itu ini.
4. Pegangan pensil tak ok.
Pegangan pensil pun masih palmar grasp; mempengaruhi kekemasan penulisan.
5. Belum bersedia.
Ada anak yang lambat timbul rasa minat nak develop skil menulis, jadi dia tak mahu menulis lama. Develop minat dulu, baru mula belajar.
6. Ada masalah visual.
Perlu periksa mata kalau perasan anak ada tanda-tanda rabun. Umur 6 tahun dah boleh bawa jumpa optometris untuk regular checkup mata.
Pengakuan: Tulisan saya tak pernah cantik sejak sekolah rendah. Mungkin sebab kurang merangkak masa bayi dan penggunaan walker.
Nak elakkan tulisan anak tak cantik:
1. Jangan beri anak guna walker.
2. Fasa merangkak selama 6 bulan.
3. Develop motor kasar.
4. Pergi bawa anak ke taman, sekurang-kurangnya 3 kali seminggu.
5. Bergayut, memanjat, main buaian.
6. Beri anak main conteng2 seawal umur 1 tahun.
8. Otak lagi laju dari tangan.
Otak dah fikir kedepan, tangan lambat bergerak. Jadilah tulisan cakar ayam. Ini kebanyakan anak yang jenis aktif akan ada masalah ini atau anak ADHD.
High processing brain.
Secara average, umur 8 tahun sepatutnya anak dah boleh tulis cantik. Cantik tu tak adalah macam printed tau.
1. Sama saiz
2. Alignment
3. Space antara perkataan
4. Boleh dibaca
5. Huruf besar dan kecil betul
Bila kita dipukul, apa tindakan yang perlu kita buat. Tular seorang wanita telah dipukul oleh seorang lelaki gara-gara terlanggar anaknya yang melintas secara tiba-tiba. Keganasan fizikal seperti dipukul merupakan satu perbuatan jenayah yang serius dan tidak boleh dipandang ringan.