Baru-baru ini, beri gembira buat mereka yang membuat pilihan moratarium, setelah kabinet setuju bank kecualikan faedah kepada penerima moratorium. Ia memberi sinar baru kepada mereka yang terjejas.
Dalam pada itu, kita perlu cakna mengurus kewangan dengan sempurna agar tidak menghadapi masalah kemudian hari.
Dalam tempoh ini, pastikan berbelanja mengikut keperluan. Lebih-lebih lagi setelah kerajaan memberi kebenaran untuk merentas daerah bagi merancakkan lagi ekonomi negara.
Nak tahu cara pengurusan kewangan yang sempurna, ikuti pesanan mantan pegawai bank ini.
Notes: Biarpun permohonan moratorium sudah berlalu, input mengenai strategi kewangan boleh menjadi panduan perancangan kewangan anda.
STRATEGI DANA SIMPANAN ANDA
1) Sebelum anda buat keputusan samada ambil Moratorium atau tidak, periksa dahulu komponen pengurusan kewangan paling penting iaitu dana simpanan tunai anda.
2) Masih ada pekerjaan, pendapatan masih kekal setiap bulan, aliran tunai masih OK, Net Worth OK…..bukanlah jaminan untuk anda bersedia menghadapi cabaran selepas 6 bulan akan datang ini.
3) Dana Simpanan anda adalah benda yang sama dengan apa yang disebut sebagai Emergency Fund, Cash Reserve atau Aset Cair.
4) Ramai yang menyebut secara umum iaitu anda mestilah mempunyai duit simpanan untuk 6 bulan, ianya betul tetapi mari kita analisa secara lebih terperinci tetapi mudah difahami semua lapisan masyarakat.
Ads
5) Ada 2 perbelanjaan bulanan anda yang besar iaitu (i) Perbelanjaan Tetap : Ansuran Sewa Beli Kenderaan kepada Bank, Ansuran Rumah kepada Bank atau bayaran sewa rumah & Caruman Bulanan Hibah Takaful. Katakan jumlah semuanya R.M 2,000. (ii) Perbelanjaan Isi Rumah iaitu perbelanjaan makan minum keluarga, bil elektrik dan air, bil telefon, internet, duit poket dan sebagainya. Katakan jumlah ialah R.M 2,000. Maka Jumlah tanggungan anda sebulan ialah R.M 4,000 sebulan atau R.M 48,000 setahun.
6) Jumlah Dana Simpanan yang anda sepatutnya ada jika anda berumur 40 tahun hingga 49 tahun ialah bersamaan setahun tanggungan perbelanjaan di nombor 6 tadi. Ianya Nisbah Semasa antara Dana Simpanan ( Aset Cair anda ) dengan Tanggungan Perbelanjaan ialah 1:1 1:1 bermaksud 12 bulan : 12 bulan iaitu Dana Simpanan mencukupi untuk menanggung setahun tanggungan perbelanjaan ( bagi yang berumur 40 tahun hingga 49 tahun ).
7) Jika terjadi apa-apa yang mengakibatkan anda kehilangan pekerjaan dan aliran tunai, aset tetap anda seperti rumah kediaman, rumah pelaburan dan tanah tidak dapat membantu dengan segera kerana mengambil masa yang lama untuk dicairkan. Kereta pula lagi tidak membantu kerana mengalami susut nilai besar setiap tahun dan jika ianya masih lagi dalam perjanjian sewa beli, nilainya mungkin lebih rendah dari baki hutang. Duit KWSP juga tidak boleh dikeluarkan jika belum sampai had umur, maka untuk golongan yang terjejas ada baiknya anda mohon i-Citra untuk dimasukkan ke dana simpanan anda. Ianya memberi ketenangan fikiran untuk anda mengorak langkah ke depan. Dana Simpanan atau Aset Cair terdiri daripada wang tunai di rumah atau akaun bank, Simpanan ASB, Simpanan Tabung Haji, Unit Trust / Pelaburan tunai, Emas bar juga emas perhiasan mengikut nilai semasa. Anda mestilah mempunyai jumlah aset cair di atas bersamaan jumlah setahun tanggungan perbelanjaan.
9) Bagi mereka yang berumur 39 tahun ke bawah, anda bolehlah mempunyai jumlah dana simpanan/aset cair berjumlah 6 bulan iaitu nisbah 0.5 : 1 dengan tanggungan perbelanjaan setahun. Ini disebabkan dengan usia muda, anda boleh bangkit pantas untuk berniaga atau bekerja sendiri. Juga anda masih diterima dalam pasaran buruh / tenaga kerja untuk makan gaji. 10) Jika anda berumur 51 tahun ke atas, Dana simpanan / Aset cair anda mestilah nisbah 2 : 1. Iaitu anda mempunyai jumlah aset cair untuk 2 tahun atau 24 bulan bagi menanggung perbelanjaan isi rumah jika ditimpa bencana seperti kehilangan pekerjaan atau perniagaan.
11) Pandemik kali ini akan menyebabkan kemerosotan ekonomi dengan nisbah 80 : 10 : 10 iaitu 80% terjejas, 10% bertahan dan 10% terus semakin kaya.
12) Anda boleh belajar mengira sendiri Dana Simpanan / Aset Cair anda dan nisbahkan dengan Tanggungan perbelanjaan anda mengikut umur anda sekarang.
13) Jika anda dapati Dana Simpanan / Aset Cair anda hanya bersamaan sebulan atau 3 bulan tanggungan perbelanjaan, anda dalam keadaan bahaya dan saya mengesyorkan anda mengambil Moratorium 100% 6 bulan untuk mengukuhkan dana simpanan anda di samping memohon i-Citra.
Ads
14) Sebab itulah Moratorium ini bukan hanya untuk yang terjejas pendapatan dan terbuka untuk M40 dan T20 sekali. Tetapi ianya adalah kesempatan untuk anda memperbaiki dana simpanan atau aset cair anda.
15) Baru-baru ini seorang lelaki berumur 40-an yang mempunyai gaji dan elaun R.M 50,000 sebulan kehilangan pekerjaan. Kini pendapatannya ialah R.M kosong. Jumlah tanggungan perbelanjaannya sangat tinggi ( saya tidak ada data ini cuma dimaklumkan oleh seorang rakan perancang kewangan ). Saya dimaklumkan dia mempunyai gaya hidup mewah, baiklah itu boleh tukar jadi gaya hidup B40, tetapi bagaimana untuk membayar ansuran rumah dan keretanya sekarang ?
16) Janganlah anda terlalu mengira jumlah interest dari moratorium jika anda tidak mempunyai dana simpanan untuk sebulan pun. Lebih kurang sama sahaja setiap bank di Malaysia ini. Ianya ibarat orang yang sedang terkapai-kapai lemas di lautan dalam tetapi nak membuat analisa dan kajian dahulu jika ada yang datang nak membantu.
17) Untuk moratorium ini, jika faedah pinjaman perumahan anda ialah 3% sekarang dan anda menyimpan di ASB contohnya dengan dividen 4.5%, anda masih untung 1.5%. Tetapi keuntungan paling besar yang sangat tinggi nilainya ialah ketenangan fikiran dan ketenteraman jiwa anda dan keluarga tersayang. Anda kini mempunyai dana simpanan untuk menghadapi sebarang kemungkinan akan datang.
18) Gunakan moratorium ini untuk membetulkan dana simpanan anda. Duit moratorium ini boleh simpan di ASB atau Tabung Haji supaya anda tiada risiko kehilangan modal. Melabur itu boleh jika anda ada ilmu. Jangan laburkan duit moratorium jika anda bukan pakar. Ceritera indah untung main saham hanyalah nisbah 20:80. Juga usah terpengaruh dengan mereka yang mengaku pakar. Pakar Ular pun mati dipatuk Ular. Pawang Buaya juga mati dibaham buaya. Jurulatih Payung Terjun mati ketika melakukan terjunan. Pakar Scuba pun boleh mati lemas, kepakaran bukanlah jaminan mereka akan selalu selamat.
19) Nasihat ini samada sesuai atau tidak sesuai untuk anda bergantung kepada situasi anda sendiri. Saya berharap saya telah memberi sedikit sumbangan kecil kepada mereka yang membaca.
Ads
Apa pun keputusan anda ingatlah, apabila terjadi bencana nanti, tidak ada orang akan datang ke rumah anda dan berkata….. Hai, saya datang nak bayarkan ansuran rumah dan kereta anda setiap bulan.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Cabaran kewangan masa kini memang luar biasa dirasakan hingga memerlukan bukan sahaja suami untuk mencari rezeki bahkan isteri juga merasakan dirinya perlu keluar rumah untuk membantu suami menambah pendapatan.
Pun begitu, dari sisi seorang suami pula perlulah melihat pengorbanan isteri membantu mereka sebagai sesuatu yang perlu disyukuri dan wajar untuk ‘menjaga’ 7 perkara ini.
Apakah 7 perkara itu dan ini perkongsian penuh darinya. Semoga bermanfaat.
Kalau pendapatan seorang tu tak mampu untuk sara keluarga dan nak isteri tolong topupkan mana yang terkurang, maka jaga 7 perkara ni :
1. Jangan terus suruh isteri bayar apa yang kita tak mampu bayar.
Duduk berbincang, senaraikan komitmen bulanan…jujur dgn pendapatan, brapa yg kita dpt tanpa ada extra income, brapa yg kita dpt dgn extra income…pastu tunjuk brapa baki setelah pendapatan tu ditolak dgn komitmen serta ansuran bulanan…
Klu negatif, negatif lah…kita nk isteri tgok unjuran kewangan keluarga kita jika hanya kita seorang saja yg cover bayar semua walaupun isteri ada pendapatan…
2. Mintak izin dan redha isteri klu nak dia bantu.
Bila kita ada plan kewangan kita, kita buat bajet dan isteri pun nampak semua perancangan tu, insyaAllah, dia akan bantu, cumanya kita sebagai suami kena mintak izin dan redha isteri untuk dia bagi bantuan tersebut…
Dia kena redha dan rela hati untuk bantu, jangan paksa, jangan suruh…mintak elok-elok…
3. Bantuan isteri tak boleh lebih 50%.
Bila isteri nak bantu, maka jangan mintak isteri bantu lebih dari 50%, meaning that isteri tu plak kena keluarkan duit lebih dari kita…kita pulak yang kurang keluarkan duit…maka itu bukanlah namanya kita menggunakan bantuan isteri, tapi kita mengalihkan atau memindahkan bebanan kita, tanggungan kita kepada isteri…
Bantuan isteri tu hanya untuk topup mana yang tak cukup, bukan ambik alih atau tanggung semua…
4. Jangan tambah komitmen tanpa pengetahuan isteri.
Kalau rasa lapang bila dibantu, kalau rasa ada duit lebih bila dibantu, maka jangan sewenang-wenangnya menambah komitmen dan ansuran bulanan tanpa pengetahuan isteri…jangan upgrade lifestyle, jangan tambah hutang, jangan bermewahan sebab kita tu nothing tanpa dibantu isteri dan jika isteri tarik balik bantuan, maka kita tak akan ada duit lebih atau rasa lapang…
Kekalkan atau habiskan komitmen yang ada…
5. Ambik semula tanggungan apabila mampu.
Bila pendapatan kita sebagai suami dah ada lebihan, macam ada ot ke, bonus ke, extra income ke, maka ambik semula apa yang dibayar isteri…kita bayar guna pendapatan kita…
Jangan biarkan isteri terus bantu di kala kita dah mampu untuk bayar sendiri…
6. Bersyukur bila dibantu, jangan buat perangai.
Kesedaran diri tu sangat penting…kalau tak mampu, buat cara tak mampu…kalau dibantu, buat cara dibantu…tak payah nak buat perangai, tak payah nak curang bagai…jangan berat tulang, jangan buat perkara yang boleh menyakiti hati pasangan…
Pasangan bantu kita, kita bantu dia balik dalam cara yang kita boleh seperti mengurangkan bebanan kerja-kerja rumah dia…beneficial for each other…
7. Hargai bantuan yang di hulurkan isteri.
Hargai isteri…sesekali tu bawak la dia makan diluar, bagi dia kejutan, kumpul duit dan bawak dia berjalan…tambah kasih sayang dan cinta terhadap isteri sebagai salah satu cara kita berterima kasih kepada dia kerana sanggup bantu kita, keluar duit untuk kita asbab kita kurang berupaya dan berkemampuan untuk tanggung dan bayar semua…
Orang perempuan kalau dikatakan nampak muda dari usia sebenar mesti suka bukan? Maklumlah awet muda, dan jika ditanya apa rahsianya ada sebahagiannya mempunyai amalan petua.
Memang benar, petua awet muda memang banyak dan salah satunya adalah dengan minum jamu asam kunyit. Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Sue M Shauhki atau lebih mesra disapa Kak Suuci tentang ibunya yang nampak muda walau pun umur telah menginjak di usia 50 tahun ke atas.
Jom ikuti perkongsian daripadanya.
“ Kita yang dah nak masuk umur 30 – 40an ni . Kena rajin amalkan jamu…jangan sesekali pandang remeh hal kesihatan. Belom umor 40 , lembik sana sini , masuk angin , kolestrol melonjak. Buat jamu yg mak ajar tu.. suami isteri boleh minum . Biarr segeeeerrr !! “ – bebel bunda saya.
Itulah realitynya, kalau cubit lengan ibu saya masih pejal macam anak dara. Di usia 53 tahun masih belom menopause tau
“Hari ni saya nak kongsikan resipi JAMU yang mak saya pernah buatkan untuk saya 20tahun yang dahulu. Tapi dulu saya liat nak minum jamu ni, sekarang baru lah rase sakit sana sakit sini, baru umur 30 ++. Umur Mak saya dekat 50 tahun lebih , steady lagi tau ! Kulit tegang jeh. Rilek je angkat tong gas ke hulu ke hilir,”- Sue M Shaukhi
INI JAMU YANG DIAMALKAN OLEH IBUNYA Jamu Asam Kunyit Mak saya.
Resepi ini untuk 3 liter JAMU .
Bahan-bahan:
Segenggam Kunyit matang.**
Segenggam Halia Bentong. ** Kalau tiada halia bentong, boleh pakai halia tua. Makin tua, makin pedas makin tinggi zat nya.
Segenggam Temukunci**. Ambil ubi dan jari jemari sekali ( saya tak masukkan kali ni )
Segenggam cekur / kencur **. Sama aje kedua duanya. Sini panggil cekur. Jawa panggil kencur.
Daun pandan sehelai – simpulkan .
Daun Sirih 3 ke 5 helai ikut saiz. – optional. ( untuk wanita bagus )
Air 3 mangkuk.
Perisa ikut selera memasing:
2 genggam Asam Jawa , ambil airnya.
2 keping Gula Melaka ( nak manis letak lebih sikit )
Sebiji lemon – belah – belah
Sebatang serai – ketok je
Lada Hitam utk yang lepas bersalin boleh tambahkan ketika fasa memblender tu.
saya letak je semua ni, sedaap nanti.
Bahan bertanda (**) mestilah di kisar halus.
Cara penyediaannya :
Kisar bahan yang bertanda ** hingga halus.
Kemudian tuangkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk.Set api sederhana besar.
Kemudian masukkan air.
Masukkan pandan dan bahan-bahan lain.
masak sehingga mendidih.
Masukkan lada hitam dan didihkan sekali lagi dan siap!
Kemudian tapis dan simpan di dalam botol.Tidak Sesuai Ketika:
Waktu haid
Sedang hamil
Anak kuning / jaundis
Kalau kencing manis, jangan letakkan gula melaka. Boleh gantikan dengan daun stevia kering.
Kalau darah tinggi, jangan masukkan garam. Gula pun kurangkan.
Ini JAMU bukan air sirap boleh minum hari – hari, dapat 1 cawan sehari & cuma 2-3 x seminggu sudah memadai.
NOTA KAKI :
Jamu Asam Kunyit Herba siap diminum. Boleh minum panas suam suam. Kalau nak minum sejuk tu boleh minum air sunquick la. Jamu lagi elok , lagi bermanfaat, lagi afdal kalau minum panas suam suam. Minum secawan pagi sekali secawan Malam sekali. 2 – 3 x seminggu pon dah ok.
Boleh tapis bahan kisar tu sebelum masak , dan hampasnya buat LULUR jika RAJIN ya. Tapi saya ikut style mak, tak tapis, bahan kisar tadi terus masuk periuk & masak sehingga mendidih . Sehingga tersejat 1 inci. Mak kata “ BIOR KELUOR SARIPATINYA !”
Orang sedang berpantang dalam seratus hari , boleh tambah lada hitam ketika blend.
JANGAN TERUS AMBIL JAMU jika anak JAUNDIS .
Bagus untuk panaskan badan dan pecah darah beku. Minum jangan banyak takut anak tak tahan .. panas kan jamu ni. 1/2 cawan waktu pagi sudah memadai. Khasiat kunyit juga untuk mengecutkan rahim yang kembang lepas bersalin.
Orang lelaki pon boleh minum,
Inilah cara orang dulu keluarkan toksin dari badan selain buat rutin kerja harian, memang abis berpeluh , sendawa & kentut tu.. petanda bagus tau !!
Perubahan yang boleh nampak ialah, kulit nampak lebih jernih, berseri & pink – pink sikit..Part lain kena cuba sendiri dulu lah ye.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bahagia itu tidak bersandar pada kebendaan semata-mata, apa guna semua harta yang melimpah ruah namun tidak berkat, tidak ada gunanya. Walaupun kita memiliki harta yang yang banyak, kehidupan yang mewah namun hati tidak tenang dan bahagia, ini menunjukkan kepada kehidupan yang tidak diberkati. Ibarat istana kosong tanpa berpenghuni.
Memetik satu tazkirah Ustaz Don Daniyal, ujarnya apabila berlaku sesuatu pada diri, jangan ditunding jari pada orang lain. Sebaliknya periksa apa yang tidak kena pada diri terlebih dahulu.
“Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tidak masuk ke dalam perut. Ada lagi sumber yang lain kita perlu elak dicampurkan dengan darah daging.
Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu pun ragu statusnya. Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Ataupun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.
Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara. Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong membeli belah sebelum pulang ke ofis.
Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim overtime. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri. Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa, bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.
Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tidak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri”.
Justeru, Ustaz Don menggariskan beberapa tip dalam mencari keberkatan hidup
*KEBERKATAN YANG DICARI*
*5 cara untuk mendapat pahala setelah mati:*
1. Beli Al – Quran kepada seseorang, setiap kali dia membacanya kamu akan menerima pahala.
2. Sedekah kerusi roda kepada hospital, setiap kali orang sakit menggunakannya nescaya kamu akan mendapat pahala.
3. Turut serta dalam pembinaan masjid.
4. Meletak watercooler di tempat awam.
5. Menanam pokok. Kamu menerima pahala sekiranya ada manusia ataupun binatang berteduh di bawahnya atau makan darinya.
Sumber: Mohd Zamri (facebook)
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...