Bila hutang terlalu banyak, sampai baki gaji tinggal sikit, nak menyimpan pun takde, jiwa tertekan tidak tenang, maka hidup kita benar-benar sudah menjadi HAMBA HUTANG.
Berhutang tu biar berpada-pada. Berhutang untuk beli sebuah rumah, sebiji kereta, sebiji motor itu memang dah adat, kerana ia keperluan masyarakat moden.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
1. Berhutang sampai 2 biji rumah sebab ramai yang cucuk-cucuk kata kena ada banyak rumah. Namun hidup rasa sempit, kewangan paras leher, jiwa serabut. Jika sampai begini sekali, lepaskanlah satu rumah tu. Hidup tenang-tenang gaisss.
2. Gaji baru 7-8 ribu, tapi berhutang kereta mewah range 140K-170K. Pada pendapat saya, kereta ni kita pakai yang ala kadar jer dulu. Lagipun gaji 7-8 tu taklah banyak mana. Masa muda umur 25-40 tahun, kena fokus 3 perkara- gemokkan saving, langsaikan hutang kereta dan labgsaikan hutang rumah.
Ads
3. Masa saya income bersih 16K sebulan, nak ambil merc pun pikir 200 kali kot. Sebab masa tu saya memang tengah fokus tutup loan-loan rumah, dan tengah aim gemokkan saving. Bila saya decide bersara, tiada income, saya terpaksa guna duit saving utk tutup hutang rumah saya. Bila fikir semula, nasib baik tak ambil merc…
4. Saya simpati dengan geng gomen yang awal-awal dah ambil PL 100K dan 200K. Lagi kesian bila suami isteri sorang 200K hutang PLnya. Gaji laki bini tinggi, talh suami terpaksa partime bawa grab utk sediakan duit belanja sekolah anak-anak.
5. Masa muda umur 20an dan 30an, kena rancang perbelanjaan dgn bijak. Kena rajin lepak di page atau fb influencer yang ajar tentang urus duit dan urus duit urus hutang.
6. Apa-apa pun kena amat berhati-hati yea. Zaman sekarang, kita diajar untuk menanggung terlalu banyak komitmen, kena ada itu lah kena ada inilah (saya tak nak sebut apa haha). Be wise !! Jangan sampai terjerat.
7. Apa-apa pun, jika hati kita ni ada fikir akhirat, fikir Allah, Allah, Allah, ada sedikit bekalan agama, kita tidak akan mudah terpengaruh dengan semua benda yang disogok di depan mata kita.
Ads
8. Carilah ilmu agama semasa muda. Sibuk macam mana pun, kena sentiasa ‘basahkan hati’ kita dengan 3 ilmu ini – tauhid/usuluddin, feqah, tasawwuf. InsyaAllah hidup tak akan kalut sangat mengejar harta dunia.
9. Jika hidup kita jauh sangat dari Allah, tu yang sampai simpan angan-anggan nak ada saving 1 juta baru rasa tenang bersara. Percayalah, ketenangan jiwa bukan datang dari saving 1 juta atau polisi takaful hibah 1 juta.
10. Ramai juga orang yang duit simpanan semasa bersaranya ratus ribu dan juta-juta. Namun akhirnya semua itu terrrrlebur kerana masuk skim cepat kaya, skim guaranteed profit bulanan dsbnya. Sifat tamak manusia memang akan membawa kepada kebinasaan. Lalu Allah uji atau didik mereka dengan kehilangan duit ratus ribu dan juta-juta yang dikumpul dengan penat lelah sejak muda.
Biar sedikit, namun berkat, hidup aman, jiwa tenteram, dapat pulang ke hadrat Allah dengan bekalan yg mantap. Aamiin.
Setiap anak ada perjalanan perkembangan mereka sendiri. Sebagai ibu bapa, kita mesti faham bahawa membaca bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa terlalu awal. Ia perlukan masa, kesabaran, dan pendekatan yang sesuai dengan minat serta keperluan anak.
Apa yang lebih penting adalah memastikan asas perkembangan mereka kukuh sebelum melangkah ke peringkat seterusnya.
Ramai ibu bapa mungkin risau bila anak belum pandai membaca pada usia tertentu, tapi sebenarnya ada banyak cara untuk membantu tanpa perlu memaksa. Dalam perkongsian Siti ‘Aisyah Rozalli menyatakan caranya membimbing anak membaca dengan kaedah yang santai tapi berkesan. Ia lebih kepada fokus membina asas yang kukuh, daripada mengharapkan hasil yang cepat.
Anak saya ni masa umur 6 tahun baru saya start betul-betul ajar dia membaca. Masa darjah 1 baru dia betul-betul pandai baca. Apa yang saya buat sebelum tu?
1. Banyakkan perkataan dia Kami ada rutin baca buku sebelum tidur masa waktu anak-anak 4 orang tu dalam fasa usia nak banyakkan vocab, dan kenal bahasa bertulis.
2. Pastikan dia ada kesedaran fonemik yang mencukupi. Kami suka main teka-teka. “Apa benda yang mula dengan bunyi KE?” Anak-anak pun tekalah. Kereta Kerusi Ke sana Ke sini Kentut (pastu gelak ramai-ramai). Kesedaran fonemik ni penting untuk anak tu alert yang perkataan terhasil dari bunyi-bunyi yang digabungkan.
3. Pastikan anak ada kemahiran motor halus dan fokus mata yang mencukupi. Main gunting-gunting. Buat origami. Main lukis-lukis.
Siti ‘Aisyah Rozalli bersama ahli keluarganya
4. Pastikan anak-anak boleh urus diri. Ini sangat penting untuk perkembangan sosial-emosi. Anak yang ada kemahiran urus diri yang baik, ada motivasi yang lebih baik untuk belajar pelbagai skill.
5. Pastikan anak-anak suka buku, suka pensel. Uuiiii… ramai tau sekarang anak-anak yang jadi “benci” buku dan pensel sebab dipaksa baca tulis dari usia kecil. Anak-anak memang banyak main je masa kecil. Anak kami yang no.2 & no.4 pandai membaca awal sikit. Sebab mereka sendiri yang paksa kami ajar mereka membaca. Tak sabar nak baca sendiri. Tunggu mama bacakan, kena tunggu malam tiba. Begitulah… Asas perkembangan tu penting. Pastikan anak yang kita nak latih dia kuasai baca tulis tu dah kuasai asas-asas tersebut.
Membuat pembelian dengan menggunakan kad debit memang mudah, tidak perlu lagi membawa wang yang banyak jika ingin berbelanja. Cukup sekadar layangkan sahaja pada mesin di kaunter, sudah selesai proses jual beli. Memang mudah zaman sekarang ini.
Pun begitu, siapa sangka kemudahan tersebut juga menyebabkan seorang wanita ini berasa terkilan dan terkejut bila wang di dalam akaun hanya berbaki RM23 sahaja gara-gara kadnya digunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Bahana Paywave
Baru-baru ini tular perkongsian video dari seorang pemilik akaun Tiktok @lizashely87 menceritakan pengalaman peribadi apabila duit di dalam akaunnya lesap garap-gara tidak menyedari kad debitnya hilang.
Menurut perkongsiannya itu, orang tersebut telah melakukan 8 transaksi dan termasuklah membeli barang kemas menggunakan kad debit miliknya.
Bercerita lanjut tentang kejadian itu, dia sebenarnya ada menerima mesej pemberitahuan namun tidak mengindahkan kerana menganggap pesanan tersebut adalah daripada MKN untuk memaklumkan berkaitan SOP dan sebagainya.
Sementara itu dia juga telah membuat laporan polis berkenaan kejadian itu dan turut memberi peringatan kepada wargamaya untuk menghadkan jumlah perbelanjaan kad untuk mengelakkan perkara yang sama terjadi pada orang lain.
Meninjau di ruangan komen ada juga yang bertanya cara untuk off paywave untuk mengelakkan kejadian ini berlaku pada diri mereka dan merasakan lebih selamat menggunakan pembayaran menggunakan pin nombor sahaja.
Menjawab pertanyaan tersebut, Yaya berkongsi cara yang boleh dilakukan di ruangan komen :”Paywave tak boleh off. Tetapi boleh login dekat website, pergi dekat setting > account > card > set limit 0 terus, sebab limit asal 250, selamat mencuba”.
Intan Juan juga berkongsi pengalamannya yang telah pun 2 tahun off paywave. Ujarnya “Amount sikit pun tekan-tekan pin rasa lebih selamat”
Umum mengetahui bahawa sambutan hari raya tahun ni adalah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Lebih menyedihkan ini merupakan kali kedua, hari raya tidak dapat pergi menziarahi ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai.
Kesedihan ini bukan sahaja dirasai oleh orang dewasa tetapi pastinya lebih terkesan kepada kanak-kanak. Jika sebelum ini mereka dapat berkunjung ke rumah jiran dan kawan-kawan sepermainan di kawasan perumahan berdekatan namun kini sebaliknya.
Begitu juga dengan kisah keluarga ini. Tanpa disangka, kesan arahan PKP 3.0 itu telah memberi kesan mendalam kepada anaknya yang berusia lima tahun sehingga menconteng pintu bilik dengan melukis gambar seakan kawan-kawanya datang beraya.
Menurut puan Masliana Nordin menerusi facebooknya, sebelum ini anak tidak pernah berani untuk menconteng dinding di rumah. Namun menjelang hari raya tempoh hari, beliau terkejut mendapati ada contengan di pintu bilik.
“Anak umur 5 tahun buat keja, sejak kecik tak pernah langsung conteng dinding tup-tup menjelang hari raya di pkp 3.0 . Apakah? Protes tak boleh ajak kawab beraya ke nih.”
Katanya lagi, apabila ditanya apakah maksud gambaran lukisannya itu, mengejutkan buat dirinya apabila anaknya menjelaskan bahawa itu adalah kawan-kawannya yang datang beraya ke rumahnya. Malah anaknya siap memberitahu nama kawan-kawannya.
Dalam pada itu, beliau tidak nafikan mungkin anaknya bosan tidak dapat bermain di luar rumah seperti biasa yang menjadi antara faktor penyebab anaknya bersikap demikian.
Dalam pada itu warganet turut bersimpati dengan kanak-kanak berkenaan yang memahami bahawa lumrah kanak-kanak ingin meraikan hari raya dengan pergi menziarahi ke rumah kawan-kawan.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...