Nak Bawa Pesakit Covid-19 Ke Hospital Dengan Kenderaan Sendiri, Dr Ni Jelaskan Cara Yang Selamat!

Share

Sekiranya anda perlu membawa ahli keluarga yang positif Covid-19 ke hospital dengan  menggunakan kereta sendiri, tentu ada yang rasa ragu-ragu dan bimbang dengan keselamatan diri.

Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian khusus dan ini telah dijelaskan secara detail oleh Dr Hana Hadzami melalui perkongsian video di aplikasi TikTok.

Cara Membawa Pesakit Covid-19 Menggunakan Kederaan Sendiri

Langkah 1 : Pastikan anda terlebih dahulu memakai PPE asas iaitu pelitup muka N95, Face Shield dan sarung tangan. Pun begitu jika ada apron plastikboleh juga dipakai pada tubuh dan itu adalah lebih baik.

Langkah 2 : Pastikan pesakit Covid-19 yang ada bawa perlu memakai pelitup muka 3-ply sahaja dan tidak perlu memakai PPE seperti anda.

Langkah 3 : Pastikan ada penjarakan fizikal ketika di dalam kereta. Contohnya jika anda duduk di tempat pemandu, pesakit hendaklah duduk di belakang dan bertentangan dengan pemandu. Pastikan jarak sejauh mungkin dengan pesakit.

Langkah 4 : Pastikan pengaliran udara yang cukup di dalam kereta. Elakkan menggunakan aircond dan bukalah tingkap. Dengan membuka tingkap semasa kereta bergerak, boleh menurunkan tranmisi virus >50%.

Jika anda memandu dengan kelajuan rendah, anda boleh buka semua tingkap. Namun jika anda memandu laju  atau di dalam keadaan hujan maka buka tingkap separuh berlawanan dengan tempat duduk penumpang. Jika tidak pun buka tingkap setiap 10 minit pun cukup.

Photo by A n v e s h on Unsplash

Langkah 5 : Setelah pulang ke rumah mandi dan bersihkan diri anda. Lakukan juga nyahkuman untuk seluruh bahagian kereta anda.

Untuk lebih jelas dengarkan video penjeleasan daripada Dr Hana Hadzrami ini

@drhanahadzramiCara bawa oesakit Covid ke hospital ##covid19malaysia ##kitajagakita♬ Acoustic sentimental loop with a sad atmosphere – Susumu Nagatomo

Sumber : TikTok @drhanahadzrami

 

 

ARTIKEL MENARIK: Tanpa Perlu Berbelanja Besar Pun Boleh Dapatkan Kulit Cantik, Salah Satunya Gunakan Susu!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Owning Lutsinar, Bukan Je Nampak Moden Malah Sesuai Sangat Untuk Ruang Tepi Rumah!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club