
Kita sering mendengar perkongsian pengalaman keluarga orang lain melancong keluar negara. Punya kisah yang menarik dan ada kalanya kita rasa pelik.
Contohnya dalam keperluan membawa bekas berisi air atau botol air ke dalam tandas jika melancong ke negara China, Korea, Vietnam dan sebagainya.
Mengetahui hal itu, bagi memberi kemudahan buat kita anak beranak yang hendak melancong ke negara tersebut, ayuh baca perkongsian daripada Haya Yahya ini tentang trik yang dilakukannya. Jom semak.
Saya pasti semua orang tahu kegunaan barang di dalam gambar ni. Tapi kita bukan nak guna softenernya. Kita nak guna bekas softener ni.
Bekas nilah yang saya akan bawa travel jika ke negara-negara seperti China, Korea, Vietnam dan sewaktu denganya.
Kenapa nak nak bawa? Bekas ni amat berguna jika ke toilet. Kebanyakkan negara yang saya sebutkan tadi, toiletnya tiada paip air atau bidet. Jadi bekas nilah penyelamatnya.
Sebelum masuk toilet isi dulu bekas ni dengan air di singki, lepas tu pandai-pandailah setel masalah anda.
Mudah dibawa, ringan dan boleh recycle beberapa kali.
Sekian tips dari saya…. HAPPY TRAVELING TO ALL TRAVELERS……
Sumber : Haya Yahya
Beli Bendi Tak Perlu Patahkan Hujung Buahnya Lagi. Tapi Buat Cara Ni, Confirm Pilihan Anda Tak Ada Yang Tua!

Mematahkan hujung bendi adalah menjadi perkara kebiasaan yang akan kita lakukan ketika memilih bendi sebelum dibeli. Andai bila dibengkoknya hujung bendi dan patah elok, itu menandakan bendi masih muda. Namun jika sebaliknya berlaku, itu bermakna bendi tersebut sudah tua dan liat. Ini apa yang kita semua sedia faham.
Pun begitu, sedar atau tidak perbuatan kita ini akan menyebabkan bendi yang dijual oleh peniaga menjadi rosak, tidak elok dan ini kadang kala menyebabkan peniaga berasa tidak puas hati bila sayur-sayur yang dijual dibuat begitu.
Oleh sebab itu, lebih baik kita bertukar cara dan teknik untuk memastikan bendi yang ingin dibeli masih muda dan enak dimakan. Tapi bagaimana caranya?
Mungkin ramai yang tidak tahu, sebenarnya ada cara lebih baik dan lebih mudah untuk anda lakukan tanpa perlu lagi mematahkan hujung bendi untuk kenal pasti sama ada tua ada muda.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Encik Azuan Abdullah, beliau banyak pengalaman dalam berkebun dan tidak lokek berkongsi ilmunya di media sosial.
Untuk itu, jom ketahui cara yang dimaksudkannya itu.
Tips Beli Bendi Tanpa Patahkan Hujung Buah
Pagi semalam masa jalan-jalan dekat kebun, kawan ada tanya macam mana nak kenal buah bendi yang muda dan sesuai untuk dimakan tanpa patahkan hujung buah.
Nak patahkan hujung buah, kena marah ke tokey kedai. Jika tak patahkan dan beli bendi tua, kena bebel dua tiga bakul pulak dengan isteri. Serba salah aku ni. Rintih kawan saya sambil buat muka seposen.
Senang jer cara nak kenal buah bendi ni balas saya spontan.
Okey, dah senang sangat. Tolong cerita sikit macam mana caranya aku nak kenal buah bendi ni sambung kawan saya lagi dengan muka tak puas hati.
Saya pun ambil pisau dan ajak beliau pergi dekat pokok bendi. Terus saya potong 4 biji buah bendi dan bagi beliau pegang. Kami pun jalan sama-sama ke tempat teduh.
Bendi ni kita boleh kelaskan kepada 5 tahap.
1. Sangat muda
2. Muda
3. Tua
4. Sangat Tua
5. Tua Bangka
Macam mana nak kenal 5 tahap ni? Aku dah tak sabar nak tahu ni celah kawan saya lagi.
Sangat Muda:Buah yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai buah. Rujuk gambar buah nombor 1. Buah ni sangat sedap untuk kita celur, rasa manis bendi tu ada. Cicah dengan budu tempoyak dan nasi panas-panas, gerenti tak cukup nasi satu pinggan.
Buah tahap ni tak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik, tiada rasa bendi nanti.
Muda :Buah muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 2. Biasanya saiz lubang tu besar jarum je. Sangat sesuai untuk dibuat masak singgang, kari dengan kepala tenggiri dan asam pedas ikan pari. Perghh memang terangkat weh.
Tua :Buah tua ni akan ada lubang udara saiz mata ball pen di tangkai buah. Rujuk gambar nombor 3. Tidak sesuai untuk dimakan sebab buahnya dah agak keras. Tahap ni la yang biasa banyak kita silap beli.
Sangat Tua :Buah sangat tua ni lubang di tangkainya dah besar sangat, lebih kurang saiz lidi sate. Buahnya dah rasa keras dan mula berkayu. Tak boleh nak makan sebab buah dah rasa macam bersepah dan tak rasa apa-apa.
Tua Bangka :Buah tua bangka ni 100% buah dah bertukar warna jadi coklat dan kering. Maaf tiada dalam gambar sebab buah diladang kami belum sampai tahap ni lagi. Buah tahap ni la kita simpan untuk buat benih.
Patutlah mu kata mudah , memang senang sangat nak tahu bendi ni muda atau tua. Yang tiada lubang udara di tangkai tu sangat muda. Akan ada lubang udara kecil bila muda dan lubang udara jadi makin besar bila buah makin tua. Betul kan? Tanya kawan saya nak kan kepastian.
Ya, dah betul tu.
Lepas ni confirm orang rumah aku tak ”ngepek” dah bila aku beli bendi nanti. Silap-silap dia pulak tanya aku macam mana cara nak pilih bendi muda tanpa perlu patahkan hujung buah kan.
Ajarkan juga ilmu ni pada keluarga kita ye SEBAB mungkin masih ramai yang belum tahu.
sumber : Azuan Abdullah
“Ayah Merangkak Cuba Tutup Kepala Gas.” Wanita Ni Kongsi Insiden Cemas Api Menyambar Ketika Tengah Rebus Ketupat!

Malang tak berbau, demikian yang terjadi pada keluarga ini. Insiden kebaran kecil di dapur menyebabkan mereka sekeluarga trauma. Kisah ini dimuat naik oleh Nadyya Salim menerusi laman facebooknya.
Menurut Nadyya, kebakaran kecil itu tercetus disebabkan oleh batang paip gas tercabut menyebabkan api menyambar keluar.
“Seumur hidup ni pertama kali jd kat kami, jadi kebakaran dalam rumah kami. Allahuakhbar Tuhan ja tau macam mana perasaan kami tadi, kelam kabut blank semua ada bila tiba2 api meletus dan menyambaq satu dapur kami.
“Masa ni tak pikir apa dah,selamatkan kereta dan kucing2 ja pastu pakat lari keluaq rumah jerit panggil jiran ,call bomba. (gambar last kena qengau habis sbb kucing pun jadi takot). semua jadi sat sangat sampai tercungap-cungap kak nadya lari nak selamatkan apa yg boleh diselamatkan.. ketaq tangan
“Kejadian tu jadi masa mak dok rebus ketupat, lepastu dia masuk bilik nak sembahyang, tiba2 kami dengar api dah menyambaq. kuat bunyi. memang takleh buat apa dah sbb main dgn gas ni, silap cara padam lagi sakan dia menyambaq kan. alhamdulillah nasib baik bomba sampai cepat, dia padamkan api tu lepastu cari punca.
“Rupanya punca jadi kebakaran ni sebab batang paip gas tu tercabut then terus sambaq api. Allahuakhbar nasib baik masa dia meletup tu mak tinggai pi sembahyang, kalau tidak kena mak ayah plak cerita dia merangkak pi cuba tutup kepala gas masa kami dok sibuk kat luaq call bomba, nasib tak jadi apa2 dekat depa dua.. padahal dh jerit2 suruh semua keluaq. nasib baik masa jadi ni mak tak dok rumah sorg2.. tidak taktau la dia nak buat apa sbb kami sendiri pun gelabah sgt2..
“Apapun semua yang jadi ni kami terima dengan hati yg redha. Allah nak uji kami sekeluarga. yg penting takda sapa2 tercedera.. jiran-jiran pakat mai tolong, saudara mara dan kawan2 baik pakat mai mai bg sokongan. team pun banyak msg bagi kata semangat. terima kasih banyak2 semua.
“Semoga Allah balas kebaikan hampa semua yg bg semangat pada kami. kak nadya minta maaf terpaksa cancel live malam ni. Kak nadya sendiri dalam keadaan cuak dan nak tenangkan diri dulu. nak kemas balik rumah yg macam tongkang pecah dh ni.
“Cuma tadi abg bomba tu ada pesan,paip gas (gambar ketiga) tu terkeluar sebab bila kita masak ada minyak yg terbentuk dlm paip tu, dia punca paip tu tertanggal sendiri. banyak kes dah..so sebaik-baiknya 2 bulan sekali kena check paip gas kat dapur tu still ok or longgar. bahaya..
“Nasib kami baik sbb paip tu hanya sticks pada satu tempat,kalau setengah dapur takda tempat penampan batang paip tu,dia boleh terbang merata and kebakaran lg cepat marak ke tempat lain.
“Apapun syukur alhamdulillah keluarga kami selamat
Macam-macam Hal Bila Raya Korban, Tapi Satu Ni Jangan Kita Tergolong Di Dalamnya!

Bersempena Hari Raya Korban ni, ada macam-macam kisah juga kita dengar. Ada kes lembu korban terlepaslah, ternakan korban menangislah dan macam lagi.
Malah kes lebih serius tentang agihan daging korban yang tidak telus hingga menyebabkan timbul rasa tidak puas hati.
Memberi lebih kesedaran dan penerangan berkaitan agihan daging korban, mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin di akaun fbnya berkongsi info. Jom semak.
AWAS! PENCURIAN DAGING KORBAN
Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban. Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban.
Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan. Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban tersebut. Kadang-kala mereka merasa mereka berhak kerana menolong atau kerana AJK masjid. Sedangkan daging korban tidak boleh dijadikan upah.
Biasanya, mereka akan meletakkan bahagian yang mereka sukai itu berasingan untuk mereka ambil apabila selesai urusan pelapahan haiwan korban. Jika seekor lembu yang dibahagikan tujuh, maka ketika pembahagian dibuat, anggota atau bahagian tertentu telah pun dicuri terlebih dahulu. Walaupun mungkin tuan empunya tidak membuat bantahan, namun itu bukan bererti dia bersetuju memberikan. Mungkin dia malas bergaduh ataupun tidak tahu. Namun perbuatan mengambil daging korban tanpa terlebih dahulu diizinkan oleh empunya, merupakan perbuatan yang haram.
Firman Allah:
ياأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ
(maksudnya) “Wahai mereka yang beriman, jangan kamu makan harta kamu antara kamu dengan cara yang batil (salah)” (Surah al-Nisa: 29).
Ingatlah, dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, seorang yang menyertai misi jihad bersama Rasulullah s.a.w telah dibunuh. Orang ramai mengucapkan tahniah kerana beliau telah mati syahid (martyrdom). Namun Nabi s.a.w menyebut:
كلا، الذي نَفْسِي بيَدِهِ، إنَّ الشَّمْلَةَ الَّتي أخَذَها يَومَ خَيْبَرَ مِنَ المَغانِمِ، لَمْ تُصِبْها المَقاسِمُ، لَتَشْتَعِلُ عليه نارًا فَلَمّا سَمِعَ ذلكَ النّاسُ جاءَ رَجُلٌ بشِراكٍ – أوْ شِراكَيْنِ – إلى النبيِّ ﷺ، فَقالَ: شِراكٌ مِن نارٍ – أوْ: شِراكانِ مِن نارٍ -.
“Tidak! Sesungguhnya selendang dari harta rampasan perang yang dia ambil pada hari Peperangan Khaibar tanpa pembahagian (yang betul) sedang menyalakan api neraka ke atasnya”. Apabila orang ramai mendengar kenyataan tersebut, maka seorang lelaki datang membawa seutas atau dua utas tali (yang diambil tanpa pembahagian yang diizin) kepada Nabi s. a. w . Baginda bersama: Seutas atau dua utas tali juga (menyebabkan masuk) dalam neraka.
Bayangkan, jika mengambil seutas tali atau sehelai selendang tanpa pembahagian yang diizinkan, masuk neraka. Walaupun individu itu menyertai jihad bersama Nabi s.a.w. Bagaimanakah jika seketul atau satu kilo atau lebih daging?
Sumber : DrMAZA.com