“Niat asal memasuki Mentor Milenia 2019, saya nak bawa ibu bapa, isteri, dan ibu mentua mengerjakan umrah. Saya juga ada perancangan untuk buat majlis makan bersama peminat di Terengganu sebagai tanda terima kasih,” katanya.
“Saya benar-benar berharap kejayaan ini bakal mengubah nasib keluarga saya kepada lebih baik. Apalagi saya cuma seorang penyanyi jalanan dan isteri peniaga nasi lemak kecil-kecilan," ujar juara Mentor Milenia 2019, Apex Tadjudin atau nama penuhnya Ahmad Amirul Hafizi Ahmad Tadjudin, 23.
Apex ketika ditemui berkata, dia memang sudah lama menyimpan niat itu dan bersyukur rezeki berpihak kepadanya untuk membawa trofi juara program berkenaan.
Menurut Apex lagi, dia berazam mengotakan janjinya membawa orang tersayang mengerjakan umrah selepas memperoleh wang kemenangan sebanyak RM100,000.
“Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah kerana memberi rezeki ini. Saya berbesar hati kerana sebelum ini tidak pernah memasuki mana-mana program realiti dan apabila sampai ke tahap ini, saya sangat berbangga.
Apex juga berazam untuk mengubah nasib keluarganya dan mengembangkan perniagaan nasi lemak yang diusahakan isterinya di kampung halaman.
“Pertamanya, saya akan mencari rumah sendiri memandangkan sekarang masih tinggal bersama mentua. Saya juga mahu membuka kedai untuk isteri saya mengembangkan jualan nasi lemaknya yang sekarang cuma dijalankan di gerai depan rumah saja,” katanya.
Malam tadi, Apex melakar kejayaan manis apabila muncul sebagai juara Mentor Milenia 2019 yang berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.
Apex yang juga protege kepada mentor, Hazama, meraih RM100,000 tunai berserta trofi, dan dua buah motosikal Benelli RFS 150i.
Selain itu, dia juga dihadiahkan lagu pertamanya ciptaan Faizal Tahir berserta video muzik dan dijadikan lagu tema drama di TV3, waktu promosi TV dan radio bernilai RM500,000, dan dokumentari pendek kisah sepanjang di Mentor Milenia untuk siaran di saluran YouTube TV3.
Apex menewaskan tiga protege lain iaitu Daus Husny selaku naib juara, Aedy Kama (ketiga), dan Rika Riana (keempat).
Sumber : Harian Metro, Tv3
Lain Orang Lain Cara Didik Anak. Jangan Kecam! Semak 4 Gaya Yang Selalu Ibu Ayah Praktikkan
Lain orang lain caranya. Cara apa tu? Cara nak didik anak!
Sebenarnya, gaya didikan atau asuhan yang anda amalkan boleh memberi impak kepada kesihatan mental, keyakinan diri, malah perkembangan personaliti anak anda sepanjang proses tumbesaran mereka tau!
Antara beberapa faktor bagaimana gaya keibubapaan anda boleh menjejaskan hubungan antara ibu bapa dan anak termasuklah dari cara berinteraksi, bimbingan dan kaedah disiplin yang diamalkan anda. Jika ketiga-tiga faktor ini dipertimbang ibu bapa, perkembangan anak akan jadi lebih positif apabila dewasa.
Berdasarkan kajian, berikut Nurul Nazrah kongsikan contoh gaya keibubapaan dan kesannya dalam menyokong perkembangan kanak-kanak.
4 gaya keibubapaan yang semua ibu ayah perlu diketahui
Berdasarkan kajian, berikut kami kongsikan contoh gaya keibubapaan dan kesannya dalam menyokong perkembangan kanak-kanak.
#1. Authoritarian Tiger – Dengar Cakap Ibu Ayah, Jangan Membantah!
Salah satu gaya asuhan yang paling terkenal adalah “authoritarian” atau “authoritarian tiger”. Antara ciri-ciri gaya asuhan ini adalah anak-anak harus mendengar perintah dan peraturan yang ditetapkan ibu bapa.
Selalunya dalam gaya asuhan ini, rundingan dan tolak ansur tidaklah selalunya wujud. Di samping itu, ibu bapa dengan gaya keibubapaan authoritarian juga kurang melibatkan anak-anak mereka dalam proses penyelesaian masalah. Sebaliknya, anak-anak ini akan diberi peraturan sebagai panduan.
Kajian mendapati, kanak-kanak yang dibesarkan dengan gaya asuhan “Authoritarian Tiger” boleh berdepan dengan isu keyakinan diri. Walau bagaimanapun, gaya asuhan ini mungkin berkesan untuk kanak-kanak yang memerlukan bimbingan ketat dan tegas.
#2. Authoritative Dolphin – Belajar Dari Kesilapan Dan Perbaikinya
Satu lagi gaya asuhan yang biasa diamalkan di kalangan ibu bapa adalah gaya “authoritative dolphin”. Sama seperti namanya yang merujuk kepada badan ikan lumba-lumba, gaya asuhan ini melibatkan sikap tegas ibu bapa, tapi masih fleksibel.
Dalam gaya asuhan ini, masih wujud peraturan dan hukuman tertentu yang ditetapkan untuk anak. Tetapi dalam masa yang sama, ibu bapa turut membenarkan anak menyatakan pandangan mereka mengenai perkara tertentu.
Akan tetapi, tidak semua pandangan yang diberi akan diterima. Sebaliknya, ibu bapa dengan gaya keibubapaan ini akan menggalakkan anak belajar melalui pemahaman seperti dari perbincangan dan role modeling.
Ibu bapa dengan gaya asuhan ini turut ‘melaburkan’ masa dan tenaga untuk memantau perkembangan tingkah laku anak sebelum sebarang masalah terjadi. Ia dilakukan secara halus melalui teknik disiplin positif seperti memberi pujian mahupun hadiah pada anak.
Atas asuhan tersebut, anak-anak yang membesar dengan gaya keibubapaan ini akan menjadi lebih bertanggungjawab dan tahu menilai sebarang risiko sebelum melakukan sebarang keputusan.
#3. Permissive Kangaroo – Peraturan Itu Ada, Tapi Ia Boleh Dilanggar Sekali-Sekala
Satu lagi gaya asuhan ibu bapa yang terkenal adalah gaya permisif, atau lebih dikenali sebagai “Permissive Kangaroo”. Selalunya, ibu bapa dengan gaya keibubapaan ini bersifat lebih santai dan hanya akan bertindak jika timbul sebarang masalah serius.
Oleh sebab sifat mereka yang sedemikian, ibu bapa “permissive kangaroo” tidaklah terlalu tegas, mudah memaafkan, dan memilih untuk memberi anak-anak peluang kerana mereka masih “kecil”.
Di bawah gaya asuhan permisif, ibu bapa masih memberi hukuman, namun bentuk hukuman tersebut mungkin tidak konsisten dan fleksibel. Contohnya jika mereka “menghukum” dengan menarik sesuatu milik anak, mereka mungkin boleh “berlembut hati” hanya apabila anak mula mengamuk.
Kanak-kanak yang dibesarkan di bawah gaya asuhan ini digalakkan meluahkan perasaan mereka. Tetapi malangnya, apa yang diluahkan itu mungkin tidak akan mendapat bimbingan sewajarnya dari ibu bapa. Dek kerana itu, mereka cenderung mengalami gangguan personaliti seperti memberontak, agresif dan suka mendominasi.
#4. Negligent Panda – Bebas Berdikari Untuk Melakukan Apa Sahaja
“Negligent panda” adalah ibu bapa yang memberi bimbingan dan didikan yang terlatih. Bagi ibu bapa dengan gaya asuhan ini, fleksibiliti penting buat anak-anak untuk membuat pilihan, berbanding diikat dengan peraturan ketat.
Dan sebenarnya dalam sesetengah kes, walaupun kanak-kanak tersebut diberi kebebasan membuat pilihan, namun hasilnya sangat holistik dan sihat!
Contohnya seperti dalam Kaedah Pembelajaran Montessori – di mana kanak-kanak mengamalkan aktiviti kendiri, pembelajaran secara langsung dan kreatif untuk memperkasakan pemikiran kritis.
Kesimpulannya, kanak-kanak yang diberi pilihan berpotensi memiliki keyakinan diri yang lebih tinggi, berbanding mereka yang selalu dimarahi. Akan tetapi, gaya asuhan ini juga masih memiliki kekurangannya yang tersendiri.
Terdapat kanak-kanak yang yang menjadi terlalu bergantung kepada ibu bapa dan tidak dapat menyelesaikan masalah sendiri dek gaya asuhan ini!
Jadilah ibu bapa yang terbaik dengan gaya keibubapaan paling tepat
Untuk membesarkan anak dengan keyakinan diri yang tinggi, bijak berdikari dan mampu membuat keputusan bergantung kepada cara didikan ibu bapa itu sendiri.
Tapi jangan risau, ada pelbagai cara bagaimana anda boleh menjadi ibu bapa yang terbaik buat si manja! Antaranya seperti menggalakkan anak berkongsi masalah yang mereka hadapi di sekolah, dan tanya mereka bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah itu.
Dalam masa yang sama, ibu bapa juga boleh berkongsi pengalaman peribadi dan cara penyelesaian yang boleh dilakukan.
Satu lagi cara untuk membina asas psikologi yang baik dalam diri anak anda adalah dengan menjelaskan kepada mereka bahawa melakukan kesilapan itu adalah tidak salah. Ia memberikan mereka peluang untuk belajar dan berkembang.
Sebagai ibu bapa, anda juga boleh membantu anak mengenal pasti hobi dan mengaplikasikan kaedah pembelajaran yang dipelajari untuk menggalakkan aspek perkembangan mental mereka.
Walau apapun, wahai ibu bapa sekalian, adalah normal jika anda tidak “masuk” atau dengan mana-mana gaya keibubapaan seperti yang dibincangkan di atas ini. Anda mungkin menggabungkan keempat-empat gaya asuhan dan itu adalah perkara biasa.
Perkara yang paling penting adalah untuk mengekalkan hubungan positif dengan anak-anak dan menjalankan tanggungjawab serta peranan mengikut kesesuaian keadaan.
Ustazah Siti Nor Bahyah Kongsi Amalan & Doa Lembutkan Hati Pasangan & Anak
Ustazah Siti Nor Bahyah Kongsi Amalan & Doa Lembutkan Hati Pasangan & Anak
Semua manusia inginkan bahagia dalam kehidupannya. Untuk itu, tentu ada pelbagai cara untuk memastikan pasangan dan juga anak hidup dengan gembira dalam sebuah keluarga.
Namun ada kalanya berlaku konflik sehingga membuatkan berlaku pergolakkan dalam sebuah keluarga itu. Hakikatnya tentu ada cara untuk melembutkan hati pasangan dan anak.
Sebagaimana perkongsian pendakwah bebas, Ustazah Siti Nor Bahyah yang memberi nasihat bahawa sentiasa doakan mereka dalam setiap solat.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
5 DOA DAN AMALAN UNTUK LEMBUTKAN HATI PASANGA DAN ANAK.
Tip lembutkan hati orang yang kita sayang seperti anak, suami atau isteri dan ibubapa.
1.Mulakan dengan membawa Surah Fatihah sebanyak 3 kali.
2. Kemudian lengkapkan dengan Ayat Kursi sebanyak 3 kali.
3. Sempurnakannya dengan menyebut selawat Nabi sebanyak 3 kali.
4. Usah dilupakan dengan tambahan Surah Taha ayat 1-5 dan baca surah ini sebanyak 3 kali.
5. Akhir sekali sudahkannya dengan Surah Al Fath ayat 1-5 yang dibaca sebanyak 3 kali.
Kemudian hembuskan tiga kali di atas kepala dan ubun-ubun. In shaa Allah dengan izin Allah, mujarab lembutkan hati anak-anak dan pasangan kita. Juga ibubapa kita.
BAHAGIAKAN ORANG LAIN UNTUK KEKAL BAHAGIA
Nyata, apabila hati anak dan pasangan lembut, barulah hidup makin terasa bahagianya. Petua yang dikongsikan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah ini adalah dengan membahagiakan orang lain terlebih dahulu dalam mencari kebahagian hidup bersama.
Sesuatu yang diberi dan tidak akan berkurang adalah KEBAHAGIAAN. Bahagiakanlah orang lain lalu engkau akan bahagia. Ada seorang sahabat yang datang menemui Nabi صلي الله عليه وسلم:
Dia mengeluhkan akan kerasnya hatinya, dia tidak merasakan kebahagiaan.
Maka jawab Nabi SAW,
“Jika engkau ingin hatimu menjadi lembut, bahagia, tenang, maka berilah makanan kepada fakir miskin dan usapkan tanganmu di kepala anak yatim.”
Orang yang paling bahagia adalah Rasulullah صلي الله عليه وسلم apabila seluruh waktunya dalam rangka untuk umatnya.
Rasulullah صلي الله عليه وسلم telah menjelaskan dalam satu hadith:
“Amal yang paling dicintai Allah سبحانه وتعالى iaitu rasa senang yang engkau masukkan ke dalam hati seorang muslim, atau engkau hilangkan rasa laparnya, atau engkau lunaskan hutang-hutangnya, atau engkau hilangkan kesulitannya.
Sungguh, aku menemani saudaraku untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada i’tikaf di Masjid Nabawi selama sebulan.” [HR. at-Thabrani]
Maka lembutkanlah hati orang-orang yang kita sayang dan bahagiakanlah mereka yang berada di sekitar kita agar kita lebih merasakan kebahagian.
Jom azam untuk sama sama perbaiki akhlak dengan mencontohi akhlak Baginda Nabi SAW.
Sumber gambar: FB Ustazah Siti Nor Bahyah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
”Ni Betul Cap Ibu & Anak, Copy Paste Betul Muka. Photostat Cap Apa Ni.” Wajah Seiras Azian & Anak Perempuan Raih Perhatian!
Bagi yang meminati lagu-lagu balada Zaman 80-an pasti kenal dengan Azian Mazwan Sapuan, pelantun lagu Rumah Kecil Tiang Seribu ini.
Kerinduan peminat terhadapnya sedikit terubat setelah empunya diri menyertai Gegar Vaganza musim ke-7 sebelum ini.
Terbaru, Azian memuatnaik gambar bersama anak perempuannya, Nur Athirah Hanim ketika menghadiri majlis konvokesyen Athirah yang bertempat di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu.
Rupa-rupanya, Athirah baru sahaja menamatkan pengajiannya di Universiti Sultan Zainal Abidin ( UNISZA ). Dia mengambil jurusan dalam bidang Bachelor Of Sosial Work With Honoured. Wah bukan biasa-biasa anak Azian ini. Sudahlah cantik, bijak pula orangnya.
Menerusi kapsyennya, Azian mahu meraikan hari istimewa anakandanya ini. Ibu mana yang tak gembira kan, melihat hasil usaha anak sudah tercapai kini. Pasti tak sabar tu untuk melihat anak tersayang memegang ijazah.
24.01.2022 MAJLIS IDUL ILMI KONVOKESYEN UNIV.SULTAN ZAINAL ABIDIN (UNISZA) 2022 di Dewan Al-Muktafi Billah Shah (DABS), Kuala Terengganu.
ALHAMDULILLAH syukur ke hadrat Ilahi🤲 ..hari yang ditunggu oleh mereka semua & kita ibu bapa ni juga turut menunggu😁..akhirnyaa tiba. Setelah melalui proses PKP dan sbgnya, ini adalah moment yg sgt ditunggu2..(masyaallah sesiapa yg ank tgh bljr mesti akan rasa apa yg sy rasa nii..eksaiited gaiss😂😂).
TAHNIAH anakanda kami ATHIRAH❤️ & para Graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Upacara Konvokesyen pada hari ini. TAHNIAH..TAHNIAH..TAHNIAH Kakak❤️. Tahniah di atas kejayaan cemerlang, Alhamdulillah.
Semoga akan terus berjaya dan mencipta kecemerlangan di dunia dan akhirat hendaknya..aamiin. CONGRATULATIONS Kak, Mama so excited for your success and definitely be proud of your hardwork and achievement💯💯💯..aarghh sayuuu😭😭🤩🤩🤩..kita je yg tahu how struggle you are. CONGRATS Kakakk🥰🥰..lavviuuuuu…
Selain mengucapkan tahniah atas kejayaan anak Azian menamatkan pengajian, rata-rata turut memuji wajah dua beranak ini cukup seiras.
Sumber: azianmazwann
ARTIKEL MENARIK: “Daripada 7.8 Billion Manusia, Kamu Bertakhta Di Hati.” Aksi Malu-Malu Heliza Bikin Terhibur, Sweetnya Ucapan Suami
ARTIKEL POPULAR: “Ditanya Nak Hadiah Apa, Saya Cuma Nak DOA.” Suami Dedah Sebab Pilih Heliza, Resepsi Dihadiri Ilmuan, Alunan Al-Quran & Tazkirah
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy
#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara