Membawa anak ke masjid untuk solat Tarawih boleh menjadi satu cabaran kepada mak ayah. Namun, dengan beberapa langkah berikut, pengalaman ini boleh menjadi lebih positif.

Mak ayah juga perlu lebih kreatif bagi memastikan anak-anak terjaga dengan baik dan paling penting mood mereka terkawal dan seronok ke masjid.

Nak Bawa Anak Solat Tarawih, Panduan Anak Tak Meragam Di Masjid

1. Ajar adab di masjid sebelum pergi
Sebelum membawa anak ke masjid, terangkan kepada mereka tentang adab yang perlu diamalkan seperti tidak membuat bising dan menghormati jemaah lain yang sedang solat. Ini adalah langkah awal dalam ajar anak solat tarawih dengan baik.

Ads

2. Sediakan aktiviti ringkas
Jika anak masih kecil, bawa buku cerita Islamik atau mainan kecil yang tidak bising untuk mereka mainkan semasa ibu bapa bersolat. Ini boleh membantu mereka duduk dengan tenang sepanjang tempoh solat.

3. Pastikan anak kenyang dan cukup rehat
Pastikan anak sudah makan dan mendapat rehat yang mencukupi sebelum ke masjid. Anak yang letih atau lapar cenderung untuk berasa tidak selesa dan mudah meragam.

Bagi tempoh yang lama untuk menunggu, anak biasanya akan mula meragam dan tidak selesa. Pastikan mereka kenyang!

Ads

Nak Bawa Anak Solat Tarawih, Panduan Anak Tak Meragam Di Masjid

4. Tentukan tempat yang sesuai untuk anak duduk
Pilih tempat di bahagian belakang saf atau kawasan yang mudah untuk membawa anak keluar jika mereka menjadi terlalu aktif.

Ads

Ini juga memudahkan ibu bapa untuk mengawal pergerakan anak semasa solat selain ajar anak solat tarawih.

5. Beri ganjaran dan pujian
Selepas solat, berikan pujian kepada anak atas tingkah laku baik mereka di masjid. Ganjaran kecil seperti makanan kegemaran juga boleh diberikan sebagai motivasi.

6. Daftar pusat asuhan masjid
Sesetengah masjid juga turut mewujudkan pusat asuhan bagi menempatkan kanak-kanak ini sepanjang ibu bapa bersolat. Jadi anak-anak tidak akan menggangu ketika ibu dan ayah melakukan ibadah solat. Hanya daftarkan sahaja dan biarkan anak bermain bersama rakan-rakan.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI