Sungguh menarik perkongsian oleh pendakwah Ustazah Asma Harun mengeni hubungan komunikasi dalam sebuah rumahtangga. Ia penting untuk kebahagiaan keluarga.

Nak Bahagia Hanya Luah 3 Patah Perkataan Aje. Barulah Memancar Cahaya Kegembiraan.

 

Sedikit renungan

Komunikasi sangat penting, walau hanya 3 patah perkataan ia boleh mengubah hidup kita, 

Ads

Saya sayang awak, saya perlukan awak, saya rindu awak…lalu memancarlah cahaya bahagia.

Atau

Saya benci awak, saya dah bosan, atau..
Saya lepaskan awak ! 😰 terus gelap hidup. Nauzubillahi min zalik.

Ads

Sebelum mata tertutup, lidah menjadi kaku, ucapkan satu perkataan yang terbaik kepada insan tersayang. Ucap dengan senyum dari hati dan tenung matanya.

Mohon maaf itu walau kita tidak silap, akan menambahkan kemuliaan. Bahkan merasa diri tidak salah itulah satu kesalahan. Mana ada manusia tak buat salah.

Ads

Sila bayangkan wajah Ibu Ayah, suami, Isteri, anak-anak dan kawan². Banyaknya dosa dan silap kita dengan mereka.

Silakan share. Moga manfaat Dunia Akhirat.

Asma’ binti Harun

#UAHSahabatDuniaAkhirat

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI