Nak Bagi Buah Kobis Besar, Pastikan Dulu Perkara Ni Dibuat. Barulah Berhasil!

Share

Tumpang seronok bila melihat ada yang berjaya menanam pokok kobis di laman rumah. Bukan sahaja nampak begitu segar bugar malah cantik dipandang sebagai penyeri laman.

Oleh itu buat anda yang mana ada terdetik untuk mencuba menanam kobis ini, jadi bolehlah baca 2 perkongsian ini untuk info bermanfaat.


Macamana nak bagi buah kobis anda besar.

Saya baru belajar dari seorang pegawai di Jabatan Pertanian Serdang.

Jika kita nak buah kobis yang kita tanam tu berbuah BESAR pastikan kita tanam dalam pasu atau polibeg yang bersaiz besar.

Mendengar penjelasan daripada beliau saya terus pindahkan semua pokok-pokok kobis saya ke dalam bekas ais yang bersaiz besar seperti dalam gambar.

Dengan harapan nanti ia boleh berbuah dengan saiz yang besar.

Kaedah yang sama juga untuk tanaman Cauliflower dan brokoli.

Sumber : Riza Kamaruddin

Manakala melihat pada perkongsian cara menanam kobis daripada Noramira Kassim Nurul ini juga boleh dijadikan panduan untuk beginner.

Ini perkongsiannya.

Nie cara saya tanam Kobis

1. Sediakan tanah(boleh beli kat kedai,
(saya guna tanah bakar+tanah biasa)

2. Semai biji benih dalam tray semaian,1biji 1lubang (saya beli benih kat ecosave jer sebab murah)

3. Masa semai siram pagi jer untuk lembapkan tanah

4. Masa semai letak tempat separuh panas

5. Bila dah berdaun 4 helai boleh ubah ke pasu besar cuma letak tanah separuh dan bila pokok makin besar dan meninggi baru tambah tanah untuk tutup batang pokok, cepat kobis terbentuk.

5. Masa ubah anak pokok letak tempat redup selama 3-4 hari tak bagi pokok layu.. Lepas tu boleh letak tempat panas.

6. Siram pagi dan petang (bergantung pada kelembapan tanah) siram di bahagian batang, kalau siram dari atas kobis yang dah terbentuk jadi busuk.

7. Baja 2 minggu sekali. Sukatan ikut jenis baja yang digunakan (saya guna baja tahi ayam, baja kopi guna baja npk 15.15.15..(baja-baja nie saya buh 2 minggu sekali ikut giliran ye bukan letak semua sekali gus)

8. Kawalan serangga seminggu sekali (saya guna cuka kayu, 5ml untuk 1liter air)

9. Dalam masa 3 bulan kobis dah terbentuk tapi bergantung pada cara penjagaannya.

Sumber : Noramira Kassim Nurul

Jom sertai contest ini. Caranya cukup mudah, share sahaja gambar tanaman yang sedia ada di rumah anda ke inbox Facebook Keluarga Magazine atau di Instagram @keluargamag

Contest bermula pada 5 Februari hingga 20 Februari 2021. Tunggu apa lagi jom sertainya sekarang!