Setiap kali hendak membuat pemeriksaan bulanan, ibu hamil pasti risau kenaikan dan atau penurunan berat badan waktu hamil. Bimbang dimarahi doktor jika berat tidak naik.
Ini yang disyorkan oleh pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar untuk naikkan berat badan ibu hamil secara sihat.
Yang dah ada family mesti pernah dengar kan doktor selalu cakap dekat bakal ibu untuk naikkan berat badan semasa mengandung.
Kalau tak naik mesti kena bebel. Betul tak?
Kenapa ya macam tu, kenapa ibu mengandung ni kena pastikan berat badan mereka naik selari dengan perkembangan janin?
Secara fisiologinya, ibu mengandung perlu gain weight agar dapat menampung keperluan tenaga dan nutrien untuk perkembangan janin. Ia juga sebagai persediaan penyusuan susu ibu selepas selamat bersalin.
Sudah semestinya ibu hamil ni ada makanan yang digalakkan untuk makan sebab kita mahu peningkatan berat badan yang sihat.
Hari ini, saya nak share 3 tips peningkatan berat badan yang sihat ketika hamil.
1- Kurangkan pengambilan makanan berproses dan minuman tinggi gula serta kafein. Untuk ibu mengandung ni memang akan ada momen nak makan macam-macam. Mengidam orang cakap.
Selalunya pada 3 bulan pertama tu, selera makan berkurang disebabkan alahan seperti muntah ataupun tak boleh bau makanan tertentu.
Sampai pada satu tahap, terpaksa ambil masa lama untuk jamah makanan. Namun, masuk bulan ke-4 dan seterusnya nafsu makan naik membuak-buak dan ibu hamil akan sentiasa lapar.
Fasa pertama (trimester pertama) ni paling penting untuk ibu makan sihat sebab time ni proses pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku sangat cepat.
Time ni, janganlah dilayan sangat ‘craving’ nak makan jajan segera, nak minum air manis, nak minum kopi.
Seeloknya makan makanan yang sihat dan cukup nutrisi serta mengenyangkan. Kalau nak makan snek pun cari snek versi sihat dan tidak mengandungi terlalu banyak perasa tiruan dan MSG. Ingat!
Cara pemakanan akan mempengaruhi pembentukan janin jadi kena ambil tahu pasal ni untuk elak berlakunya kecacatan fizikal mahupun mental pada bayi.
Ibu hamil kena jaga peningkatan berat badan sebab kalau tak, akan berisiko untuk lahirkan bayi obese.
Makanan untuk otak bayi
Pemakanan tidak dinafikan sangat-sangat membantu untuk perkembangan otak bayi dalam kandungan. Disebabkan itulah ibu hamil dinasihatkan untuk mengambil jumlah makanan yang mencukupi malah makanan yang berkhasiat untuk membantu otak anak berkembangan dengan baik.
Menurut Dr Rizal, ketika awal kandungan lagi, iaitu sebaik tulang belakang terbentuk, pemakanan yang tepat sangat disyorkan untuk ibu hamil.
Pemakanan yang paling tepat pastinya pemilihan makanan yang mengandungi folid asid dan juga vitamin B12 yang sangat membantu pembentukan darah merah. Antara yang dikongsikan oleh Dr Rizal adalah daripada sumber tumbuh-tumbuhan semulajadi.
“Antara makanan yang kaya dengan folate adalah seperti sayuran hijau seperti asparagus, brokoli, avokado, kekacang seperti badam, kuaci dan sebagainya.
Pasangan selebriti Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang baru beberapa hari pulang dari Tanah Suci Mekah mengerjakan umrah diuji apabila kesemua mereka dimasukkan ke hospital berikutan dijangkiti rotavirus.
Menerusi Instagram, Almy memaklumkan anak bongsunya, Nur Afrina Aisyah terlebih dahulu mengalami muntah dan ciri-birit selama empat hari, sebelum tiga lagi anaknya yang lain turut berdepan masalah sama.
“Tolong doakan kami (anak-anak) cepat sihat. Mula-mula Aisyah muntah dan cirit-birit selama empat hari, kemudian Ayra (Nur Afrina Ayra). Terus mama bawa ke hospital.
“Aunty uncle, semalam mama minta tolong doakan untyk Dak Ayra, Dak aisyah, Dak Aurora kan, petang ni mama minta tolong sangat, tolong doakan anak mama yang sulung pulak baru add on untuk admit join the club adik-adik dalam wad.
“Dan tolong doakan mama dan papa sihat kuat untuk jaga anak-anak dalam wad please @fizzfairuzofficial. Terima kasih semua,” katanya berkongsi.
Pun begitu menurut perkongsian Fizz, keadaan keempat-empat anaknya semakin bertambah baik dan dalam keadaan stabil di bawah pemantauan pihak hospital.
“Ahamdulillah… sekarang anak-anak saya beransur pulih,” katanya berkongsi.
Dalam pada itu, Almy turut berterima kasih kepada pengikutnya di Instagram kerana tidak putus doa untuk mendoakan kesemua anak-anaknya agar kembali sihat.
“Subahanallah syukur padaMu Ya Allah, ramai sayang anak-anak mama. Terima kasih semua kawan-kawan, sahabat mama aunty uncle. Terima kasih doakan anak-anak Almy, hanya Allah yang dapat membalas segala jasa baik semua,” tulisnya lagi.
Semoga kesemuanya semakin bertambah baik dan kembali sihat dan ceria seperti selalu.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.
Adakalanya kita takut hendak ambil satu-satu makanan itu kerana bimbang memudaratkan tubuh badan kita. Tak kurang juga ada makanan yang dikaitkan dengan kecantikan kulit, tak kurang juga dengan masalah bau badan.
Soalnya benarkah makanan ini sangat mempengaruhi? Atau ia hanya sekadar mitos? Semuanya terpulang pada diri kita sendiri dan ikutlah kesesuaian badan.
Apa yang kita perlu tahu, setiap kandungan yang terdapat di dalam makanan mempunyai khasiat tersendiri. Mitos atau salah faham mengenai sesetengah makanan ini timbul mungkin kerana sikap masyarakat dulu-dulu yang terlalu berhati-hati. Jadi tepuk dada dan tanyalah selera.
1. Bawang punca badan berbau?
Jangan takut makan bawang kerana bawang bukan punca badan anda berbau. Bau badan muncul apabila peluh bercampur bakteria yang hadir pada lipatan tubuh seperti ketiak.
Bawang hanyalah penyebab suhu tubuh badan meningkat sehingga membuatkan anda berpeluh tetapi bukan bau badan!
2. Biji jambu punca sakit usus?
Ada yang berpendapat memakan biji jambu boleh menyebabkan masalah pada usus. Hakikatnya, penyakit usus adalah disebabkan oleh hadirnya bakteria patogen yang menjangkiti usus besar.
Biji pada jambu tidak mungkin tersumbat di dalam usus kerana biji jambu keluar ketika membuang air besar.
3. Timun punca keputihan?
Ramai wanita gerun memakan timun kerana khuatir berlaku keputihan. Keputihan terjadi kerna keadaan alat sulit yang lembab dan sikap malas menukar seluar dalam sehingga menyebabkan pertumbuhan bakteria. Malah, timun tidak mengandungi bahan yang boleh menyebabkan keputihan.
4. Lemon campur kicap punca sakit perut?
Jika sebelum ini anda pernah disuruh mengamalkan mengambil perahan limau nipis atau lemon dan ditambah dengan kicap untuk menyembuhkan batuk, jangan ragu-ragu melakukannya.
Hal ini kerana, limau atau lemon mempunyai asid tinggi yang dapat membunuh bakteria punca batuk. Kicap pula bertindak sebagai penyeimbang rasa masam dari limau nipis atau lemon. Ia sama sekali tidak memudaratkan perut anda.
5. Buah salak punca sembelit?
Ramai yang menjauhi buah salak kerana khuatir najis akan menjadi keras. Tolak tepi kepercayaan ini kerana buah salak mempunyai kandungan serat yang tinggi sehingga memudahkan anda membuang air besar dengan lancar.
6. Bayam punca urat timbul?
Memilih bayam atau pucuk ubi sebagai menu boleh menyebabkan urat timbul dan sakit. Jangan risau kerana ia tidak benar kerana semua jenis sayuran adalah baik untuk keperluan tubuh malah sayuran ini mengandungi banyak serat untuk melancarkan pencernaan. Sakit urat adalah berpunca daripada toksin yang banyak serta pengambilan garam berlebihan.
7. Buah nenas punca gugur?
Tidak ada bukti ilmiah mengenai hal ini. Malah, nenas mengandungi enzim bromelain yang dapat mencerna protein di dalam makanan agar lebih mudah terserap oleh tubuh. Secara tidak langsung, janin berkembang dengan baik kerana cukup zat. Mengambil nenas membantu mengurangi masalah kolesterol dalam darah, diabetes dan penyakit jantung.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di