Resipi Ayam Masak Merah sememangnya jadi menu kesukaan anak-anak kita di rumah. Kalau mak sediakan menu ini di hujung minggu, anak-anak melompat keriangan sambil tak sabar nak makan. Asyik jenguk ke dapur je. Suami pun macam tu juga. Begitu hebatnya penangan Ayam Masak Merah.
Bosan dengan resipi biasa, jom kita ikut resipi yang dikongsikan wanita bernama Rafiza Idayu. Rupanya nak rasa lebih menyengat kena letakkan serai dengan
kuantiti yang agak banyak. Katanya, resipi Ayam Masak Merah yang di’infused’ rasa serai yang wangi dan buka selera.Jom ikut caranya. Nampak mengiurkan.
Saya berkempatan belajar dengan seorang yang menyediakan Ayam Masak Merah yang sangat sedap ketika jamuan kenduri kahwin anak beliau. Pesannya, letak serai banyak dan maniskan sedikit masakan tersebut.
Jom kita lihat langkah demi langkah
Bahan bahannya:
Ayam seekor dipotong 12 bahagian
Serbuk Kunyit
Garam
30 biji lada kering
2 inci halia
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 batang kayu manis
5 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
7 biji cengkih
1 biji gula nisan (gula kerek @ gula nisse @ gula melaka @ gula perang)
4 ketul asam gelugur (asam keping)
2 biji tomato
10 sudu sos cili (brand Kimball)
10 sudu sos tomato (brand Kimball) 12 batang serai
* Rasa akan berubah mengikut bahan atau brand yang digunakan. Contohnya sos cili brand Maggi akan sedikit masam. Jadi kurangkan penggunaan asam keping
Caranya:
1. Setelah basuh dan toskan ayam, perap ayam sebentar dengan kunyit dan garam.
2. Goreng ayam tiga suku masak dan toskan. Jangan terlalu garing kerana ayam akan keras dan kurang juicy.
3. Ini tips yang penting untuk dapatkan aroma yang wangi dalam Ayam Masak Merah. Bawang besar hendaklah dihiris nipis. Jangan blender. Bawang besar yang
digoreng akan menerbitkan rasa manis dan wangi. Cili kering tadi direbus dan dikisar bersama bawang putih dan halia.
Ads
4. Panaskan minyak dan masukkan serai yang telah diketuk. Minyak masak akan beraroma serai yang wangi.
5. Kemudian masukkan bahan tumis.
Bahan tumis iaitu 4 sekawan :
+ Kayu manis
+ Bunga Lawang
+ Buah Pelaga
+ Cengkih
6. Kemudian masukkan bawang besar yang telah dihiris nipis.
7. Tumis sehingga naik bau. Tips untuk mengetahui bagaimana naik bau adalah bawa tangan di atas tumisan dan bawa aroma ke hidung.Belajar cara nak tau bau bawang wangi apabila ditumis. Ops! Elakkan bawa hidung ke gigi kuali, kalau terpercik minyak di muka.. acik tak bertanggungjawap
tau!
Ads
8. Apabila dah naik bau, masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Pastikan minyak tidak terlalu sedikit agar bahan tumisan masak cantik sekata. Jangan bimbang dengan bawang besar yang dihiris tadi kerana ia akan hancur semasa proses menumis.
9. Masak bahan kisar tadi sehingga pecah minyak. Kenapa perlu pecah minyak? Ia indikasi bahawa bahan kisar telah masak sempurna. Jika lauk kenduri, masakan akan lebih tahan lama dan mengelakkan sakit perut jika bahan tidak dimasak sempurna. Apabila telah pecah minyak, masukkan gula nisan.
10. Kemudian masukkan sos cili dan sos tomato.
11. Masukkan air pada kepekatan yang diingini.
12. Apabila telah mendidih, masukkan potongan buah tomato.
Ads
13. Masukkan asam keping.
14. Akhir sekali masukkan garam secukupnya. Hati hati semasa masukkan garam kerana sos sudah ada garam dan ayam goreng tadi juga telah diletakkan garam.
15.Apabila cukup rasa, masukkan ayam goreng tadi.
16. Gaul sebati ayam tersebut ke dalam kuah masak merah tadi. Alhamdulillah, cantik kejadian ayam masak merah kita. Sedia dihidang dengan daun ketumbar
atau kacang peas.
17. Ini papadom untuk makan bersama Nasi Tomato. Goreng papodom ini yang seperti di kedai mamak. Papodom bulat ini lebih sedap berbanding papodom yang berbentuk segiempat.
Nasi Tomato sedia dihidang bersama Ayam Masak Merah dan Kuah Dhal.
Selamat mencuba!
Sumber: Rafiza Idayu
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Mengemas antara aktiviti wajib ibu-ibu di rumah, tapi part ni memang tak keterlaluan andai dikatakan kerja di rumah yang sangat memenatkan. Lebih-lebih lagi bagi yang mempunyai anak ramai. Dari pagi membawa ke malam, urusan rumah tangga takkan pernah habis, esoknya disambung semula rutin yang sama.
Bagi ibu ini, dia punya cara tersendiri dalam memastikan ruang di dalam rumah tidak bersepah terutama pakaian.
Dengan menjadikan ruang rehat di bahagian atas rumah sebagai ‘open wardrobe’ puan Aimi Ismailmenerusi Kelab Kaki Deko berkongsi cara yang digunakan untuk membolehkan ruang nampak lebih luar dan teratur.
Open wardrobe project
+ tempat lipat baju yg berlori-lori tuu
Kos: +-RM400 (termasuk vinyl 2boxes)
Almari, upgrade yg ada. Sumpah jadi hijau
[Edited]
Bahan-bahan:
-plywood (tebal 12mm): 1 keping 8kakiX4kaki
(saya mintak kedai potong ikut ukuran, atas 3 keping (4kakiX1.5kaki), bawah 2 keping (4kakiX1kaki)
-besi L: 12inci,10inci
-mulig bar: 5
-cat Jotun: 1L
-vinyl: 2kotak (36 keping, 1 kotak) Lazada
-storage, dust cover beli kat Lazada
-frame, cermin lekat di almari beli kat Eco
Ni ruang rehat tingkat atas
Memang dari asal buat tempat iron baju
Dan tempat gantung baju kerja mama baba dan baju sekolah anak2 yg siap diiron untuk seminggu.
Cuma upgrade supaya lebih organize dan sedap mata memandang, tenang di jiwa…cewahhhh
Sebab bilik semua dah full
Tunggu organizers for socks, handsocks, tie sampai… Socks anak beranak selalu tak cukup pasangan
•
Moga bermanfaat
_mamaEnsem~
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kejayaan adalah bermula dengan impian. Untuk mencapai impian kena disusuli dengan usaha dan tindakan. Barulah dapat mengecapi kemanisannya.
Biarpun dirinya tergolong dalam Orang Kelainan Upaya (OKU), namun Mohd Sukur Ibrahim seorang yang kuat semangat, tidak mengalah dengan kekurangan tersebut.
Perkongsian bapa kepada seorang cahaya mata ini pastinya memberi inspirasi kepada OKU lain untuk terus berusaha mencapai apa yang diingini. Tanpa keberanian, mimpi tidak bermakna.
Jom dengarkan perkongsian menerusi satu program #HadithOpenMic bersama Mohd Sukur Ibrahim yang merupakan Penceramah Motivasi serta Penulis buku Inspirasi Sukur dan Takdir itu Anugerah.
“Ramai yang tanya apa cabaran paling besar dalam hidup. Adakah membina perniagaan yang kini sudah memasuki usia 7 tahun. Atau adakah cabaran mendirikan rumah tangga yang mana saya mengambil masa 4 tahun memujuk keluarga mentua untuk mengahwini anak mereka?
“Tapi sebenarnya, cabaran paling besar adalah untuk menerima diri saya seadanya. Waktu dilahirkan saya tak diterima oleh keluarga. Mak dan ayah terperanjat dengan keadaan kelahiran saya seperti ini. Mak tak boleh terima anak yang dikandung 9 bulan adalah anak yang cacat.
“Alhamdulillah nak menjadi kekuatan keluarga adalah datuk dan nenek. Datuk naik basikal yang pergi ke balai polis dan daftar nama saya dengan nama Mohd Sukur supaya keluarga bersyukur dengan pemberian yang Allah beri kepada mereka.
Bila ayah dan ibu menerima dirinya sepenuhnya, rasa nk jaga dan beri kasih sayang sepenuhnya. Namun Bila Mohd Sukur sudah boleh berfikir, dalam berumur 4-5 tahun, dia pula tak boleh terima dirinya.
“Saya boleh nampak perbezaan antara diri dengan orang lain terutama dengan adik-beradik saya. Kalau ada yang datang ke rumah, saya lari menyorok di dalam bilik. Pernah saya menyorok bawah tudung saji kerana malu dengan diri saya.
“Saya selalu cakap dengan mak, kenapa saya dilahirkan begini, kenapa saya berbeza dengan orang lain, apa dosa dan salah saya. Kenapa tangan dan kaki saya begini. Bagaimana saya nk hidup dan berada dalam dunia luar dengan keadaan begini. Saya jadi orang yang sangat tak yakin pada diri.
“Suatu hari, ibu bapa mula berfikir bagaimana nak bina keyakinan diri saya. Alhamdulillah mereka prihatin dan berfikiran terbuka. Jadi mereka hantar saya ke Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Itulah titik permulaan perubahan dalam diri saya.
“Bila masuk ke situ, saya bertemu dengan kawan-kawan yang senasib dengan saya. Rupanya ada lagi yang lebih daif dari saya. Baru saya sedar yang sebenarnya kekurangan diri saya adalah biasa. Walaupun tak ada tangan dan kaki, ketinggian 100 cm tetapi Allah kurniakan akal fikiran yang waras dan saya boleh berjalan.
“Disitulah permulaan titik perubahan hidup. Alhamdulillah, saya berjaya lanjutkan pengajian ke univeriti dan ada ijazah. Dapat membina perniagaan sendiri iaitu membekal dan memasang karpet pejabat, surau dan masjid yang kini sudah memasuki usia tahun 7 tahun bisnes ini. Di harap kisah saya ini dapat beri inspirasi kepada semua. Walaupun OKU tapi saya OK.
3 tip dari Mohd Syukur kesimpulan dari kisah hidupnya:
Kena bersyukur
Ramai orang boleh bersabar tapi tak ramai yang boleh bersyukur
Kena beri peluang diri sendiri untuk bina kehidupan.
Rezeki dan nikmat Allah akan beri tak tahu bila.
Kena sentiasa berusaha
Sebab hari ini kejayaan adalah bermula dengan sebuah impian. Bila ada impian kena ada tindakan.
Bab menyimpan telur yang betul, memang kita dengar macam-macam pendapat.
Ada kata memadai simpan di dalam suhu bilik tanpa dimasukkan dalam peti sejuk. Ada orang cakap, telur perlu dicuci dahulu sebelum disimpan malah ada pula kata kalau hendak dimasak barulah boleh dicuci untuk pastikan telur tidak rosak.
Berkongsi kisah tentang menyimpan telur untuk pastikan telur kekal elok dan selamat dimakan, ibu ini berkongsi kisah mengenai teguran daripada anak-anak berkaitan hal tersebut.
Nak tahu lanjut apa kisahnya itu, jom baca!
“Bonda, selama ni cara bonda simpan telur salah.” Kata anak yang sulong. Dalam masa sama, adik-adik yang lain bertingkah suara mengiakan kata si abang.
“Yeke? Apa yang salahnya?“ Mencari kepastian daripada kata anak-anak.
“Dalam buku Teroka Sains 1 kata, bahagian luar telur ada salutan lapisan pelindung. Lapisan tu yang jaga telur daripada rosak.“ Sambil menunjuk helaian muka surat yang menerangkan tentang telur.
“Bonda tak boleh basuh telur lepas beli. Nak masak nanti baru basuh.” Bersungguh-sungguh anak kongsi ilmu baru.
Takkan nak simpan telur dalam peti ais tak basuh, yakks. Tapi kalau basuh akan jadi sebab pori-pori telur terbuka. Sekaligus terdedah kepada jangkitan bakteria dalam tempoh penyimpanan.
Lepas dah tahu tak boleh basuh telur untuk simpan, kita cari bekas yang kemas bertutup supaya boleh simpan elok-elok tanpa bercampur dengan makanan lain dalam peti ais.
Bekas telur ni beli dekat shopee. Susun telur tanpa basuh dalam bekas. Tutup rapat-rapat.
Masukkan dalam peti sejuk.
Kenapa tak guna tray telur dekat pintu peti sejuk tu je?
Sebab pintu peti sejuk bukan tempat yang betul untuk simpan telur. Dekat bahagian pintu, suhu tak stabil. Bila tutup pintu sejuk, bila buka pintu telur terdedah kepada suhu panas luar. Sejuk, panas, sejuk, panas akan mengganggu keseimbangan telur.
Oleh itu, simpan telur dalam bekas bertutup untuk menjamin kebersihan peti ais. Dalam masa yang sama, nak masak baru basuh bagi mengelakkan jangkitan bakteria ’Salmonella’ .
Review sikit bekas telur ni, untuk telur size C memang cantik ngam-ngam dia terletak. Cuma kalau telur size A macam anak 3 orang naik myvi gitew. Namun masih muat.
Sumber : Huda Zainal
Tq anak-anak ajar bonda benda betul.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Seorang ibu wanita tempatan melaporkan bayi lelakinya yang berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di kawasan Kangkar Pulai, Johor Bharu semalam.