“Nak Ayah Minta Maaf…”-Empat Sekeluarga Maut, Ayah Ni Meraung Lihat Anak Terbaring Atas Jalan!

Share

Kematian ahli keluarga atau orang tersayang merupakan detik yang paling sukar untuk diterima apatah lagi jika ianya berlaku di depan mata. Malah ia mungkin boleh dikategorikan sebagai ujian paling berat untuk ditanggung oleh seseorang.

Ini sebagaimana kejadian kemalangan di simpang tiga Jalan Kolam Machap, apabila seorang lelaki meraung meminta maaf selepas melihat dua orang anaknya terbaring di atas jalan raya selepas kereta yang dipandunya terlibat dengan kemalangan.

Memetik berita yang dilaporkan Sinar Harian, difahamkan kejadian jam 7.45 pagi itu, kesemua mangsa iaitu warga emas, Ibrahim Daud,71, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala isterinya, Latipah Dorahim,66, menantu mereka, Syazana Tharin,30, serta cucunya, Yusuf Daniel Muhammad Izwan, lima tahun meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Alor Gajah kerana mengalami kecederaan parah di kepala.

Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP 

 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian kesemua mangsa menaiki MPV jenis Toyota Estima yang dipandu Muhammad Izwan Ibrahim,30, dalam perjalanan dari arah Selandar ke Alor Gajah.

Menurutnya, setiba di simpang tiga berkenaan, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Land Cruiser dipandu lelaki berusia 59 tahun dari arah Durian Tunggal, secara tiba-tiba telah keluar simpang dan membelok ke kanan menghala ke arah Selandar.

Beliau berkata, Muhammad Izwan yang beralamat di Felda Bukit Senggeh, Asahan cuba mengelak ke arah kanan dan membrek sejauh lima meter namun telanggar bahagian kiri hadapan kenderaan pacuan empat roda terbabit.

Katanya, akibat kemalangan itu, bapa Muhammad Izwan meninggal dunia ditempat kejadian manakala ibu, isteri serta seorang anak lelakinya disahkan meninggal dunia di hospital kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Seorang lagi anak Muhammad Izwan, Aniq Fahim yang belum pasti usianya sedang dirawat di zon merah hospital yang sama.

“Sementara itu Muhammad Izwan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Dalam pada itu, Arshad berkata, pemandu kenderaan pacuan empat roda yang beralamat di Bukit Beruang itu telah dibawa ke hospital kerana mengalami sakit dada.

Beliau berkata, jenazah kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kenderaan terlibat telah ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.

“Pemandu berusia 59 tahun kemudian ditahan polis lebih kurang jam 11 pagi semasa memberi keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987 dan saksi kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan polis,” ujarnya.

Sumber : Sinar Harian 

 

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club