Terlihat cantik dan awet muda siapa yang tidak mahu bukan? Selain diakui perlu ada bantuan daripada penggunaan produk kecantikan, anda juga boleh amalkan beberapa petua yang tidak kurang hebat kesannya dalam bab kecantikan. Malah jika rajin amalkan, wajah bukan sahaja cantik secara alami malah dikatakan juga nampak awet muda.
Nak tahu apakah petua tersebut, dan di sini dikongsikan untuk anda cuba amalkan.
Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:
Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.
Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-
Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan
Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.
Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu makan teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.
Sumber : Ana Mahabu
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club