Ada benarnya, bila kita lihat seorang wanita yang mempunyai anak yang ramai namun tetap kelihatan cantik bentuk badan dan awet muda tentu kita ingin juga sepertinya. Kalau boleh ingin juga tahu amalannya.
Hal yang sama dirasai oleh Puan Akmal Hamid apabila terbaca posting seseorang yang berkongsi rahsia kekal awet mudanya walau sudah punya anak 7.
Memangluar biasa!
Oleh yang demikian, Puan Akmal juga ingin berkonfsi apakah yang diamalkan wanita tersehut dan kini turut menjadi amalan Puan Amal.
Nak tahu detail, jom semak.
Terbaca post sorang sis nie, air nie untuk awet muda. Bila jumpe sis nie depan depan baru yakin nak minum air nie.
Sis tu anak 7, tapi body dia lawa sangat. Dia start minum dari umur 13tahun waktu dia dah start period.
Mal baru amalkan sebulan lebih, moga mal terus istiqomah. Moga bermanfaat. Nie mal share kan sekali resepi dia.
Resepi Awet Muda Meletop
1 sudu cuka epal asli
1 sudu teh kayu manis ceylon
1 sudu madu asli
Cara buat :
1. Bancuhkan semua, minum suam suam. 2. Minum sebelum sarapan.
Ekstra info : Kalau ada gastrik boleh minum lepas makan.
Jom lah kita jaga body kita, nak pakai lama tu.
Sumber : Akmal Hamid via MAHN