Seronok rasanya bila hubungan kita anak beranak sentiasa rapat dan mesra sejak kecil hinggalah mereka dewasa. Ada waktunya boleh bergurau, usik mengusik, berbual dan dalam masa yang tertentu jika ditegur atau diberi arahan oleh ibu ayah diterima dengan baik.
Bahkan menurut perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari, anak-anak ini bila keras hati atau menjauh daripada kita, sebenarnya kesan daripada sikap ibu ayah yang suka menengking dan marah-marah kepada anak-anak.
Namun jika anak-anak dilayan dengan baik, yakinlah anak tersebut akan menjadi anak yang paling rapat dan patuh arahan dan sekali gus penyejuk hati ibu ayah.
Oleh itu, ketahui 7 teknik mudah yang boleh dipraktikkan untuk membantu merubah anak-anak menjadi lebih mesra dan baik terhadap kita. Dan ini saranan daripada Dr Ahmad Luqman dan jadikan panduan.
Bahaya! Ingatlah, jangan cepat nak tengking atau naik tangan bila si kecil tu tak dengar cakap kita. Tak ada anak yang dilahirkan degil. Tapi bila dah kerap sangat kena marah dan kena maki, itulah yang buatkan hati dia jadi keras.
Anak kita tu sebenarnya boleh je berubah jadi anak yang paling rapat dengan kita dan patuh arahan bila kita amalkan 7 teknik mudah ni:
Ads
#1. Kerap cium dahi dan peluk
si kecil kita tu. Cubalah jadikan rutin setiap kali lepas solat terus peluk cium anak anak kita tu. Kita kena banyakkan memberi (sentuhan kasih sayang) sebelum layak nak menerima (kepatuhan anak pada arahan kita).
#2. Biasakan untuk rendahkan tubuh kita atau melutut masa bercakap dengan si kecil tu supaya mata kita dan mata anak pada aras yang sama dan ada eye contact yang bagus.
#3. Sebutkan ayat ayat yang pendek dan ringkas masa berikan arahan pada anak kita.
Ads
#4. Bila kita duduk duduk dengan anak, letakkanlah smartphone tu kat tepi sekejap. Fokus sepenuhnya untuk bermain atau bergurau senda dengan si kecil tu.
Gelak ketawa yang terhasil tu akan menerbitkan hormone oxytocin dan buatkan kita dan anak sama sama rasa lebih tenang dan bahagia.
#5. Perhatikan baik baik keperluan asas si kecil tu samada dah dipenuhi atau belum.
Mungkin dia tak dengar cakap kita waktu tu kerana dia tengah lapar, mengantuk, rimas atau emosinya berserabut sebab baru je lepas bergaduh dengan adik beradik yang lain.
Ads
#6. Banyakkan ucap terima kasih bila dia lakukan perkara yang baik supaya anak kita sentiasa rasa dihargai.
#7. Tarik nafas dalam dalam dan kawal emosi kita tiap kali datang rasa nak marah. Entah entah anak kita tu asyik melawan bukan sebab apa tapi kerana otak dia dah terbiasa berada dalam keadaan ‘Fight and Flight’ akibat kerap dimarahi.
Tolong share ilmu ni dengan pasangan masing-masing ye. Jangan terkejut kalau anak kita nanti jadi lebih patuh, lebih senang dengar kata dan lebih tenang emosinya bila dia dah mula ada strong connection dengan kita.
Perkongsian daripada suami ini ada bagusnya dijadikan panduan dan pengajaran buat lelaki bergelar suami agar lebih terbuka untuk turut sama melakukan kerja bersama-sama isteri.
Jangan hanya tahu mengharap semua tersedia dan dilakukan dari isteri semata-mata, bimbang akhirnya diri sendiri yang kecewa.
Sebaiknya, ikhlaskan hati untuk setiap apa yang dilakukan adalah tujuannya untuk mendapatkan reda Allah, pasti terbit rasa sayang-menyayangi, hormat-menghormati dan ingin selalu berbakti pada pasangan untuk merebut ganjaran dariNya.
Ini perkongsiannya.
Saya berkahwin kerana saya nak jadi suami. Bukan mahu apa dari isteri. Kalau saya kahwin sebab nak semua dari isteri, saya akan jadi suami yang paling kecewa sekali.
Gambar hiasan
Baju tak basuh bising.
Makanan takde marah.
Rumah bersepah resah gelisah.
Maka, saya masuk ke dalam rumahtangga bukan nak semua, tapi usahakan bagi semua.
Itulah tugas saya.
Apa yang saya terima dari isteri, saya anggap itu bonus.
Saya juga melalui sakit yang orang lain rasa. Penatnya menjadi suami, sakitnya menjadi suami, letihnya menjadi suami.
Allahuakbar. Semuanya memeritkan.
Namun, cuma bezanya saya belajar dan berusaha.
Bukan melihat buta segala sikap dan perangai isteri, menyalahkannya setiap hari, dan bersangka buruk malam dan pagi.
Kalau kita tak dapat pasangan yang baik, jangan itu menjadi alasan untuk kita tak menjadi yang terbaik.
Siapa pun kalian.
Kalian yang suami. Kalian yang isteri.
Andai benar kahwin kerana Tuhan, ujian di lalui dengan penuh percaya pada kebaikan Tuhan.
Sumber : Abu Hurairah Asifa
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pengambilan makanan yang terlampau di bulan Syawal ini buat kulit muka makin tak terjaga, berminyak dan makin ketara jerawatnya.
Kalau muka makin teruk ada baiknya anda kembali menjaga kulit wajah. Harus berikan lebih perhatian.
Namun tiada salahnya jika anda mencuba cara alami dengan menggunakan bahan-bahan sedia ada sahaja. Lebih senang, cepat dan tidak perlukan sebarang kos.
Malah cara ini juga lebih selamat dan diyakini. Jom cuba semua langkah ini.
Skrub Beras
Ya anda harus melakukan urutan skrub pada wajah. Paling tidak sebulan sekali. Skrub beras antara yang sangat disyorkan buat semua wanita. Skrub ini bukan hanya menanggalkan sel kulit mati bahkan melembut dan membersihkan kulit wajah. Rajinkanlah diri untuk mengisar beras yang dicampur dengan sedikit yogut asli. Sapukan pada wajah dan biarkan kering. Kemudian sentallah kulit hingga bersih. Kena buat!
Minum Minyak Kelapa Dara
Mengamalkan minum minyak kelapa dara antara yang patut anda lakukan. Amalan ini sebenarnya bukan hanya sihat untuk dalaman tetapi cukup baik untuk kulit luaran. Ia merawat sel kulit serta merawat masalah kulit kering. Tambahkan minyak sebagai diet harian dan lihat hasilnya.
Ratakan Ais Batu
Ini paling senang malah langsung tak perlukan kos. Percuma! Jangan bagi alasan sukar atau malas hendak lakukannya. Ambil ketulan ais dan ratakan pada seluruh wajah. Proses ini meningkatkan peredaran darah pada wajah dan hasilnya kulit lebih lembut dan cantik. Malah ia juga mengetatkan liang pori dan membantu merawat jerawat. Hebat!
Mist Air Semulajadi
Semburan air semulajadi buat wajah anda kekal lembap dan bersinar. Ketika waktu kering, semburkan sedikit mist ini ke wajah. Mencuba produk air semulajadi atau organik antara yang disarankan. Jika perlu, gunakan air teh hijau dan semburkan ke wajah.
Jangan Lupa Detoks
Jangan pula lupa detoks dengan air lemon. Detoks air lemon pada waktu pagi akan memberi keajaiban kerana ia membersihkan perut anda dan perut yang bersih. Malah kulit juga lebih bersih dan sihat. Perah satu biji lemon ke dalam satu gelas air suam dan minum setiap hari. Mahu lebih sedap dan berkhasiat, tambahkan sedikit madu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Teh selalu disangka jahat oleh semua padahal ada unsur teh yang baik untuk diamalkan wanita. Malah teh kalau digabungkan dengan beberapa herba lain seperti halba cukup baik untuk kesihatan tubuh.
Teh yang digabungkan bersama serai juga antara campuran yang baik diamalkan untuk kesihatan dalaman wanita. Teh serai yang diamalkan oleh wanita bernama Mastura Rashid ini patut kita amalkan.
Dia yang mengamalkan petua ini sejak dulu membuktikan bahawa dua bahan ini mampu memberi kesan pada wajahnya. Patutlah wajahnya bersih tanpa cela. Muda lagi bertenaga.
Jom kita ikuti perkongsian beliau.
TEH SERAI AWET MUDA BIDAN KELANTAN
Siapa sangka kan, dalam banyak-banyak rempah ratus dan herba, serai antara herba yang sangat efektif untuk baiki kesihatan dalaman seseorang wanita.
Tapi, dalam mana-mana herba pun, bila ada baik, mesti ada buruknya juga jika terlebih dos, terutama sekali jika anda sedang mengandung, menyusu atau orang tua.
Okay, resipi teh serai ni asalnya adalah dari perkongsian seorang bidan Kelantan. Kalau tengok umur dia waktu tu, ingatkan baru lewat 30an atau awal 40an gitu.
Rupanya dah 50an ok. Pengsan Fiona tengok wajahnya yang bersih dan muda tak padan umur. Kemerahan, bersih, bertenaga. Jangan fikir dia bela saka atau hantu raya pulak ok. Memang dia amalkan teh serai sejak muda lagi.
Ini rahsia teh serai yang diamalkan sejak dulu.
TEH SERAI AWET MUDA
BAHAN-BAHAN:
3 batang serai
1 sudu besar daun teh hijau
2 ketul besar gula batu (pecahkan)
Resipi asal hanya gula batu dan serai saja. Tapi fiona tambah daun teh hijau supaya teh ni supaya fungsi awet mudanya berdouble triple dengan teh hijau yang antioksida. Bukan saja darah lancar, siap pakej cairkan kolestrol ,sihatkan jantung dan otak sekali.
Boleh guna teh hijau uncang brand OSK, AHMAD TEA ATAU BOH. Boleh ganti dengan teh rooibois atau black tea biasa.
Boleh guna madu, stevia atau gula perang kalau taknak gula batu. Tapi sebaiknya jangan guna gula biasa sebab tak berkhasiat.
Boleh tambah halia jika nak extra hot. Tambah lemon untuk extra vitamin c booster.
2. Ketuk serai sampai pecah supaya kesemua khasiat serai masuk dalam air rebusan.
3. Isi air dalam cerek terus (cerek jenis boleh masak atas induction cooker), atau dalam periuk pun boleh.
4. Isi serai dan teh hijau.
5. Masukkan gula batu terus ke dalam air. Mulakan merebus sampai mendidih.
6. Dah didih, tutup api, dan biarkan seketika selama 10 minit. Biarkan dulu bahan-bahan berada dalam cerek. Nampak tak air dah bertukar warna perang? Kalau air bertukar hitam, cuba check, takut ada cicak tokek termasuk sekali tanpa sedar.
7. Tuang secawan. Harumnyaaa aroma teh serai ni. Jadilah kau esok berwajah baby baby dengan teh awet muda yang satu ni. Simple kan? Tak buat jugak, tak tahulah.
Kos RM1 untuk 5 batang serai, dan RM10-RM15 untuk daun teh hijau asli sebungkus. Gula batu sepeket RM2.20. Kos tak sampai RM20, tapi boleh buat berkali-kali.
Jemput minum. Lepas minum ni berpeluh-peluh badan. Ini antara teh terbaik untuk diminum sebelum mulakan senaman atau buat kerja rumah.
Teh ni selamat diminum kanak-kanak ok. Tak perlu rebus 7 hari 7 malam. Cukup 10 minit untuk legakan cirit birit anak, demam dan sakit perut.
Oh jangan hairan lepas minum asyik nak kentut, sendawa dan kencing saja ok. Nilah “magic”nya teh serai awet muda ni.
Amalkan gaya hidup sihat dengan bahan semulajadi dari dapur ok.
APA KEBAIKAN TEH SERAI?
1. Kalau selalu senggut sampai guling-guling dan bergulung macam tenggiling tu, bolehlah minum teh serai secawan bila senggugut menyerang takde belah kesian.
2. Untuk orang yang sakit-sakit urat, krem urat lepas bersukan, atau bersumo, boleh minum teh serai secawan ok. Serai bersifat antispasmodic, iaitu boleh melegakan otot yang kekejangan.
3. Melancarkan darah, buatkan badan berpeluh non stop macam berlari naik tangga 20 kali.
4. Detox semulajadi. Detox perut dan juga detox kulit. Jadi senang membuang, senang berpeluh dan anda pun sihat happily ever after.
5. Boleh melegakan sakit sendi dan arthritis.
6. Rumah yang selalu dimasuki ular, bolehlah tanam serai sekeliling pagar. Pantang 7 keturunan ular dekat dengan rumah yang ada pokok serai. Kalau dimasuki ular juga, belalah angsa sebagai bonus. Ular paling anti dengan bunyi angsa. Tapi angsa arwah abah dulu, kena telan juga dengan ular sawa. Bising sangat kot, jalan mudah, telan saja.
7. Melegakan selsema dan meningkat sistem imun badan, dan mengelakkan kerosakan sel badan. Jadi badan dan muka maintain awet muda.
APA SIDE EFFECT TEH SERAI?
1. Ibu mengandung tak boleh minum dikhuatiri berlaku birth defect disebabkan bahan aktif nama Citral dan Myrcene yang ada dalam serai.
2. Fungsi melancarkan darah haid juga menyebabkan risiko keguguran tinggi.
3. Orang berkulit sensitif tak boleh minum teh serai kerana serai ni boleh trigger ruam dan alergik.
SIAPA BOLEH MINUM?
Semua dari kanak-kanak hingga orang tua. Termasuk ibu menyusu. Tapi ibu menyusu tak perlu letak daun teh hijau ok. Teh hijau ada kafein. Elakkan.
Jika anda mengandung, berkulit sensitif, nak makan boleh, tapi dalam masakan saja ok. Elakkan minum teh, apatah lagi sapu minyak serai yang panas di kulit.
Boleh tengok cara buat di dalam gambar. Fiona dah ubahsuai resipi ni untuk tambah fungsi antioksida dan sejukkan badan.
BERAPA KALI MINUM SEHARI?
Serai bersifat diuretic. Boleh singkirkan garam dan air berlebihan dari badan. Efek kencing, berpeluh tu sangat biasa. Boleh minum 2-3 kali sehari. Tapi sebaiknya jangan tambah gula putih ok. Hilang khasiat dia tau.
Tambah halia untuk efek panas dan extra diuretic function. Orang yang ada darah tinggi, bengkak badan, kencing manis, elok minum teh serai ni. Kalau ada kencing manis, tolong jangan tambah gula batu, gula biasa, gula perang, madu, atau pemanis. Stevia saja ok.
Sebarkan kepada semua wanita sebab fiona nak bantu wanita lain berjimat untuk cantik secara semulajadi dengan bahan dari dapur.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi yang belum mencuba, apa kata anda mencuba hasilkan gambar raya tahun ini menggunakan Ghibli Style yang trending sekarang ini. Paling penting cara hendak membuatnya cukuplah mudah.