Kita selalu dengar orang bercakap cara mana kita melayan anak-anak cara itu jugalah nanti anak-anak akan melayan kita kelak. Jika kita acuh tak acuh dengan mereka, begitulah juga mereka tidak akan ambil berat tentang kita bila sudah tua nanti. Apa pun, usaha dan doa perlu disertakan agar anak-anak yang kita lahirkan dapat membesar dengan emosi yang sihat dan menjadi anak yang baik.
Menyentuh tentang cara bagaimana ibu ayah boleh lakukan ketika membesarkan anak-anak, bolehlah ikuti perkongsian daripada Dr Redza Zainol sebagai panduan. Dr Reda ada menyenaraikan 10 perkara, sama-sama hadam dan praktikkan.
Buat 10 perkara ni kalau nak anak membesar dengan kesihatan emosi yang sihat.
1. Pandang mata dan letak phone ke tepi bila bercakap dengan anak.
2. Selalu peluk cium semua anak tanpa pilih kasih.
3. Gunakan nada suara yang rendah bila bercakap dengan anak.
4. Lebih banyak mendengar cerita anak daripada marah dan menengking. Response and not react.
5. Pantau bila anak guna gajet. Jangan percaya pada semua kandungan video yang mereka tengok.
Ads
6. Lebih banyak beri kata galakan daripada mengugut anak.
7. Jangan bagi semua yang anak kita minta. Kita didik supaya mereka faham ada perkara mereka kena usaha untuk dapatkan.
8. Hargai setiap hasil kerja anak walaupun tak sempurna. Mereka gunakan kita sebagai cermin untuk mengesahkan (validate) emosi sendiri.
Ads
9. Jangan berbohong pada anak walau niat untuk mendidik. Jelaskan perkara ikut perkembangan usia mereka.
10. Tanya bagaimana hari mereka setiap hari. Jadilah tempat utama untuk anak luahkan emosi mereka.
Barulah bonding kita dengan anak jadi lebih kuat berbanding bonding anak dengan kawannya. Bila mereka jadi remaja, anak lebih dengar cakap kita banding dengar cakap kawannya.
Anda pernah mencuba untuk menyediakan menu daging dendeng untuk keluarga? Jika belum pernah, apa kata anda sediakan menu yang digemari ramai ini dengan resipi yang dikongsikan oleh Puan Liza Idris ini.
Mungkin sebelum ini ada yang beranggapan menyediakan menu daging dendeng ini rumit, namun rupanya tidaklah begitu bahkan ramuannya juga tidaklah banyak. Memang boleh sangat untuk anda sediakan untuk keluarga merasa air tangan anda dalam penyediaan daging dendeng.
Jadi usah tunggu lagi, jom kita masuk dapur dan sediakan menu istimewa pada hari ini.
Daging Dendeng Padu
Langkah 1 : Anggaran 1/2 kilo daging dibasuh bersih. Potong ikut suka hati. Kemudian rebus daging sampai empuk. Angkat dan toskan.
Langkah 5 : Sementara tu jom kita kisar bahan tumis.
2 inci halia
2 biji bawang besar
2 batang serai
3 ulas bawang putih
Langkah 6 : Guna minyak yang sama, jika banyak buang sedikit. Tumis serai dulu kasi naik bau. Kemudian tumis pula bahan kisar. Kacau biar bahan kisar kekuningan.
Langkah 7 : Masuk 2 senduk cili kisar. Kacau sebati sampai pecah minyak.
Langkah 8 : Dalam masa yang sama, masuk 10 helai daun limau purut. Banyak lagi sedap aromanya. Masuk setengah cawan air asam jawa. Kacau biar mesra.
Langkah 9 : Letak 2 sudu gula. Kacau dan kacau lagi. Masuk sedikit air rebusan daging. Biar pecah minyak lagi.
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual untuk anda merasai seperti berada di Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands dan beberapa lagi tempat menarik di Genting Highlands!
Bila anda join event ini, anda juga layak menerima 2 tiket Ripleys Believe It or Not Adventureland Genting Highlands secara PERCUMA untuk anda sekeluarga.
Bukan itu sahaja malah banyak lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan bersama-sama sepanjang program ini. Jadi jangan tunggu lagi, tempat terhad! Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Ada orang kata perabot antik, vintaj, ‘rera’ mahu pun klasik seperti gerobok lauk ini, mempunyai nilai sentimental buat yang pernah memiliki perabot tersebut. Maka tidak hairanlah selagi elok akan digunakan dan dipelihara selagi mampu.
Pun begitu melalui perkongsian kisah daripada Alied Wahab di dalam group Tukang Apa Hari Ini, siapa sangka gerobok ikan tersebut ada yang telah membuangnya dan diambil olehnya untuk dibaik pulih secara DIY.
Apa yang lebih mengujakan selepas dilakukan transformasi gerobok tersebut yang awalnya terlihat usang dan buruk, bertukar menjadi lebih elegan dan eksklusif. Sekali gus membuatkan ramai terpesona dan teruja.
Ujarnya yang menyifatkan penemuan perabot itu sebagai rezeki berkata,”Bermula pkp 3.0, tejumpa gobok lauk di tempat pembuangan sampah. ‘Ini harta karun ni’. Kutip bawa balik baik pulih mana mampu. Boleh la, baru niat di hati nak cari di kedai, rezeki alhamdulillah dapat juga Allah bagi”
Langkah demi langkah :
1. Buangkan jaring hijau, bersihkan sawang dan kekotoran yang ada.
2. Letak filler untuk tutup aib yang ada.
3. Kesat permukaan gerobok dengan kertas pasir bagi halus.
4. Buat para rak dalam almari.
5. Cat dengan warna hitam mati (timber shade)
6. Bahagian bawah kaki almari saya ada potong sikit selepas diganti dengan furniture rubber leg yang dibeli di Shopee.
7. Pemegang pintu (furniture handle) juga beli di Shopee.
8. Shelf di dalam dibeli di kedai hardware. Diperbuat dari kayu dan berharga RM45 sepapan. Panjangnya 12 kaki. Gerobok ini memerlukan dua papan sebegini.
9. Cermin akan dibeli kemudian memandangkan kedai cermin ditutup semasa PKP.
“Pohon tanam jenazah mak secepat mungkin. Tidak perlu tunggu sesiapa.”
Itu nota pesanan terakhir yang ditinggalkan pesara polis, Allahyarhamah Muhyizan Muhyi kepada tiga anaknya sebelum meninggal dunia akibat barah usus pada 6 Mei bersamaan dengan 5 Syawal lalu.
Namun apa yang menyedihkan, nota itu baru ditemui tiga anaknya selepas arwah selamat dikebumikan.
Menurut Nor Azuana, 36 nota itu ditemui oleh adiknya, Nur Asyikin, 34, dalam almari baju ketika mereka bersama-sama mengemas bilik tidur arwah ibunya dengan adik bongsu, Muhammad Aizuddin, 30.
Kisah tersebut tular dan mendapat perhatian ramai selepas Nor Azuana, berkongsi menerusi Facebooknya.
Menurut Nor Azuana, nota itu ditemui bersama bungkusan berisi tudung berwarna putih, kain batik panjang, kain batik lapik, plastik lapik tilam dan telekung.
“Emak memang ada beritahu mengenai kelengkapan pengurusan jenazah disediakannya, seingat saya pada awal tahun ini namun saya dan adik-beradik tidak ambil pusing sangat kerana enggan berfikir ke arah itu.
“Lagipun, emak sihat ketika itu dan tak sangka pula ia petanda arwah akan meninggalkan kami.
“Saya menangis selepas membaca nota itu malah rasa ralat dan terkilan kerana tidak dapat gunakan kelengkapan itu bagi menguruskan jenazah emak.
“Saya bagaimanapun tetap lega kerana urusan pengebumian di Tanah Perkuburan Kampung Temoh Stesen, Temoh, Perak iaitu kampung halaman emak berjalan lancar,” katanya menerusi perkongsian bersama Harian Metro.
Tambah Nor Azuana yang bekerja sebagai jururawat, ibunya disahkan menghidap barah usus tahap empat pada 27 Februari lalu iaitu dua hari selepas tiba di rumahnya di Taman Rambai Idaman, Bukit Rambai, Melaka.
“Emak menetap di Taman Murni, Gurun, Kedah bersama abah (Masshar Ahmad, 62) manakala kami tiga beradik tinggal berasingan dengan keluarga masing-masing.
“Pada 25 Februari lalu, emak datang ke rumah saya untuk membantu menjaga anak saya selepas pengasuh anak positif Covid-19.
“Emak sihat pada mulanya sebelum mengadu sakit perut dua hari kemudian dan sebaik dibawa ke hospital, doktor mengesahkan emak menghidap barah usus tahap empat. Lapan hari juga emak tidak sedarkan diri di hospital sebelum dibenarkan pulang pada 14 Mac.
“Sejak itu, emak tinggal terus di rumah saya dan sempat juga saya menjaganya termasuk bantu tukarkan beg stoma serta lampin pakai buang selepas pulang kerja,” katanya.
Selain itu, menurut Nor Azuana, selain meninggalkan kiriman nota, ibunya juga ada menunjukkan petanda lain sebelum meninggal dunia.
“Paling tak dapat lupa, emak beritahu keinginannya untuk raya betul-betul tahun ini kerana dia dapat rasakan ini (raya) yang terakhir namun satu juadah raya pun dia tidak jamah.
“Allah lebih sayangkan emak dan saya bersyukur kerana ada di sisinya sebelum menghembuskan nafas terakhir walaupun berasa emak pergi terlalu cepat dan belum puas menjaganya.
“Abah juga masih sedih dan tidak boleh bersendiri kerana ke mana saja pergi, emak yang akan temankannya. Kini, kami adik beradik bergilir-gilir menjaganya,” katanya.
Dalam pada itu, Nor Azuana mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan ibunya selepas dia berkongsi kisah berkenaan di FB.
“Niat saya berkongsi kisah itu sekadar untuk meluahkan perasaan. Diharap perkongsian itu jadi peringatan buat kita semua untuk bersedia ke alam sana kerana mati itu pasti,” katanya.