Nak Anak Membesar Sihat & Bertenaga waktu Pandemik, Pilih Susu Yang Sesuai.  Ini Sebabnya Ibu Bapa Kena Tahu!

Share

Suasana pembelajaran dan kehidupan sekarang yang membuatkan anak-anak terkurung dan hanya belajar secara online akibat Covid-19. Lebih-lebih lagi anak-anak tertekan dengan situasi pembelajaran di rumah selain  tidak dapat bergaul  bebas seperti sebelum ini.  Tekanan ini sedikit sebanyak membuatkan minda serta emosi anak-anak terganggu.

Bukan setakat emosi anak-anak yang perlu kita jaga, kita juga perlu memastikan perkembangan sistem imun kanak-kanak yang sihat. Sistem imun yang kuat dapat mengurangkan risiko dijangkiti penyakit. Bercakap tentang nutrien utama yang dapat membantu menyokong fungsi imun yang baik , pengambilan makanan yang mengandungi Vitamin C, Zat Besi, Zink, Vitamin A, dan Vitamin E adalah penting.

Jenis-jenis makanan yang mempunyai nutrien-nutrien penting ini seperti bawah:

  • Brokoli mengandungi Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan Zat Besi
  • Ubi Keledek dan Lobak kaya dengan Vitamin A
  • Buah-buahan Sitrus dan Betik mengandungi Vitamin C

Manakala untuk memastikan anak-anak fokus ketika  belajar di rumah, nutrien utama yang boleh membantu termasuklah Asid Folik, Vitamin B, Zat Besi dan DHA. Nutrien-nutrien ini membekalkan tenaga dan menyokong perkembangan sel-sel otak yang sihat.

Berikut adalah senarai makanan yang kaya dengan nutrien yang boleh membantu menyokong perkembangan kognitif mereka yang sihat:

  • Ikan berlemak seperti Salmon mengandungi Vitamin B dan DHA
  • Sayur-sayuran berdaun hijau seperti Bayam kaya dengan Asid Folik dan Zat Besi
  • Telur mengandungi Vitamin B, Asid Folik dan Protein
  • Daging mengandungi Zat Besi dan Vitamin B

Pertumbuhan badan yang sihat juga sangat penting untuk kanak-kanak. Tahukan ibu bapa  semua dengan membina kepadatan tulang pada waktu kanak-kanak boleh membantu mengurangkan risiko masalah tulang dalam masa dewasa.

Nutrien-nutrien seperti Kalsium,  Magnesium, Fosforus dan Vitamin D adalah penting untuk tulang dan gigi yang kuat. Selain itu, Protein dan Zink juga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan, terutamanya Protein yang juga merupakan blok binaan asas tubuh badan bukan sahaja dari segi pertumbuhan, tetapi juga dalam perkembangan mental.

Contoh makanan sumber nutrien pertumbuhan yang baik seperti di bawah:

  • Daging mengandungi Protein dan Zink;
  • Telur kaya dengan Protein dan Vitamin D
  • Susu & Produk Tenusu seperti Yogurt dan Keju mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D

Dalam situasi norma baru kini, anak-anak perlu kekuatan fizikal, emosi serta minda untuk menyesuaikan diri. Peranan kita sebagai ibu bapa adalah untuk membantu anak-anak membesar dengan baik dalam musim pandemik ini.

Dengan situasi sekarang di mana bukan sahaja anak-anak belajar secara online, bahkan ada ibu bapa yang bekerja dari rumah. Justeru, kena bijak membahagikan masa antara kerja dan keluarga. Pastikan anda menyediakan makanan berkhasiat  bagi memastikan anak-anak mendapat semua Vitamin dan Mineral yang mereka perlukan untuk memenuhi perkembangannya.

Susu adalah salah satu sumber makanan yang mengandungi pelbagai Vitamin dan Mineral penting untuk mengekalkan kesihatan keseluruhan. Tahukah anda, Garis Panduan Diet Malaysia 2020 sarankan pengambilan susu dua kali sehari dan juga menyatakan bahawa susu merupakan sumber makanan yang mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Justeru, ia perlu diambil dengan secukupnya oleh semua orang terutamanya kanak-kanak yang tengah membesar.

Banyak jenis susu yang ditawarkan di pasaran pasti akan membuatkan ibu bapa menjadi keliru untuk memilih susu yang paling sesuai.  Kebanyakan susu kini diperkukuh dengan Vitamin dan Mineral dengan formula dan tujuan yang berbeza. Pilihlah susu yang mengandungi pelbagai Vitamin dan Mineral penting supaya perkembangan mental, fizikal dan sosial anak-anak semuanya dijaga.

Dengan  Susu NESPRAY Penuh Krim, anda tak perlu bimbang lagi, selain berkhasiat dan sebagai satu-satunya susu penuh krim dengan 15 Vitamin dan Mineral*, ia juga lazat dan berkrim, dan mudah disediakan. Masukkan Susu NESPRAY Penuh Krim ke dalam diet harian anak anda untuk membekalkan Vitamin dan Mineral penting yang mereka perlukan.

Pengambilan 2 gelas susu sehari adalah permulaan hebat untuk anak-anak. Setiap titisan Susu NESPRAY Penuh Krim mengandungi nutrient yang boleh membantu menyokong perkembangan fizikal , mental, dan pembangunan sosial anak-anak.  Ia bukan sahaja susu yang berkrim dan lazat, tetapi ia juga memupuk potensi kanak-kanak dari dalaman sekali gus membantu tumbesaran fizikal dan mental sepenuhnya.

Jangan lupa bahawa Susu NESPRAY Penuh Krim juga merupakan sumber Protein yang baik, kaya dengan Kalsium, Zat Besi, Vitamin C dan D dan juga mengandungi 0g Sukrosa. Ia bukan sahaja susu yang berkrim dan lazat menambat selera anak-anak, tetapi ia lebih daripada itu.

Layari https://www.dearnestle.com.my/brand-story/nestle-nespray untuk lebih lanjut, atau https://shopee.com.my/shop/13377506/search?page=0&shopCollection=123588475 atau https://www.lazada.com.my/shop/grocery-store1627663423/Nespray.htm?wh_weex=true untuk dapatkan susu NESPRAY Penuh Krim anda.