Nak Anak Lebih Prihatin & Peduli Kesusahan Orang, Rupanya Begini Ibu Ayah Boleh Buat Dengan Mudah!
Melentur buluh biarlah dari rebungnya, begitu indah peribahasa Melayu yang membawa maksud perihal dalam mendidik anak-anak tentang sesuatu perbuatan baik biarlah dibiasakan sejak mereka sedari kecil lagi.
Bahkan sebagai ibu bapa sudah menjadi tanggungjawab untuk mendidik dengan ilmu dan perkara kebaikan. Maklumlah anak-anak itu diibaratkan seperti kain putih dan kitalah ibu ayah yang akan mencorakkannya.
Peribahasa juga ada menyebut, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Lantaran itu sebagai ibu bapa janganlah pula kita menjadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus dengan meminta anak-anak menunjukkan contoh yang baik sedangkan diri sendiri tidak menunjukkan teladan terbaik.
Jadi apa kata, bersempena tahun baru ini kita seisi keluarga berusaha untuk sama-sama menjadi lebih baik melalui penglibatan membantu orang yang memerlukan agar kita seisi keluarga lebih mendalami erti bersyukur dengan apa yang dimiliki hari ini.
Bersama Lakukan Aktiviti Bermakna
Menyentuh tentang aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama untuk membawa ke arah kebaikan adalah antaranya menanamkan sifat suka menabung di kalangan anak-anak. Fahamkan juga pada mereka dengan menabung bukan semata-mata untuk hidup senang ataupun kaya pada masa hadapan.
Bahkan dengan duit tabungan tersebut dapat dijadikan sebagai satu cara untuk membantu orang lain yang dalam kesusahan dengan menderma kepada orang perseorangan atau melalui pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan seumpamanya.
Pastinya kaedah ini cukup menyeronokkan anak-anak dan memberi inspirasi dan motivasi kerana usaha menyimpan wang bukan sahaja untuk kegunaan sendiri bahkan sebahagiannya dapat pula digunakan untuk berbakti.
Pendedahan yang diberikan oleh ibu ayah kepada anak-anak dalam penglibatan menyalurkan bantuan untuk insan yang memerlukan, secara tidak langsung dapat memupuk sifat prihatin dan peduli dengan orang yang dalam kesusahan.
Memberi lebih pengalaman bermakna kepada seisi keluarga, sebenarnya banyak lagi aktiviti lain yang boleh anda lakukan bersama antaranya adalah :-
Kumpul Pakaian
Aktiviti yang satu ini jika dilakukan nampak bersahaja namun memberi kesan baik untuk elakkan pembaziran dan mudah pula untuk dipraktikkan. Lain tidak bukan adalah mengumpulkan pakaian lama yang masih elok untuk disedekahkan kepada yang memerlukan.
Ads
Caranya, setiap anak diberi tanggungjawab untuk mengasingkan pakaian mereka untuk dikumpulkan dan seterusnya diberikan kepada pusat pengumpulan baju terpakai atau pihak NGO. Yakinkan pada anak-anak, meskipun sumbangan ini dilihat kecil, namun ianya akan dapat membantu mereka yang memerlukan.
Wujudkan Tabung Sedekah Subuh
Jangan lepaskan peluang mendidik anak-anak untuk bersedekah bermula di rumah dengan mewujudkan tabung sedekah subuh.
Kaedah yang anda boleh buat adalah meminta anak-anak memasukkan sendiri wang ke dalam tabung setiap kali usai solat Subuh. Bukan nilai wang yang ditekankan, tapi disiplin untuk bersedekah itu dijadikan keutamaan.
Apabila tiba hujung bulan, itulah masa yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak untuk mengetahui berapa jumlah wang yang terkumpul untuk disedekahkan. Melihat keterujaan anak-anak mengetahui jumlah wang terkumpul, sekali gus membuatkan kita juga turut rasa bahagia.
Cerita & Tauladan
Anak-anak memang suka mendengar kisah dan cerita daripada ibu bapa. Jadi ambil peluang ini untuk memberi kesedaran kepada anak-anak bahawa di luar sana ramai orang yang susah, hidup dalam kebuluran dan serba kekurangan hingga memerlukan bantuan daripada kita semua.
Umpamanya berkongsi kisah derita kanak-kanak di Palestin ekoran menjadi mangsa peperangan yang menyebabkan kanak-kanak tidak dapat bermain dan makan secukupnya. Cerita sebegini mampu menyuburkan emosi dan menanamkan sifat prihatin dan berkasih sayang dalam diri anak-anak untuk lebih terbuka dan bersedia untuk membantu tanpa mengira waktu.
Join volunteer
Sebagai sedia maklum, saban tahun setiap hujung tahun ada sahaja isu banjir berlaku dan kerja-kerja membersihkan kediaman oleh mangsa banjir boleh dilakukan sehari dua. Apatah lagi kepada warga emas dengan kudratnya yang terbatas, pasti sukar untuk dilakukan tanpa adanya pertolongan daripada orang lain.
Prihatin dengan itu, ada baiknya kita seisi keluarga mendaftar sebagai ahli sukarelawan di bawah mana-mana NGO dan sekali gus dapat bergerak bersama-sama dalam menjayakan pelbagai misi bantuan dengan menyumbang tenaga untuk membersihkan rumah mangsa banjir, cuci pakaian yang telah kotor terkena lumpur dan sebagainya.
Ads
Melakukan perkara-perkara ini secara bergotong royong pasti akan menjadi antara momen bermakna buat kita seisi keluarga.
Kenali Pertubuhan Peduli Insan Malaysia
Diakui di negara kita begitu banyak pihak NGO yang bergerak aktif, tidak terbilang jumlahnya. Hal ini mungkin membuatkan ibu ayah bingung untuk membuat pilihan. Apatah lagi bila terbaca kes-kes bantuan yang disalurkan tidak sampai kepada penerima.
Jadi apa kata anda sekeluarga kenali terlebih dahulu berkenaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia yang diasaskan oleh Encik Mohd Luqmanulhakim Mohd Redzuan yang mula didaftarkan pada tahun 2012.
Mengenal lanjut berkenaan Pertubuhan Peduli Insan Malaysia ini, ia adalah sebuah pertubuhan amal yang mensasarkan bantuan melangkaui sempadan yang tidak terhad kepada satu negara sahaja. Peduli insan ditubuhkan atas dasar ihsan demi insan bermula dengan isu kemanusiaan yang berlaku di Syria.
Namun, sejajar dengan visi peduli insan; menjadi badan kebajikan yang terpenting di dalam menangani isu kemanusiaan melangkau sempadan, peduli insan kini komited dalam memberikan usaha yang terbaik dalam misi bantuan di dalam negara mahu pun di Syria, Palestin dan Yaman.
Melihat usaha murni ini, tentu sahaja anak-anak akan berasa bangga kerana turut sama terlibat menyempurnakan misi bantuan hingga ke serata dunia!
Ekoran daripada itu, ayuh sertai Skuad Ihsan yang merupakan sebuah pasukan sukarelawan yang bernaung di bawah Pertubuhan Peduli Insan Malaysia. Ia ditubuhkan dengan tujuan mengumpulkan sukarelawan dari seluruh Malaysia untuk menjadi penggerak dalam aktiviti-aktiviti bantuan dan kemanusiaan.
Ads
Fakta Menarik
Benarlah kata orang kalau tak kenal maka tak cinta. Jadi bila sudah tahu serba sedikit latar belakang pertubuhan ini barulah terasa dekat di hati. Jadi mudahlah untuk anda terus berhubung dengan yang berkenaan bagi sama-sama menyempurnakan misi dalam menyalurkan bantuan.
Mempunyai cawangan di Malaysia (Shah Alam & Pulau Pinang), Turki dan juga Syria.
Mempunyai pasukan yang sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan terutama apabila berlaku kes kecemasan seperti banjir di Malaysia.
Tidak mengira bangsa atau agama, peduli insan komited dalam memberikan bantuan kepada semua yang terjejas.
Kempen yang menyasarkan bantuan berterusan kepada mereka yang memerlukan seperti kehilangan kerja akibat wabak Covid yang melanda, kemusnahan harta-benda akibat bencana banjir besar, bantuan bayaran kos perubatan kepada mereka yang tidak mempunyai dana yang mencukupi.
Bantuan yang diberikan tidak terhad kepada pemberian barangan sahaja, tetapi juga memfokuskan kepada penambahbaikan kehidupan seperti memberikan sokongan untuk pekerjaan, bantuan lain berbentuk kos rawatan perubatan serta kos pembiayaan pendidikan.
Untuk anda yang ingin tahu maklumat lanjut, sila lawati laman sesawang www.peduliinsan.org atau boleh juga dapatkan info dan aktiviti terkini yang dilakukan oleh Pertubuhan Peduli Insan di facebook Pertubuhan peduli insan Malaysia dan Pertubuhan peduli insan malaysia – wilayah utara.
Catatan daripada seorang ibu apabila mengetahui anaknya disahkan mengidap kanser ini cukup menyentuh hati. Setiap hari ada sahaja perkongsian daripadanya mengenai perkembangan dan kesihatan anaknya itu. Dan ini adalah antara coretan-coretannya dan bersama-samalah kita mendoakan agar anaknya Raysha Nur Adriani atau lebih mesra disapa Isha kembali sembuh seperti sedia kala. Kita doakan yang baik-baik untuk keluarga ini…amin.
Assalamualaikum nama saya Raysha Nur Adriana 1/10 ni genaplah saya 3tahun, dulu saya seorang kanak kanak yang ceria dan mumy kata saya penyeri dalam rumah dan hati dia sebab saya anak perempuan .. Dulu rambut saya panjang mumy suka ikat rambut saya tinggi tinggi lepastu mumy suka buat tocang dekat rambut saya ..
Tp masa bulan puasa saya dah mula sakit, mumy ingat saya sakit perut biasa saja tapi lama kelamaan sakit tu makin kuat sampai saya sukar untuk bernafas.. Daddy bawa saya pergi klinik pergi hospital masuk kk6 sehari je kemudian dokta suruh balik katanya saya xde pape masalah sedangkan masa tu pernafasan saya dah laju.. Dengan rela hati daddy and nenek bawa saya balik kemudian esok kan tu sakit saya makin terus mumy balik tak jadi na pergi kerja jadi daddy nenek and mumy bawa saya pergi hkl.. Abang dekat depan jaga kaunter tu terus tolak saya masuk zon merah ..
Mula mula mereka kata saya denggi kemudian jangkitan kuman diparu paru then buat scan dokta kata paru paru berair tapi bila dokta pakar datang dia kata bukan sekadar paru paru berair tapi ada ketumbuhan dalam badan saya sehingga menutup saluran pernafasan saya.. Selang dua hari dokta buat keputusan na oprite saya . Mumy ta henti henti nangis sebab mumy takot sesuatu berlaku..
Masuk bilik oprite nenek yang hanta tp sekejap je lepas saya kena bius nenek keluar, lepas saja oprite saya kena stay dalam icu untuk pemerhatian dokta .. Lepas seminggu saya diberi keizinan balik , mumy gembira sangat tapi mumy pelik kenapa ada wayar warna putih tergantung.. Lepas dari tu mumy tetap susah hati tp mumy terpakse pergi kerja , daddy dan nenek hanta saya ke hospital sebab dokta na jumpa..
Tibatiba dokta sahkan saya menghidapi cancer stage 3 ke 4 .. Mumy berkali kali kol daddy tapi daddy ta angkat mungkin sebab daddy xnk mumy risau tapi auntie saya dah post dalam whatspp jadi mumy tahu.. Mumy x senang na buat kerja terus balik dah sampai rumah mumy nangis x terhenti sebab mumy x bole terima saya cancer .. Cancer saya sejenis cancer rare .. Saya org ke 8 yang kena cancer ni jadi xde ubat bole bantu saya melainkan chemo..
Dokta kata kalau dah start chemo rambut saya, bulu mata saya semua akan gugur.. Tp mumy kata saya tetap cantik dimata dia , lepas dari chemo mulut saya sakit kdg2 seminggu x makan . Saya kerap demam mumy sentiasa teman saya dalam hospital kadang kadang nenek pun teman saya.. Tp kesian pada daddy sebab kena hanta saya ulang alik ke hospital .. Dalam hospital mumy cuma ada saya dia x berani untuk tegur org dalam wad sebab mumy sorg perempuan yg takot utk tegur org.. Jadi dia akan jaga saya sepanjang masa kalau ada org tegur dia baru dia tegur balik.. Jadi auntie and uncle kat luar sana tolong doakan raysha panjang umur dan kuat untuk lalui semua ni , harini auncle and auntie tlg isha insyallah esok lusa allah swt balas segala jasa baik uncle dan untie .. Perubatan isha memang mahal ..susu isha pun kena tukar mumy dah cuba minta bantuan baitulmal dan isha berharap mereke sudi bantu kami insyallah.
Sungguh berat dugaan anak kecil ini dan perkembangan terbaru tentang perjuangan Isha.
“Bila dengar isha nangis mumy jadi takut dan bertambah takut isha .. Isha masih lagi demam dan tak bole buang air besar , isha menangis sepanjang masa sampailah mumy terfikir nak angkat isha dan betulkan tempat tidur isha tapi tibatiba mumy nampak darah banyak pada bantal isha .. Allahuakbar takutnya mumy mumy terus panic dan panggil nurse tapi reaksi nurse biasa saja cuma tunggu dokta.. Bila dokta datang.. Dokta cakap mungkin tiub isha tertegang tp lepas nurse tukar gouse isha rupa rupanya darah isha keluar ikot tepi tp dia cakap tunggu esok jumpa dokta bedah tengok macam mana .. Allahu mumy takut kalau tgok darah mcm ni isha .. Kenapa pembedahan isha kali ni macam teruk dan susah untuk baik.. Demam isha x kebah lagi.. Na buang air besar masih ta bole, belakang isha berdarah.. Isha na bergerak pun x bole.. Yaallah”
Walaupun tercekik tulang sering dianggap tidak begitu serius namun jika dibiarkan akan menyebabkan kita rasa tidak selesa. Jika anda telah cuba dengan minum air yang banyak namun tidak juga berhasil, bolehlah mencuba 8 petua ini untuk mengatasi masalah tersebut.
Pun begitu, jika tidak berhasil, disarankan segera berjumpa doktor untuk mengelakkan perkara yang lebih teruk terjadi. Selamat mencuba.
1.NASI
Ini petua tercekik tulang yang paling biasa kita dengar daripada mak-mak. Kepalkan nasi hingga membentuk bola yang besar. Telan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat dibawa bersama ke dalam perut.
2. BUAH PISANG
Masukkan sedikit buah pisang ke dalam mulut. Kulum dan biarkan sehingga cairan terhasil dalam mulut kemudian telan perlahan-lahan.Minum juga sedikit air untuk memudahkan tulang yang tersekat keluar bersama buah pisang yang ditelan tadi.
3. MINYAK ZAITUN
Minum satu sudu minyak zaitun untuk melincirkan tisu-tisu sekeliling kerongkong. Dengan ini tulang yang tersekat akan mudah keluar.
4. ROTI DAN MENTEGA KACANG
Sapu mentega kacang pada roti dan kemudian makan. Sebaiknya biarkan dalam mulut beberapa minit sehingga air liur berkumpul disekelilingnya barulah ditelan perlahan-lahan agar tulang yang tersekat akan tertanggal bersama roti.
5. CUKA MAKAN
Salah satu petua tercekik tulang adalah dengan menggunakan cuka. Minum satu sudu cuka makan untuk mengeluarkan tulang yang tersekat.
6. GARAM
Masukkan sedikit garam ke dalam secawan air suam dan minum sekerap mungkin sehingga tulang tidak lagi melekat pada tekak.
7. KACANG
Makan segenggam kacang. Tak kisahlah apa-apa jenis kacang. Sebab anda akan makan dalam kuantiti yang kecil saja. Teksturnya yang keras membantu menanggalkan tulang yang tersekat.
8. MADU
Ambil madu dan celupkan jari kemudian selawat tiga kali. Kemudian hisap jari tersebut dan buat seperti menelan madu tersebut. Lakukan beberapa kali dan dikatakan cara ini dapat membantu hilangkan rasa tercekik tulang.
9. AIR
Ambil air, masuk dalam senduk, selawat 3 kali dan minum dalam 1 nafas.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sejak dulu beras digunakan sebagai pupur untuk mencerahkan kulit dan membuang kotoran dengan cepat. Pernah tak dengar orang kata kenapa orang-orang Siam atau yang duduk disempadan Siam muka cantik gebu dan semuanya comel-comel belaka. Kalau perasan, muka mereka semuanya cantik dan paling penting kulit licin dan gebu. Jerawat? Memang tak pernah ada. Malah, ada yang mengatakan amalan mereka makan pulut sejak kecil rahsia kulit cantik. Ya, itu hakikatnya. Pulut Ayam yang jadi makanan popular mereka adalah menu ruji saban hari. Makan pulut macam makan nasi agaknya dan inilah rahsia kulit cantik mereka.
Jika tak mampu nak amalkan makan pulut setiap hari, apa kata kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan Siti Zainab di facebooknya. Malah MamaAmoi juga dah cuba! Jom tengok apa bahan-bahannya.
Masker Putih Gebu
Bahan-Bahan:
4 sudu besar beras pulut
2 sudu besar Rose Bud
1 sudu besar susu tepung
Sedikit air mawar -Facemist Bunga Kampung Suzy Honey
Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.
Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.
Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.
Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.
Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.
Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.
Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.
Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.
Kelebihan Masker Rose & Beras Pulut
Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!
Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...