Sesungguhnya hari paling mulia adalah hari Jumaat iaitu penghulu segala hari. Hari segala kebaikkan buat seisi keluarga. Buat ibu ayah tentunya titipkan segala amalan yang baik untuk anak-anak agar menjadi soleh dan solehah.
Perkongsian Siti Aminah Sulaiman, amat bermanfaat untuk kita cakna dalam mengasuh anak.
Hari ni saya kongsikan 5 TIPS yang saya amalkan untuk tanam cinta dalam hati anak-anak saya
Alhamdulillah setakat ini saya dah mula nampak hasilnya dan saya terus berdoa agar Allah terima usaha saya ini.
Ini TIPSnya:
1) TUNJUKKAN PADA ANAK CARA KITA MENCINTAI AL QURAN
Sebenar tak payah pening-pening kepala fikir nak anak cepat baca dan hafaz al Quran.
Fokus utama sepatutnya jatuh pada diri kita dulu sebagai ibu bapa.
kita perlu sedar yang anak sentiasa memerhatikan kita
Apa yang kita buat..apa yang kita cakap..sentiasa dalam perhatian anak.
Jangan sampai anak bersuara macam ni:
“Mak aku ni sibuk2 ajar aku baca al Quran, tapi dia sendiri tak baca pun..”
Jadilah model atau QUDWAH HASANAH yang dapat anak kita contohi.
Tunjukkan pada anak cara kita mencintai al Quran supaya mereka dapat contohi kita.
Masih saya teringat ketika membaca biografi Sayyid Qutb, dia menulis bahawa dia sentiasa terbayang wajah ibunya yang selalu menangis setiap kali membaca Al Quran.
Sayyid Qutb membesar dengan kenangan melihat ibunya sebagai pencinta Al Quran.
Hingga berjaya membentuk dia menjadi seorang yang insan yang mempunyai peribadi soleh lagi hebat.
2) TERANGKAN PADA ANAK KENAPA KITA JATUH CINTA PADA AL QURAN?
Lepas pulang dari kelas Ibrah ustaz Syaari, saya tidak berhenti-henti jatuh cinta dengan surah al Baqarah dan Ali Imran hingga berazam ingin menghafaz surah tu.
Setiap kali anak nampak saya membaca surah al Baqarah dan menangis ketika membaca kisah Nabi Isa dalam surah Ali Imran,
saya akan ceritakan pada anak mengenai hadith Az Zahrawain.
Saya ceritakan bagaimana 2 surah ini akan datang di padang Mahsyar dalam bentuk 2 kelompok awan atau 2 kumpulan burung yang mengembangkan sayapnya untuk orang yang bersahabat dengannya ketika di dunia.
Saya sentiasa ulang2 hadith ini,
harapan saya supaya anak saya faham dan dia juga jatuh cinta pada surah-surah ini.
Terlalu banyak hadith sahih mengenai kelebihan surah-surah dalam al Quran.
Terangkan pada anak hingga mereka faham.
Beri analogi yang anak kecil mudah faham, minta mreka bayangkan.
Anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi, mereka pasti dapat bayangkan nikmat yang Allah janjikan.
3) CERITAKAN KISAH DARI AL QURAN
Part ni paling best!
Tak pernah lagi saya jumpa anak yang tak suka storytelling dari al Quran.
Tak pernah lagi ada anak yang tolak bila saya nak cerita kisah dari al Quran.
Jika kena dengan teknik bercerita, anak boleh jadi ketagihan nak dengar.
Kisah dalam al Quran sangat dekat dengan hati anak-anak.
Dikala imaginasi mereka masih tinggi ketika kecil, banyakkan bercerita kisah2 yang amazing seperti kisah Nabi Musa, Kisah Nabi Ibrahim dan kisah nabi Nuh.
Banyak lagi kisah2 lain saya tak sempat nak tulis semua.
Bercerita kisah al Quran adalah satu cara untuk TARIK MINAT anak mendekati al Quran.
4) KENALKAN ANAK PADA IDOLA YANG MENCINTAI AL QURAN
Ketika anak saya masih kecil, saya masih ingat lagi saya dan suami membawa dia ke Gombak untuk bertemu dengan Musa al Hafiz.
Musa Al Hafiz merupakan seorang anak kecil dari Indonesia yang menjadi Hafiz pada usia 5 tahun.
Balik dari berjumpa Musa,
anak saya Muiz sangat terinsipirasi nak hafaz Al Quran.
Sekarang apabila Muiz dah dewasa sikit, saya sering bawa dia ke kuliyah Ustaz Syaari dan dia juga sering bertemu 4 mata dengan ustaz untuk bertanya soalan.
Perkenalkan anak dengan orang-orang yang soleh kerana kita mahu anak mengikut jejak langkah orang soleh tersebut.
Muiz juga selalu menonton bersama saya kuliyah Ustaz Nouman Ali Khan, kalau ada rezeki ustaz Nouman datang Malaysia saya akan bawa dia berjumpa dengan idolanya.
5) AMALKAN DOA YANG RASULULLAH BACA PADA IBNU ABBAS
Saya akan usap ubun-ubun anak saya sambil baca doa ini.
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran).”
Saya sering bacakan doa ini pada petang Jumaat,
selepas waktu Asar kerana Rasulullah saw ada menyebut detik yang mustajab berdoa pada waktu ni.
Ibnu Abbas dikatakan sangat bijak melebihi ramai orang dewasa pada usia kecilnya.
Semoga anak kita membesar seperti Ibnu Abbas yang diberi kefahaman agama dan tafsir al Quran.
.
.
Kesimpulannya jika kita mahu anak yang cinta al Quran, kita dulu perlu lakukan perubahan.
Tunjukkan cara bagaiman kita menyantuni al Quran.
Semoga kita tidak menjadi seperti ketam yang mengajar anak berjalan. Mahu anak jalan tegak, tetapi kita sendiri berjalan serong.
Diizinkan untuk SHARE supaya lebih ramai dapat manfaat dari penulisan ini dan jangan lupa TAG suami atau isteri kita untuk sama-sama berusaha lahirkan anak cinta Al Quran.
#quranicparenting
#sitiaminahsulaiman
#kalimahyangbaik