Lain orang lain caranya nak ajar anak-anak ni, malah ia juga bergantung bagaimana caranya anak itu untuk menerima setiap ajaran dari ibu ayah mereka. 

Anak bila kecil lagi, selalunya otak mereka seperti span, serap semua yang diajar. Jadi rugi la kalau dari kecil ni kita tak manfaatkan ajar apa-apa yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Kan?

Paling mudah, kita buat sesuatu yang boleh mereka tiru, seperti yang dikongsikan oleh Wawa Shauqi ni. Tak susah pun, malah amat berguna untuk mereka!

Tau tak, mengajar anak MENIRU pun adalah salah satu langkah yang sangat baik untuk membesarkan ANAK YANG BIJAK

IKLAN

Bukan meniru kertas jawapan kawan dalam exam tu! Perangai kita yang buruk dulu tu, tak payah la wariskan kat anak. 😂
Meniru yang saya maksudkan kat sini adalah, mengajar anak mengajuk perbuatan kita.

Kalau nak tau, kanak-kanak sekarang, kurang kemahiran meniru manusia. Lebih ramai yang meniru watak kartun di TV.

Ala.. anak saya pun sama. Suka sangat tiru Spiderman. Kadang-kadang tu, bila saya intai dia di dalam bilik, bukan main meligat depan cermin tiru aksi Spiderman. Tapi, nasib baiklah kerajinan mak bapak dia di dalam hal mengemas rumah pun dia sudi tiru.

IKLAN

Nak Anak Bijak? Senang Je, Biarkan Mereka ‘Tiru’ Kita!

Kemahiran meniru ini sangat bagus untuk :
🧒 Tajamkan FOKUS kanak-kanak yang sukar memberi tumpuan
🧒 Menambahkan kosa kata anak-anak yang speech delay
🧒 Mengawal pergerakan anak-anak yang terlampau aktif
🧒 Stimulasi deria badan untuk anak yang kurang bergerak

IKLAN

Contoh aktiviti meniru yang kita boleh lakukan adalah :
🤼‍♂️ Meniru mimik muka kita
🤼‍♂️ Meniru pergerakan anggota badan kita
🤼‍♂️ Meminta anak meniru bunyi yang kita buat hasil dari ketukan sesuatu objek
(contoh Kayu Tik Tok atau Tin yang diisi takat air yang berbeza)
🤼‍♂️ Meniru lukisan/ garisan asas yang kita lukis
🤼‍♂️ Meniru blok lego yang kita buat (ikut susunan warna atau bentuk)
🤼‍♂️ Meniru tarian (contohnya Hockey Pockey atau Head-Shoulder-Knees-Toes)
🤼‍♂️ Meniru bunyi
🤼‍♂️ Meniru perkataan yang kita sebut
🤼‍♂️ Meniru aksi yang kita buat (lompat/ merangkak/ lompat bintang dsb)

Nak Anak Bijak? Senang Je, Biarkan Mereka ‘Tiru’ Kita!
mom and baby playing

Yang penting, ajarkan pergerakan/ aksi yang asas dulu. Bermula dengan yang mudah. Bila anak dah mahir, baru tambahkan level susah.
Kalau terus nak ajar anak tiru tarian zapin level advance, menangis keras anak tu!

Aktiviti meniru ini juga tak melibatkan peralatan yang banyak pun. Buat 10 minit sehari, dah cukup. Anak happy, kita pun enjoy, kan!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI