
Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Setiap ibu bapa pastinya keterujaan untuk mendidik anak supaya membesar dengan cemerlang.
Terdapat pelbagai cara dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan anak menjadi seorang yang pandai. Ikuti perkongsian Pengiran M. Nizam Rahman yang menyentuh mengenai amalan kakaknya agar anaknya menjadi seorang yang bijak.
Hajat pada anak…
Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.
Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak kemana laa.
Caranya:
Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
*Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.
Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.
Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.
Kalau kau rasa tips ni bermanfaat, silakantekan butang share tu ya. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat pahala amal. Aameeen.
Begini Cara Menangani Masalah Angin Dalam Badan. Ambil Peduli Hal Ini.

Masalah angin merupakan masalah yang sering kita alami dan biasanya ia berpunca daripada aspek pemakanan serta sistem penghadaman. Perut senak atau kembung, kerap sendawa dan badan rasa berbisa membuatkan seseorang tidak selesa serta lesu, malah mungkin tertekan akibat masalah angin apatah lagi jika mempunyai kerjaya perlu berurusan dengan orang ramai setiap hari.
Masalah angin bagi kebanyakan individu mungkin tidak menjadi satu gangguan menjejaskan hidup manakala gejala yang dialami antara individu itu mungkin sama, tetapi punca sebenar masalah pula berbeza.
Masalah angin ini kebanyakannya berpunca daripada udara yang ditelan dan apabila seseorang dalam keadaan tertekan, mereka lebih kerap menelan udara tanpa disedari. Masalah ini disebabkan proses penghancuran makanan oleh bakteria di dalam usus besar yang tidak dapat dihadamkan sepenuhnya.
Gas yang dihasilkan ialah biasen, nitrogen dan ada kalanya methana. Ada beberapa kaedah rawatan bagi menyelesaikan masalah ini. Namun yang lebih utama ialah kesediaan kita untuk menukar jenis makanan yang dinikmati setiap hari terutama mengelakkan makanan berangin dan bergas, ambil ubat-ubatan dan cuba menahan diri daripada menelan udara terlalu banyak.
Kaedah perlu dilakukan penghidap masalah angin :
1. Menukar jenis makanan
Kandungan gas yang dihasilkan daripada makanan berbeza antara individu. Seseorang itu perlu memastikan jenis makanan khusus yang menyebabkan berlakunya masalah angin ini berdasarkan pengalaman masing-masing. Bagi sesetengah orang, makanan seperti keledek, nangka, cendawan dan teh menyebabkan angin, tetapi tidak pada orang lain. Sekiranya makanan itu dapat dikenal pasti, hindarkan daripada mengambil makanan itu.
Salah satu cara untuk membuang angin dalam badan ialah dengan pengambilan minuman halia. Halia merupakan petua yang paling mudah dan juga berkesan yang telah diamalkan sejak turun temurun lagi. Minuman halia telah pun dipelbagaikan pada waktu kini dan anda boleh menemui minuman halia yang berbentuk bikarbonat dan juga teh. Namun, ia adalah lebih baik sekiranya anda meminum minuman halia asli kerana ia lebih berkesan untuk membuang angin di dalam badan. Anda boleh meminum air halia yang dicampur bersama lemon dan madu untuk membantu masalah penghadaman anda.
2. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan seperti antacid dan simethicone yang boleh didapati di farmasi dapat membantu mengurangkan masalah angin. Selain itu, enzim penghadaman seperti laktase membantu menghadamkan karbohidrat di samping membolehkan seseorang mengambil makanan yang biasanya menghasilkan angin.
3. Kurangkan menelan udara
Individu yang mengalami masalah sendawa yang kronik dinasihatkan supaya kurang mengambil gula-gula getah dan gula-gula. Anda dinasihatkan supaya mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak banyak bercakap ketika makan. Sekiranya pesakit memakai gigi palsu, dinasihatkan supaya berjumpa doktor gigi untuk memastikan ia sesuai dipakai.
4. Hindari makanan yang menghasilkan angin
Makanan yang mengandungi gula raffinose, fruktos, laktos dan sorbitol menghasilkan banyak angin. Raffinose terkandung dalam makanan seperti kacang yang mengandungi banyak gula kompleks manakala bunga kubis, kubis brussel, asparagus, brokoli dan kubis pula mengandungi fruktos.
Laktos ialah gula semula jadi yang terdapat dalam susu dan makanan mengandungi susu seperti keju dan aiskrim. Fruktos pula banyak terdapat pada bawang, buah pir dan gandum. Ia juga banyak digunakan sebagai pemanis dalam minuman ringan dan jus buah-buahan.
5. Urutan
Selain pengambilan ubatan yang sesuai bagi memberikan kelegaan, teknik urutan juga satu daripada kaedah yang dapat membantu rawatan masalah angin. Melalui teknik urutan yang betul, angin dalam badan seseorang itu mampu dikeluarkan dan ia pastinya memberikan kelegaan kepada orang yang mengalami masalah ini.
Teknik urutan yang betul mampu melegakan atau mengurangkan rasa kurang selesa individu berkenaan. Ada pelbagai jenis masalah angin yang biasa terjadi, antaranya ialah angin di badan, kepala, rahim, perut dan bawah bahu yang boleh menyebabkan seseorang itu berasa lesu dan mengalami kesakitan. Masalah angin sekiranya tidak dirawat atau diurut dengan betul bukan saja menyebabkan rasa tidak selesa malah boleh menjadi punca kesakitan atau bisa pada badan atau tempat yang bermasalah itu.
PENCEGAHAN DAN RAWATAN SAMPINGAN
Pengambilan makanan yang betul antara perkara yang perlu diberikan perhatian bagi masalah angin ini. Apa yang penting adalah kurangkan makanan pedas, berlemak dan minuman berkarbonat kerana itu akan menambah angin selain perlu pastikan minum air masak secukupnya.
Selain itu, amalkan makan buah terlebih dulu sebelum nasi dan minum air masak sebaik bangun tidur. Ini adalah antara petua untuk membantu pengambilan buah sebelum mula makan nasi selain minum air masak sebaik bangun daripada tidur juga antara kaedah yang dapat membantu mengurangkan masalah angin.
Kredit: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Sebab Ayah Nak Tengok Bola, Bayi 6 Bulan Maut Lepas Sesak Nafas.

Beberapa hari yang lalu tular kejadian yang menyayat hati apabila bayi yang baru berusia enam bulan disahkan meninggal setelah mengalami sesak nafas akibat menempuh perjalanan sejauh 500KM dengan menaiki motosikal.
Difahamkan bapa bayi membawanya Jawa Tengah ke Jawa Timur untuk menonton perlawanan bola sepak, lapor laman berita Coconut News hari ini.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
SESAK NAFAS

Perkara itu disahkan sendiri oleh ibu bapa mereka dan ianya tular di Twitter (sebelum dipadamkan) dengan memberikan luahan rasa bersalah atas kesilapannya itu.
Menurut ayah kepada bayi tersebut, dia bersama isterinya bawa bayi tersebut menaiki motor dari Tegal ke Surabaya pada 30 Julai lepas untuk menonton pasukan bola sepak kegemaran mereka beraksi.
Menurutnya, mereka bertolak dari Tegal pukul 5:38 petang (waktu tempatan) pada Sabtu lalu dan tiba di Surabaya jam 7.15 pagi keesokan harinya.
Jarak antara dua wilayah itu adalah sekitar 500 kilometer (km).
Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah, bayi itu mula batuk dan sukar bernafas. Ibu bapanya membawa anak mereka ke hospital, namun dia meninggal dunia walaupun doktor berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya.
Sesampainya mereka ke destinasi, bapa menjelaskan bahawa bayinya batuk-batuk dan susah bernafas. Mereka bergegas ke hospital dan disahkan meninggal dunia setelah doktor berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan bayi perempuannya.
“Ini semua kebodohan yang disaluti dengan ego dan kesombongan saya. Yang bertekad mangajak anak saya berusia 6 bulan untuk berjalan dari Tegal ke Surabaya untuk perlawanan bola sepak. Memang saya yang bodoh.”
Menerusi coconuts.co, dalam tweet tersebut, si bapa ada lampirkan bayi yang sudah di kafankan. Katanya, dia mahu jadikan pengalaman pahit dalam hidupnya ini sebagai satu pengajaran buat ibu bapa
Sumber: Kosmos foto : Aji Wijaya
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Bakal Jadi Mummy Anak 9! Rebecca Nur Al-Islam Kongsi Foto ‘Baby Bump’, Pohon Doa Baik-Baik

Pelakon dan usahawan, Datin Rebecca Nur Al-Islam hari ini mendedahkan dirinya kini sedang hamil.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri olehnya menerusi sebuah hantaran di laman Instagram miliknya.
“Assalammualaikum daripada saya dan baby bambam. Doa yang baik-baik, cakap yang baik-baik,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu memaparkan foto Rebecca atau mesra dipanggil Mummy Becca memegang bahagian perut yang sudah mula menampakkan bentuk ‘baby bump’.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya mengucapkan syukur dan tahniah selain turut teruja apabila mengetahui tentang berita kehamilan tersebut.
Terdahulu, Rebecca berkahwin dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 10, Nor Anggerik Renesmee, 9, Nor Aliff Al- Raffael, 6, Nor Ahmed Al- Reaggan, 3, dan Nor Aurora Riana, 3.
Selain itu, dia juga memiliki seorang anak angkat Nor Adam Daniel, 14, serta dua anak tiri yang masing-masing berusia 26 dan 19 tahun.
Sumber: Instagram Rebecca Nur Al Islam