Apabila bergelar ibu, tentu kita akan menegur anak-anak jika mereka melakukan perkara yang salah. Tapi yang kecewa, apa yang ibu cakap ulang kali, anak tetap melakukan kesalahan yang sama.
Lebih menyediahkan setiap hari cakap perkara yang sama, anak tetap tak ikut arahan. Perkongsian seorang ibu ini dan juga pendidik sebuah tadika, mungkin dapat memberi jawapan masalah yang ibu-ibu sering alami.
Jom semak perkongsian Dianna Razali ini.
“ANAK SY DAH 10TAHUN TP SOLAT PUN ASYIK NAK KENA INGATKAN”
.
“DAH BOLEH KENA PUKUL NI SBB TAK SOLAT, TUNGGU KAMU?”
.
VS
“MAK DAH CKP BANYAK KALI, TAPI NGAPE AKIM TETAP TAK INGAT2 ?!!”
“FRUSTLAH MCM NI BYK KALI CKP TAKKAN TAK FHM2?”
“KAN MAK DAH CKP, TOWEL TU SIDAI LEPAS PAKAI AISHH KAMU NI?”
Chop! Chop!
Pause think choose
Pernah tak mak-mak terluah macam-macam. Lebih-lebih bila cakap banyak kali tak dengar-dengar? Geram, frust semua ada.
Tapikan pernah terfikir tak? Rungutan demi rungutan ni ada kaitanya dengan Rutin harian kita dan diri kita.
Saje teacher Dianna relatekan dua dialog diats. Pernah tak kita ajar anak kita lepas mandi tuala kena sidai?
Jika pernah, berapa kali agaknya kena ajar dan cakap utk ank kita betul2 melekat dikepala? Pasti berbuih2 mulutkan.
Di sekolah mudah ikut arahan
Tapi kan…. kenapa disekolah cepat sgt mrk boleh faham apa kena buat dn buat flow cuma sekali sekala jer kena diingatkan?
Krn mereka dengar, mereka lihat dan mereka buat. Begitu juga dirumah kalau kita minta anak kita lepas mandi gantung tuala. Tanya balik adakah kita gantung tuala spt yg kita minta anak kita buat?
Jika ya pasti mrk akn ikut namun jangan terkejut kadang makan tahun juga utk bg dia fhm. Ikut pada ank tersebut. Nak ajar disiplin bkn sehari dua terus berdisplin.
Ianya sama sangkut paut dengan solat. Anak umur 10tahun dah boleh kena rotan sikit dikaki tapi persoalanya ROTAN TU MUDAH SPT ABC TAPIKAN….
▶️Dah ingatkan anak solat ke masa dia 7thn – 9tahun?,
▶️kejutkan dia tak kalau dia tertidur tak solat isyak?
▶️Ibu atau ayah ada tak dukung ank bawa ke tandas ambilkn wudhuk kalau dia ngantuk sgt smp tak dpt buka mata?
▶️ ibu atau ayah solat sesama tak? Atau tunjuk tak cara solat utk ank ikut?
▶️ senang ckp setiap waktu tu ada tak ingatkan ank suruh solat?
MAKA LAYAK KE KITA ROTAN ANAK KITA JIKA KITA SDRI X CUKUP INGATKAN ANK UTK SOLAT DAN AJAR DIA SOLAT PD WAKTUNYA!!
(Deep ayat ni bila seorang sahabat katakan pada teacher dianna, tipu tak nangis)
Aduh.. bila Teacher Dianna share ni pun sebenarnya cakap utk diri sdri. Adakah cukup teacher dianna sbg mak bantu akim? Ingatkan akim? Tunjukkan role model yg betul?