Menghormati orang atau barang milik orang adalah salah satu adab yang mesti menjadi amalan hidup.
Begitu juga cara kita mendidik anak-anak. Jika kita mahu anak-anak hormat kita, kita pun perlu lakukan yang sama.
Begitulah perkongsian yang dipaparkan ini.
Hormat.
Kalau mahu anak hormat kita, belajar untuk tunjuk hormat pada anak anak.
Teringat pada 1 hari, saya sedang bersiap untuk pergi kerja.
Kebetulan, berkenan dengan botol kakak aufa.
Saya pun ambil dan isi air.
Kemudian, Aufa pun ternampak botol airnya yang sudah terisi air.
Lalu, dia pun menegur saya
“Bu, ibu nak bawa botol kakak pergi sekolah ke?”
“Ya kakak”
“Ala, ibu tak beritahu pun kakak nak guna botol kakak”
Alamak, saya terlupa. Biasanya bila saya nak guna apa pun barang dia saya akan minta dulu. Pada saya, sekecil apa pun barang itu saya akan minta.
Bukan apa, bila kita hormat barang anak anak dan iktiraf hak milik mereka, anak anak pun akan belajar hormat barang ibu dan ayah.
Mengajar anak melalui contoh dari tindakan kita itu sebenarnya lebih berkesan berbanding sekadar kata kata nasihat kan?
Lalu, menyedari kesilapan saya ketika itu saya pun meminta maaf dengan kakak Aufa.
“Sorry kakak, ibu tak beritahu kakak dulu. Boleh ibu pinjam botol kakak ni?
“Boleh je ibu, ambil lah. Jaga baik baik tau”
Alhmdulillah.
Berkat saya buat begitu, Aufa sangat menghormati barang saya.
Even telefon pun dia akan minta dulu sebelum tengok kartun.
Bila anak anak rasa dihormati, rasa hormat itu dipulangkan kembali kepada kita, ibu dan ayahnya”
Kredit: Puan Farhan