
Menghormati orang atau barang milik orang adalah salah satu adab yang mesti menjadi amalan hidup.
Begitu juga cara kita mendidik anak-anak. Jika kita mahu anak-anak hormat kita, kita pun perlu lakukan yang sama.
Begitulah perkongsian yang dipaparkan ini.
Hormat.
Kalau mahu anak hormat kita, belajar untuk tunjuk hormat pada anak anak.
Teringat pada 1 hari, saya sedang bersiap untuk pergi kerja.
Kebetulan, berkenan dengan botol kakak aufa.
Saya pun ambil dan isi air.
Kemudian, Aufa pun ternampak botol airnya yang sudah terisi air.
Lalu, dia pun menegur saya
“Bu, ibu nak bawa botol kakak pergi sekolah ke?”
“Ya kakak”
“Ala, ibu tak beritahu pun kakak nak guna botol kakak”
Alamak, saya terlupa. Biasanya bila saya nak guna apa pun barang dia saya akan minta dulu. Pada saya, sekecil apa pun barang itu saya akan minta.
Bukan apa, bila kita hormat barang anak anak dan iktiraf hak milik mereka, anak anak pun akan belajar hormat barang ibu dan ayah.
Mengajar anak melalui contoh dari tindakan kita itu sebenarnya lebih berkesan berbanding sekadar kata kata nasihat kan?
Lalu, menyedari kesilapan saya ketika itu saya pun meminta maaf dengan kakak Aufa.
“Sorry kakak, ibu tak beritahu kakak dulu. Boleh ibu pinjam botol kakak ni?
“Boleh je ibu, ambil lah. Jaga baik baik tau”
Alhmdulillah.
Berkat saya buat begitu, Aufa sangat menghormati barang saya.
Even telefon pun dia akan minta dulu sebelum tengok kartun.
Bila anak anak rasa dihormati, rasa hormat itu dipulangkan kembali kepada kita, ibu dan ayahnya”
Kredit: Puan Farhan
Tak Perlu Berleter & Garang Tapi Anak Dengar Cakap. Rupanya Ibu Ini Terap Budaya Khidmat Dalam Keluarga

Sudah tentu setiap ibu bapa inginkan anak-anak yang mendengar cakap. Apa disuruh melakukan sesuatu dengan mudah mengikut kata ibu bapa. Namun, bukan sesuatu yang mudah untuk mendidik anak diera digital serba serba dihujung jari. Tambahan pula, ada ibu yang bekerjaya membantu menambah pendapatan keluarga.
Bagaimana pun, perkongsian seorang ibu di laman facebooknya dengan nama Cikgu Shaini Razali sungguh inspirasi. Caranya mendidik anak penuh kelembutan tetapi tegas. Tiada leteran dan suara menjerit tanda garang.
Bukan mendabik dada, sekadar perkongsian untuk panduan bersama. Ikuti perkongsiannya.
_____________________________________________________________________
“Saya pelik tengok anak-anak akak semua jenis dengar cakap….buat semua yang akak suruh…” (Ada yang bertanya)
Sebenarnya, anak-anak jadi begitu sebab kami dah terapkan “budaya khidmat” kepada ibubapa sejak anak2 masih kecil lagi. Sejak mereka boleh faham arahan. Jadi bila anak-anak dah terbiasa dengan arahan, dah terbiasa dengan “budaya khidmat”, mereka akan mudah dengar cakap dan mudah menunaikan setiap permintaan ibubapa.
BUDAYA KHIDMAT
Contoh “budaya khidmat” dalam keluarga untuk anak-anak
– picit umi n ayah selalu
– hidangkan makanan
– sediakan ubat untuk ahli keluarga yang sakit
– sendukkan nasi
– ambilkan air minuman ketika umi n ayah haus
– kopekkan buah untuk umi n ayah
– buka/tutup pagar dan pintu rumah
– pakaikan stokin dan kasut umi. Umi perasan Cinderella
– kakak / abang suapkan nasi pada adik
– ambilkan barang2 tertinggal
– on off suis kipas/lampu
– mencari barang2 hilang
– mengemas rumah
– lap meja lepas makan
– cuci pinggan
– payungkan umi n ayah
– dan macam2 lagi aktiviti khidmat
Masa nak suruh tu, ibu wajib guna perkataan “Tolong” dan sebaiknya bahasa biar indah. “Sayang, tolong bersihkan meja ni…”
Jangan masa anak dah besar baru nak mula panggil “sayang”, nanti anak dengar rasa geli geleman
GEMBIRAKAN ANAK
Tapi jangan anak-anak aje buat macam-macam untuk kita, kita juga kena turut buat perkara yang menggembirakan anak.
– cium dan peluk selalu
– bergurau senda
– bercerita kisah anak2 soleh
– umi solat berjemaah dengan anak2
– bercerita tentang syurga neraka, bab timbangan amal di neraca Al Mizan supaya dia faham kenapa kena buat pahala banyak2.
– mandikan, syampukan & sikatkan rambut. Setiap kali tu cakap dengan anak, “nanti bila umi dah tua, macam ni lah kakak kena buat kat umi, mandikan, syampukan, sikatkan”. Boleh tak ?. Bagi dia berjanji. Cakap benda sama ulang2 biar anak hadam ayat tu.
– umi masak sedap2, masakkan masakan kegemaran anak
– ada masa amalkan makan bersuap. Cakap hal sama, cakap lembut2, “nanti bila umi dan ayah dah tua, (nama anak) kena suapkan juga tau….Boleh tak ? Juga cakap ulang-ulang.
– jaga anak betul2 masa dia sakit. Selalu peluk dia dan berikan ayat2 sentuhan emosi mcm ayat masa mandi n bersuap tadi.
– potong kuku anak setiap jumaat
– belikan hadiah kegemaran / reward bila anak berkelakuan baik.
– lakukan pelbagai aktiviti bersama. Wujudkan MOMENT INDAH supaya dapat dikenang oleh anak bila mereka dewasa. Cth – time cuti…ajak berkelah, main badminton sama2, jogging sama2…ibadah juga dilakukan bersama-sama.
PANTANG BESAR
– Ibu JANGAN berleter
Anak-anak yang sering dileteri akan sukar dididik. Sukar mendengar kata.
Benarkan anak2 buat hal sendiri dengan HP, nonton TV cerita tak bermanfaat. Anak akan makin susah dengar kata.
-satu kesilapan besar bila mak ayah belikan HP untuk anak2 yang masih bersekolah! Tanpa pengetahuan kita, macam2 “cerita pelik” dia boleh tengok. Ini akan makin menggelapkan hati. Makin susah nak serap nasihat.
-benarkan anak-anak keluar dengan kawan2. Terutama geng motor, geng basikal, geng bola. Jaga anak daripada pengaruh negatif rakan sebaya. Biar orang kata kita kurung anak!
Alamak, dulu2 saya dah tersilap…anak-anak dah agak besar…dan memang dah susah nak mendengar kata. Apa harus saya buat ?
✔️Ibu ubah sikap. Stop berleter. Mula banyakkan doa. Ingat, Allah yang pegang hati dia. Dia boleh berubah asbab mustajabnya doa ibu.
✔️Buang ego. Minta maaf dengan anak-anak. Mengaku kesilapan diri. Ajak anak sama-sama berubah.
✔️Banyakkan solat tahajud/solat hajat. Doakan yang indah-indah berkaitan anak.
Macamana ibu nak pastikan doa itu mustajab ?
✔️Ibu berdoalah di waktu-waktu yang mustajab doa. Misalnya waktu antara azan dan iqomah, 15 minit sebelum berbuka puasa, ketika hujan, 1/3 malam terakhir iaitu selepas jam 3 pagi, waktu asar hari jumaat, ketika bermusafir, ketika selesai ibu melakukan ibadah (cth selepas membaca al quran), selepas bersedekah. Seeloknya bertawassullah dengan setiap amal baik supaya Allah kabulkan doa kita.
✔️Ibu jangan buat perkara-perkara mungkar yang menjadi hijab pada terkabulnya doa. Ibu jaga pemakaian, jaga mulut, jaga hati. Juga jaga sumber rezeki/pemakanan.
Semoga Allah swt beri kita taufiq (kekuatan untuk melakukan perubahan) dan hidayah (petunjuk untuk kita jadi lebih baik).
P/s Sila komen tanda ukhuwwah.
Share jika dirasakan bermanfaat.
more tazkirah dari hati, boleh baca di sini fb.me/muhasabahCSR
Alhamdulillah dah tertunai janji nak tulis tips yang panjang ni
“Saya Tak Sesal.” Berkoban Demi Anak, Elfira Luah Isi Hati

Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri, sering dilihat memuat naik momen manis anak-anak dan suami, memang nampak sweet sangat. Dengan gaya hidup yang simple tapi classy, ramai ibu muda menjadikan Elfira inspirasi, terutama dari segi keibubapaan.
Elfira yang mesra dengan panggilan El mula yang memulakan karier berlakon sejak usia 12 tahun tentunya ramai yang masih ingat drama bersiri Qalesya yang meningkatkan popularitinya dan beberapa lagi drama lain dan telefilem seperti Senja Permai, Hari Yang Terpinggir dan Hantu Kum-Kum.
Tidak dinafikan sejak mendirikan rumah tangga dan bergelar ibu, kelibat pelakon, Elfira sudah jarang dilihat dan dia memilih keluarga berbanding dunia seni.

Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼
https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race
DEMI ANAK, ELFIRA TIDAK SESAL
Pengorbanan Elfira Loy demi kebahagiaan dua permata hatinya Rayyan & Aria dimuat naik menerusi perkongsian video Pa&Ma Gala 2024 dan lebih istimewa tahun ini dibawakan oleh susu kambing Karihome.
Video menunjukan kisah penuh inspirasi mengenai pengorbanan besar Elfira yang meninggalkan dunia seni demi memberi fokus membesarkan anak-anaknya, Rayyan dan Aria.
Video ini menyentuh hati ramai kerana memaparkan kasih sayang dan dedikasi Elfira dalam memastikan kebahagiaan dan kesejahteraan anak-anaknya.
Dalam video ini, Elfira berkongsi tentang pengorbanan yang dilakukan oleh ramai ibu di luar sana, iaitu memilih untuk mengutamakan keluarga berbanding kerjaya.
Elfira tidak ralat dengan keputusan ini sebaliknya beranggapan ia sebuah ‘journey’ untuk dikenang sepanjang hayat. Melihat cahayamata membesar di depan mata adalah momen yang terindah.
Elfira mengakui sejak bergelar ibu. dia telah mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia seni demi anak dan tidak pernah ralat berbuat demikian.
“Sejak anak pertama lahir, saya utamakan anak saya. Saya sanggup korban karier demi anak. Saya dah beri ‘all the best. Saya tak sesal,” ujar Elfira sambil menahan sebak.
Pelakon kacukan Cina dan Arab ini mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan pasangan itu dikurniakan dua anak sepasang, seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf, pada Oktober 2019 dan anak perempuan, Nur Aria Mikayla pada Mei 2022.
Nak tahu lebih lanjut jom ikuti perkongsian video ini yang dibawakan oleh susu kambing Karihome.
Hakcipta: Majalah Pa&Ma
Bahaya Tengking Anak, Patutlah Perangai Anak Buat Perangai Pelik.

Bila kita tengking anak kita, bahagian otak anak kita yang bernama Amygdala tu akan aktif.
Amygdala pula akan aktifkan Hypothalamus. Hypothalamus pula akan aktifkan kalenjar Pituitari. Kalenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan anak kita iaitu hormon cortisol , adrenaline dan noradrenaline.
Nak tahu lebih lanjut ikuti perkongsian pakar parenting, Taufiq Razif ini.
Hormon cortisol ni nanti akan buatkan otak anak kita kehilangan neuron di bahagian Pre-Frontal Cortex tu. Padahal bahagian Pre-Frontral Cortex tu kena berkembang sempurna, baru anak jadi mudah dengar cakap.
Tu yang kita makin tengking anak kita, dia makin jadi agresif dan susah dengar cakap.
Makin kita tengking anak kita, makin aktif amygdala otak kita sebab ianya akan aktif bila kita makin emosi. Macam otak anak kita juga, bila amydala otak kita aktif maka ia akan aktif Hypothalamus dan Hypothalamus ni akan aktifkan kalenjar Pituitari.
Kalenjar ini pula akan aktifkan 3 hormon stress dalam badan kita iaitu hormon cortisol, adrenaline dan noradrenaline.
KESAN AKIBAT SERING KENA TENGKING
Efek hormon stress ni pada badan kalau ianya selalu sangat aktif :
– lebih berisiko kena penyakit jantung
– lebih mudah kena depression dan anxiety
– kacau sistem pencernaan kita
– kacau tidur kita
– badan makin cepat gemuk
– lebih cepat lupa
– mudah sakit kepala dan migrain
Aduh. Jadi tak baik la tengking anak ni? Memang tak lah. Sebab efeknya bukan cuma pada anak tapi melarat sampai kepada tukang tengking anak tu juga.
Sebab tu saya selalu ajar ilmu ni pada isteri saya ‘bila rasa nak marah melampau tolong Time Out diri sendiri dulu’.
Cari masa untuk PAUSE sebentar. Bagi masa untuk bagi fikiran rasional tu kembali kuasai diri sebab kalau kita tegur anak masa kita tengah marah melampau, masa tu yang kawal diri kita bukan fikiran rasional tetapi yang kuasai diri kita pada masa tu adalah fikiran emosional’
Seram dah nak tengking anak
Sumber: Taufiq Razif
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Bintang Kecil: APA ITU NUZUL QURAN
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz