Bila tibanya musim hujan seperti hari ini, memang boleh dikatakan pakaian yang dicuci berbakul-bakul namun tidak boleh dijemur.
Malah kain yang terperap berhari-hari akhirnya akan berbau hapak dan masa inilah ada yang terdetik di hati alangkah bagusnya jika ada dryer di rumah.
Cuaca di luar rumah sama ada hujan atau tidak, pakaian yang dicuci dapat dikeringkan dengan sempurna dan mudah. Hati pun tak bimbang lagi sebab bila-bila masa boleh membasuh pakaian.
Jadi buat anda yang berkira-kira ingin membeli dryer, ada baiknya baca perkongsian daripada Nurul Shazalina Zainudin ini. Banyak info yang dikongsikan berkenaan dryer dan semoga bermanfaat.
Ini perkongsiannya.
Harini ada beberapa orang tanya saya pasal dryer. Kebetulan sangat maybe sebab musim hujan kan, ramai mula consider beli dryer.
Ya betul, jika ada bajet, belilah dryer
Faktor yang perlu diambil kira:
1. Bajet
2. Jimat elektrik atau tidak
3. Ruang letak mesin
Ok faktor penting adalah bajet
Jika bajet tinggi, anda boleh terus selesaikan faktor 2 dan 3.
Ads
Kenapa?
Sebab nak dryer yang jimat elektrik of course mahal sikit. Sebab yang paling jimat elektrik adalah yang jenis HEAT PUMP.
Haa, dryer ni ada 3 jenis.
1. Vented (boleh dapat bawah 1k kot)
2. Condenser (1-2k)
3. Heat pump (3k ke atas)
Tiga2 ni semua keringkan kain dengan elok. Cuma atas kita nak pilih jenis mana, bajet kita..
Tapi vented tu jenis yang ada corong untuk keluarkan haba panas. Jadi kena halakan corong tu keluar. Condenser takde corong, so mahal sikit lah dari vented tu. Heat pump pun takde corong. Lagi mahal sebab dia sangat jimat elekteik.
Vented dan condenser ni penjimatan elektrik dia tak sebaik heat pump (tapi ramai bagi feedback, ok je guna vented dan condenser, tak banyak pun naik elektrik, so siapa yang kurang bajet, cepat2 cari vented atau condenser ya)
Ads
Heat pump ni beli mahal sikit, tapi memang jimat elektrik. Macam mana nak tahu? Boleh semak gred dia atau maklumat penggunaan elektrik dia. Semua dryer patut ada info ni, tinggal kita tanya je.
Ruang
Ok part ruang letak mesin tu adalah 1 faktor yang perlu diambil kira kerana jika ruang sangat terhad, boleh consider beli 2 in 1 dryer. So ada 1 mesin je dalam rumah. Tapi bila beli 2 in 1 ni memang takde jenis heat pump. Ada condenser sahaja.
Jika ada ruang besar, boleh beli dryer asing dari washer.
Semua faktor ni subjektif untuk kita semua. Sebab keadaan semua orang berbeza
Ok ni saya share brand saya guna
Ads
TEKA 8 KG HEAT PUMP (harga 3k lebih, tak ingat exact price)
Tak famous macam electrolux, toshiba, midea or beko. Tapi kebetulan masa saya nak beli tu, ini the best di mata saya.
Gred A++. Sgt jimat elektrik. Dan dia ada sensor. Kalau kain tak kering lagi, dia tambah masa. Kalau kering cepat, dia berhenti cepat. Jimat masa dan elektrik.
Harga dapat di One Living lagi murah dari Shopee dan Lazada
So bolehlah kawan-kawan consider ya untuk orang yang busy macam saya sangat sangat saya sarankan.
Sebelum keluar rumah, masuk baju dalam mesin basuh, sampai rumah pula ambil baju-baju tu masukkan dalam dryer. Beberapa jam siap.
Hujan pun boleh keringkan baju.
Suami-suami, ada bajet belikan untuk wife anda ya. Serius ni antara benda yang sangat memudahkan hidup satu keluarga anda.
Reminder: Please guna 1 plug khas untuk dryer sahaja. Jangan campur-campur dengan plug lain dan jangan guna extension ya
Sumber : Nurul Shazalina Zainudin
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bila terjadinya masalah teknikal lagi-lagi ketika acara berlangsung seperti suara mikrofon tidak berfungsi umpamnya, pastinya sesiapa pun pasti akan panik saat menghadapinya dan cuba dengan segera untuk atasi masalah tersebut.
Namun, bagi imam yang sedang solat bila tiba-tiba mikrofon tidak berbunyi itu menjadikan sukar untuk ditangani masalah tersebut. Malah boleh dikatakan seakan mimpi ngeri untuk dihadapi kerana para jemaah tidak dapat mendengar bacaan yang dialunkan.
Itulah situasi yang dialami sendiri oleh seorang imam, Furqan Fawwaz apabila mikrofon yang diada pada dirinya tiba-tiba tidak berfungsi ketika menunaikan solat tarawih baru-baru ini.
Menerusi posting tersebut, Furqan yang juga merupakan penyanyi nasyid menyifatkan situasi tersebut sebagai pengalaman nyeri berlaku pada tahun ini sepanjang dia menjadi imam.
Rakaman video pendek berdurasi satu minit itu juga menampakkan seorang pakcik yang juga bilal bertindak wajar dengan mendekati imam dan menekankan butang mikrofon yang ada di dalam poket jubah sebelum suara Furqan bergema di seluruh masjid.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pantas pakcik tersebut yang menjadi penyelamat keadaan.
Perjalanan seorang isteri dalam mencari syurga perlu baginya memperjuangkan ketika hari pertama dirinya berkahwin. Hakikatnya syurga itu menjadi dambaan setiap antara kita dan jalan menuju ke syurga bukan mudah. Ada ujiannya dan perlulah bersabar dan harus diperjuangkan hingga hujung nyawa agar penghujungnya syurga buat yang berusaha.
Itulah juga yang disarankan oleh peguan syarie Roslina Sabiyah, melalui tulisan penuh bermotivasi untuk mengajak wanita terus bangkit dalam memperjuangkan untuk memiliki syurga idaman.
Ini pekongsiannya.
Wanita.. Perjuangkan Syurgamu..
Syurgamu.. pada setianya kau melayan suami yang bertanggungjawab dan memberikan perlindungan padamu.
Syurgamu.. pada lelahnya kau melahirkan dan membesarkan anak-anakmu, mendidik penuh kasih dan memimpinnya menjadi manusia berguna untuk ummah.
Syurgamu.. pada tegasnya kau berkhidmat mencurah bakti di segenap penjuru bidang yang memerlukan sumbangan buah fikiran dan tenagamu.
Syurgamu.. pada taatnya kau melaksanakan semua yang diperintahkan Allah dan Rasul dan meninggalkan segala yang dilarang oleh-Nya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila seorang wanita (isteri) itu melakukan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga harga dirinya, dan mentaati perintah suaminya, maka di akhirat kelak, dia dipanggil untuk masuk ke syurga daripada mana-mana pintu yang dia sukai (sesuai dengan pilihannya)”.
(Hadis Riwayat Ahmad)
Biarpun dalam perjuangan itu kadangkala kita tewas..
Pada tipisnya kesabaran seorang isteri..
Pada letihnya tugas seorang ibu..
Pada peritnya mujahadah melawan hawa nafsu semata untuk menjadi hamba-Nya yang taat..
Pada lemahnya kudrat seorang wanita..Yang kadang-kadang diperlakukan sewenangnya..
Dipukul, dirogol, disakiti, dizalimi hatta dibunuh di tangan suami sendiri yang dirasuk amarah..
Ketahuilah wahai wanita.. perjuangan kita menggapai syurga tidak pernah terhenti di situ..
Walau kudrat lemah, walau jiwa pasrah, walau jasad sudah dikandung tanah..
Ada sedekah jariah yang menjadi penyelamat kita..
Ada ilmu bermanfaat yang terus mengalirkan pahala..
Ada anak-anak dan generasi yang kita tinggalkan yang doa-doa mereka diharap mampu membantu menghantar kita ke syurga..
Setiap amal yang baik, walau hanya sebesar zarah akan kekal bercambah subur..
Setiap air mata, peluh dan darah akan Allah ganjarkan kebaikan..
Maka jangan pernah kecewa dan putus asa..
Teruslah berbuat baik, bersangka baik dan menyebarkan kebaikan.
Maka dengan seluruh kudrat, tekad dan semangat, mari kita terus perjuangkan syurga kita selagi nyawa di kandung badan. Moga Allah redha dan memimpin kita dengan rahmat-Nya dalam setiap tindakan yang kita lakukan.
Di dalam sesebuah perkahwinan, pasti setiap suami isteri mendambakan kehadiran si kecil dalam syurga kecil mereka. Selain sebagai penyambung zuriat, kehadiran si kecil juga menyemarakkan lagi kasih sayang dan keharmonian di dalam sesebuah perkahwinan.
Namun, bukan semua pasangan bertuah untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Ada yang ditakdirkan mendapat anak usai berkahwin. Tak kurang yang terpaksa menanti dan terus menanti sambil berdoa semoga dikurniakan seorang cahaya mata.
Walaupun berat untuk menerima ketentuan ini, setiap yang berlaku sudah ditetapkan Allah SWT. Sebagai manusia kita perlulah berusaha dan sentiasa bersangka baik denganNya.
Satu perkongsian di muat naik oleh drzubaidi berkenaan isu ini di laman instagramnya.
Anak itu rezeki. Dalam rezeki yang Allah berikan ini, kita juga diberikan ujian sebagai pemegang amanah. Jadi mereka yang dapat rezeki anak juga perlu bersedia dengan ujianNya.
Untuk kita yang belum ada anak mungkin itu yang terbaik untuk kita pada masa ini. Mungkin kita belum mampu diuji dengan cabaran ada anak ini.
Setiap orang lain ujiannya. Masing-masing diuji berdasarkan tahap iman dan amalnya. Allah tahu sejauh mana hati kita dapat menahan sabar dan tabahnya kita menghadap sesuatu ujian.
Ramai yang tidak menyedari membesarkan anak lebih banyak ujiannya. Teruskan positif, hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah : 216
Tenangkan hati. Fikir secara positif. Ingat nilai akhirat lebih dari nilai dunia. Akhir sekali, ada anak dan tiada anak adalah ketentuan Allah. Mengapa kita mahu mempertikaikan ketentuan jika kita beriman pada Qada dan Qadar.
Suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki? Pernah tak anda dengar pepatah orang lama, “kalau suami rendah, isteri tinggi, murah rezeki”? Mungkin bagi sesetengah orang, ia sekadar gurauan atau kepercayaan turun-temurun, tapi sebenarnya pepatah ini menyimpan satu mesej yang lebih dalam dari sekadar perbezaan fizikal.