Menikmati ikan bakar yang dimasak dengan menggunakan arang, diakui mempunyai rasa yang tersendiri. Pun begitu tidak semua antara kita dapat menyediakan ikan bakar seperti itu. Apatah lagi jika rumah tiada laman. Tentu sukar untuk sediakan ikan bakar ini.
Pun begitu andai sekali sekala teringin untuk menyediakan menu ikan bakar untuk keluarga, apa kata buat je seperti Dr Kamarul Ariffin kongsikan ini.
Menurutnya, dengan teknik membakar di dalam kuali pun boleh dapatkan rasa dan aroma ikan bakar seperti dibakar di atas bara. Nak tahu bagaimana cara dan resipinya. Ini perkongsiannya.
Ikan Bakar Rica Manado
OK, kali ni saya cuma nak kongsi cara saya bakar ikan besar atas kuali leper, dan dapatkan hasil yang menarik rupanya, dan ada aroma macam ikan bakar atas bara. Semua orang boleh buat.
Ikan Bakar Rica Manado by Kamarul Ariffin Nor Sadan. Ikan Bakar Sambal Rica ni berasal dari Manado, Sulawesi. Biasanya bakar atas bara api. Kemudian sambalnya di sapu atas ikan setelah ikan siap dibakar. Hari ni kita akan bakar atas kuali sahaja.
Bahan-bahan: 3 orang makan
1 ekor ikan siakap
5 biji bawang merah
2 ulas bawamh putih
2 batang serai
2 inci kunyit
1 inci halia
2 sudu besar cili kisar
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugor
1 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Cara masak:
1.Ikan ni kita belah perutnya. Belah isi ikan di kanan dan kiri tulang tengah, kemudian keluarkan tulang tu macam ni. Saya paling suka belah ikan siakap macam ni. Cantik dan cepat masak.
Ads
2. Bawang merah, bawamg putih, halia, kunyit, serai dan cili kisar dikisar halus. Kenapa saya kisar lagi cili kisar ni bersama bahan lain? Sebab, kalau sikit sangat bahan nak dikisar, sukar nak dapat kisaran halus.
3. Tumis bahan kisar. Berbeza dengan ikan bakar sambal yang biasanya warna merah. Ikan bakar ni akan warna kuning atau jingga. Tapi sejujurnya, rasa dia tak berapa beza dari ikan bakar sambal.
4. Masukkan asam gelugor, garam dan gula. Daun limau purut, sekali! Jika nak letak belacan pun boleh. Tumis sampai bahan-bahan ni betul-betul masak. Bila dah masak sejukkan sekejap bumbu(perencah) ni.
5. Lumurkan bumbu pada ikan mentah. Oleh kerana kita bakar atas kuali, susah nak sapu ikan bila ikan dah masak. Ia akan hancur kalau kita balik-balikkan dia banyak kali. Ni saya lumur dalam ikan dulu.
6. Kemudian terbalikkan dan lumurkan bumbu pada bahagian luar pula. Boleh alas ikan ni dengam daun pisang atau daun kunyit agar ikan tak melekat pada kuali. Saya guna kuali non-stick.
7. Kita tidak akan terbalikkan ikan ni nanti. Kita akan masak belah bawah sahaja. Untuk pastikan ikan ni masak sekata tanpa hangus. Kita kena bakar dengan api kecil atau sederhana.
Ads
8. Kemudian tutup! Kalau ada tanda-tanda nak hangit, jangan panik. Buka penutup, masukkan 1 senduk air, gerak-gerakkan kuali agar air tu turun ke bawah daun. Tutup semula, dan masak sampai air tadi kering.
Inilah hasilnya jika kalian tenang dan sabar. Tak hangus, tak lekat, dan masak sempurna. Saya hias dengan hirisan limau dan bawang jeruk. Ikan bakar ni memang sedap makan dengan benda masam. Peh!
Close up! Ikan bakar ni tak berapa pedas. Bau daun pisang membangkitkan selera. Daun pisang yang hangus di tepi-tepi tu menyumbang kepada aroma smokiness (bau bakar). Itu penting!
Tengok, isi masak sempurna. Malah, daun pisang dibawah tu tak hangus sangat pun. Oklah!
Bagi anda yang tengah berdiet, makan malam adalah waktu yang cukup mencabar terutama bagi ibu-ibu yang terpaksa masak untuk suami dan anak-anak.
Melihat menu yang menyelerakan, membuatkan nafsu makan tidak mampu dibendung. Akibatnya, diet terus ke laut.
Perkongsian jus sihat ini mungkin boleh membantu ibu-ibu. Kaedah ini dipraktikkan oleh Sharinaz Redwan dengan hanya menggunakan 4 bahan asas sahaja. Antaranya, Epal Hijau, Timun, Lemon dan juga Madu.
Bahan-bahan ini pastinya boleh di dapati di dapur dan sememangnya memiliki banyak khasiat untuk kesihatan tubuh.
Menurut Sharinaz lagi, selepas minum anda akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit. Tunggu apa lagi, jom cuba!
Bahan Asas: timun epal hijau lemon madu.
TIMUN DAN KHASIATNYA Antara kelebihan timun ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh membuang toksin dalam badan dan berikan rasa sejuk dalam badan.
EPAL HIJAU DAN KHASIATNYA Epal hijau dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Sesiapa yang mempunyai masalah sembelit, elok amalkan makan epal hijau ni tau.
LEMON DAN KHASIATNYA Tidak dinafikan buah lemon lagi tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
BAHAN-BAHAN: 1 biji epal hijau 1/2 biji timun 2 slice lemon, amik jus je 1-2 sudu besar madu Air suam untuk kisar
CARA-CARA:
Semua atas ni dikisar. Nak tapis boleh. Lagi bagus tak di tapis kerana hampas itu menjadikan fiber lebih tinggi. Minum macam tu je. Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit ,tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!
Sumber: Sharinaz Redwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Nak cuba tanam sendiri di rumah tapi bimbang tak menjadi? Nah admin kongsikan cara yang mudah dan cepat. Nak tahu caranya, jom baca perkongsian darinAnytimenow Myendis Alhamdulillah
Berhasil juga walaupun tanam dlm botol mineral je.
Tanam, tinggal, tuai.
Tambah air 2 minggu sekali.
Tambah kompos sebulan sekali.
Jom tanam bwg merah…harga dah naik sekarang!
cara menanam: 1. Persediaan tanah paling penting. Tanah perlu gembur dan cukup khasiat. Saya campur kompos, cocopeat, tahi ayam dan setelah diperap seminggu baru boleh guna.
Boleh semai cara ni , atau yg lebih elok, tanam terus ke botol, pasu atau tanah batas. Kedua, sebaik nya pilih bawang yg tunggal. tidak berkembar. Bawang yg berkilat tanda sihat dan tidak berkulat.
Pilih saiz besar utk dpt hasil besar dan banyak. Rendam bwg dlm larutan Cuka kayu(wood vinegar) di campur dgn air. Sambil tu potong ¼ bhgn atas bwg dan rapikan akar. Akar baru akan senang keluar. Letak bwg atas media tanam, separuh bhgn dlm tanah.
2 minggu lepas tuai, proses mengering.
satu bwg satu botol. Tanam terus lagi bagus.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Ramai daripada kita yang beranggapkan mengambil makanan untuk tujuan tertentu lambat kesannya. Ya benar kenyataan itu. Namun makananlah pilihan terbaik untuk membekalkan tubuh kita dengan pelbagai nutrisi dan kesannya diperlihatkan pada tubuh.
Untuk kulit, selain penjagaan yang tepat, mengambil makanan yang sihat juga baik dalam menjaga kulit yang cantik. Bila usia semakin meningkat, kulit juga semakin menampakkan garis kedutannya. Mulalah risau akan penuaan dan kedutan yang mula timbul. Nyatanya kedutan kulit tidak mampu kita elakkan kerana tua pasti berlaku.
Namun ada cara untuk anda memastikan kulit dianjalkan dan masalah penuaan dilambatkan sedikit berbanding waktunya. Bagaimana? Amalan penjagaan kulit yang sihat dan pemakanan yang tepat terutama makanan yang bersifat lembap, sangat membantu kulit tampil sihat dan lebih muda.
Lima jenis makanan ini sangat membantu.
TOMATO
Buah tomato tinggi kandungan lycopene, yang merupakan penghalang sinar UV secara semulajadi. Kulit yang terlindung daripada sinaran cahaya matahari membuatkan lebih muda, lembut dan kurang risiko kedutan. Tip yang boleh dikongsikan adalah dengan menampal hirisan tomato pada wajah. Anda juga boleh hancurkan tomato dan dijadikan masker sebelum tidur.
TIMUN
Kandungan bahan berwarna hijau yang terdapat di dalam sebiji buah timun membantu melembapkan kulit. Mulakan setiap hari anda dengan mengambil segelas jus timun ini. Menu yang disarankan adalah dengan mencampurkan timun bersama epal hijau atau sedikit yogurt asli di dalamnya. Kisarkan dan minum. Amalkan diminum setiap hari. Selain awet muda, ia membantu membuang toksin kotor yang menjadi punca kulit tampak lesu.
MANGGA
Buah mangga kaya dengan vitamin A dan C yang berfungsi mencerah dan menghasilkan sel kulit menjadi lebih lembut dan muda. Kaedahnya adalah dengan cara mencampurkan mangga bersama putih telur dan kisar hingga hancur. Apabila sudah sebati, sapukan pada wajah menggunakan hujung jari sehingga ke leher. Biarkan selama 15 minit dan basuh dengan air bersih. Akhiri dengan losen wajah.
STRAWBERI
Buah strawberi merupakan sumber vitamin C paling berkesan dalam mencerahkan kulit. Bukan saja kaya potasium, folat dan serat, tetapi juga antioksida. Hancurkan tiga biji buah strawberi dan sapu pada wajah selama 10 minit. Kemudian bersih menggunakan air bersih.
LIMAU GEDANG
Pendedahan kepada unsur-unsur pencemaran seperti matahari atau asap rokok boleh mematikan kulit anda. Pengambilan buah oren yang kaya antioksida ini membantu mempertahankan kulit. Kisar dan jadikan minuman jus setiap hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Kanak-kanak yang tercekik gula-gula 'gummy mata' yang meninggal dunia, Allahyarham Mohamad Fahmi pergi dalam keadaan cukup senang selepas bisikan syahadah ibunya serta reda ibu dan ayahnya.