Bab cantik orang perempuan menang tak nak kalah. Kalau boleh serba serbi, dari hujung rambut hingga hujung kaki akan dipastikan terjaga rapi.Tujuannya satu, untuk terlihat cantik.
Untuk itu, bolehlah amalkan petua ini untuk membantu menjaga kecantikan dari dalam secara dengan mengamalkan minum air herba ini.
PETUA AWET MUDA GUNA EMPAT BAHAN SAHAJA
Wajah kemerah-merahan, tak bersolek pun dah cantik! Jeleskan tengok wanita yang mempunyai kulit begini kan?
Sebenarnya kita pun boleh jadi ‘flawless’ tau.
Apa kata korang cuba rahsia awet muda dengan petua tradisional ni untuk menaikkan seri wajah dan muka lebih ‘glowing’.
Check it outttt.
Bahan-Bahan:
2 sudu besar Susu tepung Omega /susu rendah lemak
1 sudu kecil serbuk kunyit asli SuzyHoney
2 sudu kecil madu
6 biji badam ditumbuk kasar
Semug air – suhu bilik
Cara-Cara:
1. Campurkan semua bahan bahan ke dalam periuk, kecuali madu.
2. Buka api perlahan dan kacau sehingga merenih selama 30 saat
3. Tutup api dan tulang ke dalam mug
4. Masukkan madu, kacau dan boleh terus diminum
Untuk hasil yang maksimum, amalkan minum dua kali seminggu sebelum tidur. Boleh diamalkan semasa haid.
Kajian menunjukkan badam dapat membantu untuk mereka yang menghadapi masalah obesiti atau mereka yang ingin tampil langsing.
Asid lemak yang terkandung dalam badam bukan sahaja mampu menyekat selera, tetapi juga akan memberikan anda tenaga.
Manakala bahan aktif dalam kunyit yang dipanggil cucurmin kaya dengan antioksidan yang bantu lindungi sel badan daripada rosak. Dia juga melawan penyakit dan jangkitan.
Madu mempunyai kandungan antioksida yang tinggi dan melambatkan penuaan. Madu berupaya melindungi sel sel tubuh daripada radikal bebas.
Cuba tau,korang nak gojes kan kan kan kan?
Sumber : Shikin Shahir