Pelakon Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi baru-baru ini menimang cucu pertama mereka. Perkongsian Tersebut dibuat dengan memuatnaik gambar suaminya sedang memangku cucu mereka.
Turut dimuatnaik adalah gambar anak bongsu mereka yang diharapkan dapat menjadi kawan apabila besar kelak.
“Alhamdulillah… cucu pertama ‘ Wan dan Cik Yang’. Happy nyer Wan, ‘vs’ swipe anak bongsu Wan. Dah besar jadi kawan ye,” tulisnya.
Anak sulung pasangan ini, Nurul Hainil selamat melahirkan bayi perempuan yang dinamakan Yasmin pada 27 September lalu.Malah mereka juga turut dikurniakan cucu kedua 26 Oktober lalu apabila anaknya yang juga penyanyi, Fareez bergelar bapa selepas isterinya, Nurwathiqah Abdul Wahab melahirkan bayi lelaki diberi nama Farrel.
Fauzi ketika ditemubual Harian Metro sebelum ini mengakui gembira kini sudah bergelar datuk dan keluarganya semakin besar.
“Memang teruja sangat sekarang sudah ada dua cucu. Nasihat saya kepada Fareez, anak itu adalah amanah dan menjadi penguat semangat untuk terus maju dan pandang hadapan,” katanya lagi.
Lisdawati berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagram baru-baru ini sekaligus menerima ucapan tahniah dari peminat dan pengikutnya.
sah.spndr Waah tahniah. Naik pangkat nenek dah. Nenek tapi muda 😆👍
alfattah729❤️❤️❤️Tahniah2👏👏👏syukur alhamdullilah kpd Allah SWT🤲🤲🤲
Selain nasi lemak, roti canai dan kuih muih, nasi goreng antara menu sarapan pagi yang cukup digemari. Namun, kadang-kadang agak leceh untuk menyediakannya kerana terpaksa potong lada, bawang dan sebagainya.
Jangan risau, anda dah boleh sediakan nasi goreng dalam masa yang singkat menerusi perkongsian Pnut Syafinaz di laman facebooknya. Lebih menarik lagi, ibu-ibu hanya mengambil masa lebih kurang 3 minit sahaja untuk masak nasi goreng jika dah siapkan perencah ini.
Selain nasi goreng, perencah atau paste ini juga boleh digunakan untuk menggoreng sayur-sayuran. Nak cuba, jom baca ni!
Paste Nasi Goreng Serbaguna Mak Long
Ni selalu saya buat dua bulan sekali, buat banyak-banyak dan ‘frozenkan’, bila nak goreng nasi, cedok dua atau tiga sudu, bergantung pada kuantiti nasi yang hendak di goreng. Kenapa serbaguna? Sebab perencah ni boleh guna bila-bila masa sahaja untuk goreng sayur ala kampung. Kangkung goreng belacan, kacang panjang, kacang buncis, terung, tapi paling sedap dan ‘win’ kacang botor/botol dan bendi. Tumis balik ni, masukkan sayur kekacang tu je. Tiga minit dah siap.
BAHAN-BAHAN
7-8 biji cili merah (buang bijinya)
10 15 biji cili padi (ikutlah tahap kepedasan yang disukai)
1@2 labu bawang besar
10 bjji bawang putih
Segenggam ikan bilis (rendam kasi lembut, kemudian toskan air)
Sedikit belacan
Cara Membuatnya:
1. ‘Blend’ semua bahan jangan terlalu lumat sangat dan jangan terlalu banyak air.
2. Tumiskan bahan ‘blend’, sehingga air kering, biasa saya tumis sampai naik minyak, tapi ni mak long buat pukul 10.30 malam, malas nak tunggu dia pecah minyak, pukul berapa nak tidur pulak.
3. Dah kering sejukkan dulu sebelum dibekukan dalam peti ais.
Tip Susun Bahan Dalam Pengisar
Bawah sekali belacan, kemudian bawang-bawang, kemudian cili-cili, atas sekali ikan bilis. Jadi ikan bilis tu tak la dikisar terlalu lumat nanti.
Cara Guna Nak Masak Nanti
Tumis semula bahan ni dengan sedikit minyak, kasi garing sikit, kemudian masuklah ‘haiwan-haiwan’ yang diingini atau pecah telur je. Kemudian masuk nasi.. masaklah macam biasa. Ni kalau nak goreng nasi, bangun pukui 4.45 pagi pun sempat siap hidang sebelum pukul 5 pagi. Dengan syarat nasi dah masak la sebelum tidur.
*saya selalu kalau buat kari atau masak lemak ikan tenggiri, ikan tongkol ke ikan merah ke, ada baki ikan sekeping dua, saya basuh dan goreng balik ikan tu. Kemudian ambik isi ikan hancurkan sikit masukkan dalam nasi goreng. Maka jadilah nasi goreng paling sedap dalam dunia bak kata Alesya.
Tak payah letak sebarang msg, kiub ayam/ikan bilis dah bila goreng nanti, paste ni dah cukup rasa.
Namanya meniti di bibir masyarakat dek caranya berdakwah lebih moden dan terbuka terutama dalam menangani isu sosial di kalangan masyarakat . Pencetus Ummah ( PU) Mohammad Amirul Amin Maula LokmanHakim.
Jujur mengakui sangat sibuk dengan aktiviti dakwahnya menyebabkan masanya agak terhad dengan anak-anak. Begitu pun, PU Amin bijak ‘mencuri’ masa supaya anak-anak dan isteri tidak terabai.
“Biasanya saya memang sangat menitikberatkan disiplin masa pada anak-anak. Awal pagi saya akan peruntukkan bersama anak-anak.
“Ada masa kami makan depan televisyen ramai-ramai sambil tengok kartun atau sebagainya, ada masa makan di meja. Tetapi satu yang saya amalkan adalah terapkan pada anak-anak, dahulukan orang tua untuk mengambil makanan dengan pelawa ibu bapa terlebih dahulu.
“Itu yang dipraktikan oleh ibu bapa saya dulu dan kini diturunkan pula pada anak-anak saya. itu cara kita mendahulukan orang lain.
“Kebiasaannya jika ada perkara yang mereka buat saya marah, saya akan denda mereka. manakala jika mereka berbuat baik saya akan bagi ganjaran dengan memberikan bintang.
“Selepas itu, saya berikan hadiah supaya ada sifat bersaing untuk membuat baik dan disiplin selain mereka rasa pendidikan itu saya benda yang membebankan,”jelas PU Amin sambil memberitahu peranan isteri sangat besar dalam mendidik anak selain ibu bapa yang menjadi mata dan telinga untuk anak-anaknya.
Mengakui pernah meninggalkan isteri dan anak-anak 2-3 bulan sewaktu melakukan penggambaran program, dia cukup berterima kasih dan bersyukur dengan peranan yang dimainkan oleh isterinya sewaktu ketiadaannya.
“Pernah dulu saya terbabit dengan penggambaran berbulan-bulan sehinggakan anak yang kedua dari kecil sudah besar, tetapi mereka berada dalam keadaan yang baik berkat asuhan isteri.
“Walaupun isteri sibuk dengan kerja, tetapi dia masih boleh memainkan peranan yang besar dan boleh dikatakan mampu menguruskan anak-anak.
“Walaupun bebanan kerja dan tanggung jawab yang besar, tapi anak-anak berada dalam kawalan dan jagaan yang baik. Dalam keluarga isteri juga bantu menjadi tulang belakang dalam membina anak-anak.
“Sesebuah keluarga tidak akan dibina dengan baik jika suami isteri tidak saling memainkan peranan masing-masing,” tegas PU Amin lagi sambil memberitahu dia dan isterinya berkahwin dalam usia yang masih muda dan ketika itu sedang menuntut di universiti.
Beliau yang bertemu jodoh ketika masih belajar mengakui berkahwin pada tahun 2012 dalam tahun kedua di Universiti Al-Azhar.
“Kami dikurniakan anak sulung ketika saya berada di tahun 4 dan menariknya sewaktu mengambil keputusan untuk berkahwin, keluarga tidak bersetuju.
“Mereka bimbang pengajian kami terabai sementelah waktu itu belum ada yang berkahwin ketika belajar. Jadi, kami buat satu janji akan dapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian. Kebetulan kami memperoleh biasiswa dari pihak zakat Selangor.
“Selepas berkahwin, kami tinggal dan belajar bersama-sama sehingga dapat mencapai kejayaan yang cemerlang. Itu menjadi motivasi kepada pelajar lain yang ingin mendirikan rumah tangga. Untuk pasangan lain, elakkan dari menggunakan alasan berkahwin kerana mahu menghalalkan pergaulan, seks dan sebagainya.
“Sebaliknya kenal pasti terlebih dahulu pasangan sebelum serius. Kena ada ilmu rumah tangga, disiplin diri, dan sahsiah diperelok terlebih dahulu. Bila kahwin wajib keluar nafkah. Justeru kena ada wang dan simpanan dan tidak menganiayai isteri mahupun keluarga kita.
“Itu benda yang wajib iaitu ilmu dan kewangan yang kukuh. Kena usaha untuk naik taraf kehidupan dengan memberi kesempurnaan dan kelengkapan yang membawa kita dekat dengan Allah. Jika kaya dan berjaya itu boleh dekatkan kita dengan Allah, maka kena berusaha ke arah tersebut.
“Jangan guna alasan elak maksiat sedangkan nafkah tidak diberi dan tidak pandai melayan pasangan dengan baik. Bebanan yang perlu ditanggung bukan sekadar menanggung masalah sebaliknya dia perlu menanggung ilmu yang banyak sebelum menanggung manusia.
Video yang tular baru-baru ini meninggalkan bekas di hati ramai warganet. rata-rata melahirkan rasa sedih dan sebak dengan keadaan seorang warga emas yang sedang duduk berniaga di atas lantai di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan.
Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh Hanif Asyraf di TikTok, pemuda itu dilihat menghampiri warga emas berkenaan dan menyapanya.
Biarpun sudah berusia 87 tahun warga emas itu masih gigih mencari rezeki dengan cara menjual nanas, serai dan asam keping.
Rupa-rupanya dia tinggal sendirian dan lebih menyedihkan sebelah matanya juga sudah hilang penglihatan.
Disebabkan tempat tinggalnya agak jauh, dia terpaksa datang ke pasar tersebut dengan menaiki teksi sendirian.
Ketika ditanya kenapa sanggup datang sejauh itu untuk menjual barang, nenek ini menjawab dengan nada sayu jika dia tidak berniaga, maka perutnya tidak boleh diisi dengan makanan.
Jawapan tersebut mengundang simpati pemuda itu lalu bertanya jika ada apa-apa yang diperlukan oleh warga emas tersebut.
Tidak meminta makanan sedap atau barangan mewah, sebaliknya nenek ini hanya meminta RM5 sahaja untuk membeli beras serta nasi goreng sebagai makanan untuk mengalas perutnya yang lapar.
Permintaan nenek itu dipenuhi pemuda tersebut yang terus bergegas membeli makanan.
Di akhir video, warga emas tersebut menyedekahkan barang jualannya sebagai tanda terima kasih buat pemuda itu.
Seorang pemuda ditahan kerana disyaki mencabul seorang murid perempuan yang sedang bersolat Subuh dalam Masjid Jamek Sungai Masin dekat Batang Kali, awal pagi tadi.