TRENDING

“Naik Bulu Roma Tengok Tokti Silat…” Video 1 Minit Datuk Siti Nurhaliza Bertarung Aksi Lasak, Raih Perhatian

Share

Muat naik video penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza sedang bertarung aksi lasak telah meraih perhatian perminatnya.

Video berdurasi 1 minit itu merupakan penggambaran muzik video (MV) single terbaharinya berjudul Magis raih perhatian.

Video berkenaan menunjukan aksi lasak penyanyi sehingga membuatkan peminatnya kagum. Beliau yang sebelum ini dikenali ramai sebagai seorang yang lemah lembut telah membuat kejutan kepada peminatnya!

IMPIAN JADI SRIKANDI TERCAPAI

Menerusi kapsyennya Siti meluahkan  watak Srikandi merupakan impian sejak sekian lama. Dia juga meluahkan puas hati dengan kerjasama itu berjaya merealisasikan impiannya.

“BTS .. Saya belajar step bertarung di lokasi dan syukur dapat laksanakan yang terbaik untuk masa yang ditetapkan.. Terima kasih guru seni pertahan diri , pelakon utama lelaki bersama saya berlawan , pelakon kanak kanak yang hebat ,pelakon aksi lasak yang gigih sama sama bertahan ditengah panas terik.”

“Team produksi yang melayan & menjalankan kerja dengan pantas , penari saya dan semua yang terlibat menjadikan MV ini lebih menarik dan mengikut kehendak dan impian saya .. Memang impian saya untuk melakonkan aksi srikandi .. Semoga MV ini dapat diterima baik dan terima kasih juga Astro di atas kesempatan ini dan memilih lagu Magis sebagai lagu OST bagi Hikayat.”

PEMINAT TERUJA!

Sementara itu, menjengah diruangan komen, rata-rata peminatnya menzahirkan rasa teruja melihat aksi lincah penyanyi anak kelahiran Pahang ini. Antara komen adalah seperti berikut

“Naik bulu roma tgok tokti silat.. Mcm srikandi melayu Islam terbaik.”
“Tgh fight pun cantik tokti”
“Comel je Tokti… Terbaik lah.”
“Another side of Dato Siti… Hebat wanita ini.”

Sumber: FB Siti Nurhaliza