Nahas jalan raya, tujuh mangsa maut, dua beradik belum tahu ibu bapa sudah tiada. Dua kanak-kanak yatim piatu yang masih menerima rawatan di Hospital Melaka belum dimaklumkan mengenai pemergian ibu bapa mereka dalam kemalangan meragut tujuh nyawa itu.
Nahas Jalan Raya, Tujuh Mangsa Maut
Muhammad Uwais Al-Qarni Khairul Ikhwan, 7, masih di unit rawatan rapi (ICU) manakala adiknya Nur Sofea Humaira, 4, telah ditempatkan di wad biasa hospital sama.
Exco Kesihatan Sumber Manusia dan Perpaduan, Datuk Ngwe Hee Sem berkata, saat ini adalah lebih penting untuk menjaga emosi kanak-kanak itu lebih-lebih lagi mereka dalam keadaan kesakitan.
Hee Sem (kiri) meluangkan masa melawat Sofea Humaira yang telah menjalani pembedahan pada pagi Rabu.
Dua Beradik Belum Tahu Ibu Bapa Sudah Tiada
Menurutnya, Nur Sofea baru sahaja selesai menjalani pembedahan susulan paha retak pada pagi Rabu, manakala Muhammad Uwais Al-Qarni yang berada di ICU masih menunggu masa untuk menjalani pembedahan.
“Mereka belum tahu lagi (pemergian ibu bapa) walaupun mereka sedar kerana kita tak mahu menganggu emosi mereka.
“Kita tak mahu ganggu emosi Muhammad Uwais yang mengalami kecederaan parah di paha kanannya apabila tulangnya pecah,” katanya.
Hee Sem yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya berkata, kesemua penumpang bas warga Singapura yang cedera telah dibenarkan pulang.
Ujarnya, selain dua beradik terbabit, seorang lagi pemandu lori membawa muatan pakaian terpakai dan tercedera dalam kemalangan itu masih dirawat di Hospital Melaka.
“Pemandu berusia 27 tahun itu berada dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di ICU setelah mengakami cedera parah terutamanya di bahagian kaki,” ujarnya lagi.
Media sebelum ini melaporkan tujuh termasuk lima sekeluarga maut apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan termasuk sebuah treler dan bas pelancong di Kilometer 204.0 Lebuhraya PLUS arah utara di sini, pada Isnin.
Ads
Mangsa yang maut dalam kemalangan kira-kira jam 8.30 malam itu ialah pemandu MPV, Khairul Ikhwan Mazupi, 32; bersama penumpang iaitu isterinya, Fadzlenna Ramli, 32; anak bongsu mereka, Muhammad Umar Khairul Ikhwan, 2, bapa Fadzlenna, Ramli Ab Wahab, 66; dan isteri Fauziah Jaafar, 69.
Turut maut pemandu bas pelancong, Noorisnien Khamid, 56; dan penumpang bas yang merupakan warga Singapura, Lamrah Asid Ali, 66.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati sebuah lori jenis Foton dan bas pelancong yang membawa 27 penumpang dalam perjalanan dari utara menghala ke selatan manakala kenderaan MPV Toyota Estima sebuah treler jenis Nissan dan Perodua Bezza menuju ke arah utara.
Hee Sem (tengah) ketika melawat anak yatim piatu itu di Hospital Melaka, di sini, pada Rabu.
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian, tayar hadapan sebelah kanan lori Foton yang dipandu lelaki berusia 31 telah tercabut dan berada di atas jalan di lorong tengah.
Katanya, bagaimanapun bas pelancongan yang tiba di tempat kejadian telah terlanggar tayar tersebut lalu hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan sebelum melanggar penghadang jalan dan bertembung dengan kereta Perodua Bezza serta Toyota Estima yang dinaiki lapan sekeluarga itu.
“Akibat kemalangan itu, tujuh mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital Melaka dan Alor Gajah untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.
Kementerian Pertahanan (MINDEF) komited untuk mempercepatkan proses permohonan perubahan penempatan tugas bagi seorang anggota yang mengalami kehilangan anaknya berusia lapan bulan di sebuah taska baru-baru ini.
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, kementerian memahami betapa sukarnya situasi yang dihadapi oleh Mejar Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 39, dan isterinya, Sabrina Hakiem Zaini, 39, yang telah menunggu selama 13 tahun untuk memperoleh cahaya mata.
Sabrina (kiri) ketika menerima kehadiran sanak saudara di Unit Forensik Hospital Alor Gajah pada Jumaa – Foto: Sinar Harian
Lebih menyedihkan, bayi lapan bulan, Muhammad Al Fateh Fikry Amri itu baru lima hari dihantar ke taska di Taman Kelemak Utama. Malah ibu mangsa yang bertugas sebagai guru sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama setahun.
“Buat masa ini, kita akan berusaha untuk membantu Mejar Mohd Fikry Amri, yang bertugas di Kem Perdana Sungai Besi, agar dia dapat tinggal sebumbung dengan isterinya yang menetap dan bekerja di Melaka. Permohonan untuk perubahan penempatan ini akan dipertimbangkan, tetapi ia juga bergantung pada kelulusan pihak berkuasa perkhidmatan pertahanan,” ujar beliau selepas melawat keluarga tersebut di rumah mereka di Taman Kelemak Utama.
Adly juga menambah bahawa kementerian akan memastikan kesejahteraan keluarga ini terjaga dengan memberi sokongan psikologi yang diperlukan, terutamanya untuk Mejar Mohd Fikry Amri, yang jelas paling terkesan dengan kejadian ini.
“Kita akan terus pantau dan berikan bantuan, termasuk sokongan psikologi, bagi memastikan kestabilan emosi keluarga ini, yang seterusnya boleh mempengaruhi perkhidmatan anggota berkenaan,” tambahnya.
Beliau juga menggesa pihak berwajib, khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat, agar lebih tegas dalam memastikan taska swasta mematuhi undang-undang dan mempunyai lesen yang sah untuk beroperasi.
Foto: Sinar Harian
Kejadian tragis ini melibatkan bayi Muhammad Al Fateh Amri yang ditemui tidak sedarkan diri dengan keadaan hidung berdarah di sebuah taska sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Alor Gajah. Seorang pengasuh taska berusia 34 tahun kini direman selama seminggu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Takziah diucapkan kepada keluarga bayi 8 bulan yang telah kembali ke rahmatullah di taska. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan kesabaran kepada ibu bapa dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini. Doa kami bersama kalian. Al-Fatihah.
Dalam diam-diam, pelakon Nad Zainal rupa-rupanya kini sedang hamil anak kedua.
Berita gembira tersebut dikongsikan pelakon Hati Yang Tersakiti menerusi laman instagramnya. Menurut Nad Zainal, usia kandungannya kini sudah masuk empat bulan.
“Bismillahirahmanirrahim. my 9 months journey begins. YEM NAK JADI ABANG LONG.
‘”2021, bukan lagi ber 3 bakal ber 4,” tulis Nad dikapsyennya.
Dalam pada itu, Nad turut menafikan sambil berseloroh bayinya itu bukan ‘hasil’ PKP.
“Semua orang cakap baby PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), bukan. Masa PKP tak ada masa ‘buat’ (seloroh).
“Sebenarnya memang ada perancangan untuk tambah anak tahun ini atau tahun depan. Lagipun anak sulung dah besar. Saya tahu (hamil) lepas dua minggu ketika penggambaran dengan Remy dan Mimi Lana (drama Hati Yang Tersakiti),” katanya.
Menurut Nad lagi, anak sulungnya, Fahad Ibrahim Muhammad Faliq, 4, juga sudah tidak sabar untuk menerima kehadiran adiknya.
“Dia sangat teruja, setiap hari tanya bila baby nak keluar. Setiap kali itu kena terangkan pada dia,
“Dah lama tak ada anak kecil di rumah, jadi semua orang pun teruja,” katanya.
Ujar Nad, keadaan kesihatannya juga semuanya baik-baik sahaja sepanjang di awal tempoh kehamilan tanpa alahan teruk.
Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 30, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015.
Pasangan tersebut dikurniakan anak sulung yang mesra dengan panggilan Yem pada 14 Oktober 2016.
Kehilangan insan tersayang ibarat separuh nyawa di bawa pergi. Rindunya hanya Tuhan yang tahu. Berpisah hidup mungkin tidak terlalu sakit dibandingkan apabila dipisahkan dek kematian, amat sukar ditelan.
Hanya yang berada pada situasi tersebut bagaimana luluhnya hati untuk menerima hakikat kehilangan itu. Namun, hidup perlu diteruskan dan reda itu ikhlas.
Yang pergi tetap pergi, yang bertemu pasti akan berpisah. Hanya sekalung doa mampu dihulurkan buat insan tersayang semoga tenang di sana.
Dua tahun berlalu, kini tarikh 25 Julai mengulit kembali kenangan ShahNaz Azwa bersama arwah suaminya. Sementelah, itulah tarikh lahir insan tersayang yang beradu di hatinya dulu, kini dan selamanya.
Jika dulu, tarikh tersebut disambut dengan acara memotong kek, kini diubah ke arah yang lebih islamik.
Al-Fatihah buat arwah Md Shah. Semoga rohnya dicucuri rahmatNya.
25 july dtg lagi…dan saya x penah lupa tarikh istimewa ni sbb insan yg lahir pd hari ni pun adalah insan yg sgt istimewa dlm hidup saya..
Setiap thn, biasanya kami akn celebrate sama2 dan yg paling excited tentulah ank2..sume pakat nk tiup lilin..dia?? Sengih dan bagi chance kat ank2 nya utk perasan yg kek tu diorang punya..
Tp skarang, saya dah mula belajar utk menerima ketiadaannya..acara potong kek dan nyanyi lagu besday dah diubah ke arah yang lebih islamic ?.. sebab saya nak dia still terima ‘hadiah’ dari kami…hubungan ❤ yg x akan putus smpai bila2 ..
Semoga sayang tenang dan berbahagia di ‘alam baru’.. kami di sini sentiasa merasai kehadiran sayang dalam keluarga..insyaAllah, saya akan cuba utk mendidik dan membesarkan ‘amanah’ sayang sebaiknya..
Pada saya, cinta tak perlu diucap setiap masa kerana ia akan terzahir dgn perbuatan secara tak sengaja..sebab apa?? Sebab dalamnya perasaan kita terhadanya..
Sedih tu masih ada tetapi keletah anak2 membuat saya tersengih dan tergelak sebab masing2 cuba jadi pelawak…? ..
Secara mudahnya, orang Islam berpuasa disebabkan suruhan atau perintah Allah yang terkandung dalam Al-Quran. Terdapat banyak manfaat dan faedah berpuasa Ramadan bagi umat Islam.Berpuasa...