Nafkah RM5 Cukup Ke? Peguam Ni Kongsi Kisah Rumahtangga Berkenaan Nafkah. Sila Takenote!

Share

Usah buat main dengan duit nafkah untuk isteri, sudah menjadi tanggungjawab suami untuk menyediakan nafkah selepas wanita tersebut sah menjadi pasangan hidupnya. Nafkah yang dimaksudkan adalah menyediakan makan, pakaian, tempat tinggal dan perkara asas yang lain.

Pun begitu, perlukah seorang suami itu memberi wang tunai sebagai nafkah kepada isterinya?

Seperti perkongsian daripada seorang peguam yang dikenali sebagai Surianti Ghani menerusi posting di laman fb, berkongsi tentang tiga situasi sama ada perlu atau tidak perlu suami memberikan wang sebagai nafkah.

PERLUKAH SUAMI MEMBERIKAN WANG TUNAI KEPADA ISTERI SEBAGAI NAFKAH?
Perlu & tidak perlu..lihat kepada situasi:
1) Jika segala keperluan suami dah sediakan, cukup semuanya tak wajib lagi suami beri wang tunai kepada isteri
2) Jika apa pun keperluan tak disediakan, suami boleh beri wang tunai untuk digunakan oleh isteri membeli keperluannya
3) Jika sebahagianya telah disediakan oleh suami & sebahagian lagi tidak, suami boleh memberikan wang tunai untuk digunakan oleh isteri bagi mencukupkan keperluannya

Bagaimana pula jika nafkah yang diberikan oleh suami tidak mencukupi walhal suami mampu, si isteri berhak untuk meminta daripada suami untuk kecukupannya.

Pun begitu bagaimana pula andai setiap bulan tanpa culas suami akan memberi nafkah berupa wang namun nilainya hanyalah RM RM5? Mungkin ada antara kita yang tidak dapat membayangkan adakah ada suami yang melakukan sedemikian, memberi isteri hanya  RM5 setiap bulan dan pemberian tersebut dianggap sebagai nafkah.

Ini sebagaimana satu kisah rumah tangga berkenaan nafkah yang dirujuk kepada peguam ini. Difahamkan si suami hanya memberikan RM5 dan paparan transaksi bank dijadikan bukti yang menunjukkan si suami memberi sebulan RM 5 kepada isterinya.

SEMOGA PARA SUAMI YANG LAIN TAHU BETAPA BERKATNYA MEMBERI NAFKAH KEPADA ISTERI

Apabila suami tidak tahu konsep keberkatan memberi nafkah kepada isteri..lagi banyak berbelanja untuk isteri semakin bertambah rezeki.. Realiti 1 kes di mahkamah syariah..setiap bulan hanya RM5 sahaja nafkah untuk isteri..itu sahaja, barang dapur tak beli, pakaian tak beli, tempat tinggal isteri bayar sendiri..yang banyak sikit bulan ni RM10 sebab bulan Ramadan kot..

Respon netizen berkenaan isu nafkah RM5

 

 

Sumber : Surianti Ghani

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club