Nafkah Hak Isteri. Walau Tak Pernah Minta, Kena Bagi Tiap Bulan. Ingat Dalam Harta Seorang Suami, Ada Hak Seorang Isteri!

Share

Kita selalu dengar tentang soal nafkah suami pada isteri. Memang ada suami yang lupa atau mungkin kurang fajam  tanggung jawab yang satu ini.

Kerana itu ada yang kadang-kadang bagi, kadang kadang tidak. Walaupun isteri bekerja, namun suami tetap kena menghulurkan wang. Kepada para suami, nafkah isteri tidak sama dengan duit belanja bulanan rumahtangga.

Jadi para suami kena tahu bahagian mana nafkah khas untuk isteri dan perbelanjaan rumahtangga. Suami kena tahu walaupun isteri tidka meminta, namun tetap kena hulur setiap bulan. Ini yang diulas  oleh Dr Taufiq Razif.


Emakku Ustazah

Sentap juga haritu bila kena ceramah oleh ustazah kat dalam gambar ni. Ustazah ni tak terkenal. Malah tak pernah masuk TV pun. Tapi dalam ribuan ustazah, ustazah ni lah yang dah berjaya membuatkan hati saya tersentap pedih.

” Nafkah ni hak isteri. Walau isteri tak pernah minta, kita kena bagi. Bagi kat tangan dia tiap bulan bukan main tunggu isteri minta baru bagi “

” Bagi la semampu kita asalkan kita lepas daripada nak kena jawab di sana nanti “

” Bagi jangan tak bagi. Jangan sampai duit bulanan kita banyak tapi tak tahu ke mana hala duitnya pergi ” ( tanda duit tak berkat sebab tak tunaikan hak nafkah isteri )

Inilah lebih kurang isi ceramah ustazah tu pada saya. Allah. Sentapnya bukan main! Saya angguk angguk perlahan tanda setuju. Kalau ustazah lain yang ceramah mungkin saya tak sentap sangat tapi ustazah yang baru je ceramah di depan saya tu adalah IBU a.k.a EMAK saya sendiri.

Ustazah ni pesan lagi. Tak kisah lelaki ni jenis fokus sangat bekerja ke atau apa apa pun alasan. Yang wajib tetap wajib. Nafkah tetap kena nafkah. Wajib bagi kat tangan isteri!

Dalam harta seorang suami, di dalamnya ada hak seorang isteri! Ye, walau isterimu seorang jutawan sekalipun! ?

Taufiq Razif
Emakku Ustazah

p/s : Tolong ingatkan suami kita semua tentang benda ni ye. Kadang mungkin mereka lupa. Kalau pun tak mampu nasihat suami, boleh je bagi artikel ni kat mereka.

p/s : Saya suka berkongsi ilmu mendidik anak / parenting secara percuma di Telegram saya. Klik je link ni untuk join ? t.me/NotaTaufiqRazif

Sumber: https://theproparenting.com