Pelakon Nad Zainal terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri.
Khabar duka buat pelakon, wargamaya menitipkan doa buatnya. Memetik laporan Kosmo! Online! Perkara tersebut dimaklumkan rakan baiknya, Aina Liza kepada menerusi satu pesanan WhatsApp.
Nad ditidurkan dua hari sebab paru-paru dia berdarah. Dah dapat keluarkan semua darah jadi doktor tidurkan dia supaya boleh rehat dan paru-paru kembali kering.
“Tadi, tak dapat nak kongsi (berita) ini sebab nak tunggu kebenaran keluarga dia. Sama-sama kita doakan Nad okey,” kata Aina.
Demikian kata rakan baik pelakon Nad Zainal yang juga merupakan pengurus kepada pengacara, Sherry Alhadad iaitu Aina Liza berhubung keadaan kesihatan aktres itu yang dipercayai menghidap jangkitan kuman pada paru-paru.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Dalam pada itu, rakan baik Nad yang juga pelakon, Ungku Ismail Aziz memohon doa orang ramai agar Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin diberikan kesembuhan.
“Saya pohon doa-doa semua buat Nad Zainal yang dimasukkan ke wad ICU (semalam) disebabkan jangkitan kuman di paru-paru.
“Beberapa prosedur telah dilakukan dan menurut doktor yang merawatnya keadaannya stabil tapi keadaannya tidak berapa okey. Mohon doa ya semua. Allahumma Yashfiihaa,” coretnya menerusi Instastory
Ads
Difahamkan Nad dimasukkan ke ICU hospital swasta berkenaan selepas dua hari keadaan kesihatannya tidak begitu baik barangkali disebabkan simptom Long Covid.
Sebut saja anai-anai, ramai yang takut dengan serangan serangga kecil ini. Apa tidaknya, bila anai-anai menyerang bahagian kayu yang nampak kukuh diluarannya boleh mereput dan rosak.
Rekahan dinding atau lubang pada kawasan rumah antara penyebab utama anai-anai mula mendekati kediaman kita. Tak perlu gunakan racun untuk menghalau anai-anai ini sebaliknya usahakan cara ini dulu untuk pulihkannya. Jom cuba.
Petua Halau Anai-anai
1. Tembakau
Tembakau berkesan dalam menghalau anai-anai. Caranya hanya perlu campurkan tembakau dengan air dan biarkan semalaman. Kemudian, semburkan air campuran tembakau itu pada kayu yang diserang anai-anai atau juga ke atas sarangnya.
2. Garam Dapur
Taburkan saja garam di sarang anai-anai, tetapi cara ini kurang efektif dan kurang berkesan kerana garam hanya berada permukaan saja. Supaya lebih berkesan, campur garam dengan air dan tembakau. Biarkan semalaman dan sembur di kawasan yang mempunyai sarang anai-anai.
3. Air Kapur sirih
Kapur bersifat panas dan ia sangat tidak disukai kerana anai-anai memiliki kulit nipis dan lembut . Kapur juga mampu membakar kulit anai-anai.
Jadi anda boleh menggunakan air kapur untuk menghapuskan sarang anai-anai. Caranya, sembur air kapur ke atas permukaan kayu yang diserang anai-anai atau juga boleh siram terus ke sarangnya.
4. Air Cucian Beras
Manfaatkan air basuhan beras yang pertama untuk mengusir anai-anai. Siramkan sahaja air basuhan beras ke atas sarang anai-anai.
5. Minyak Tanah
Kebiasaannya minyak tanah digunakan untuk membakar tetapi ia juga boleh digunakan untuk mengusir anai-anai dari rumah.
Anda cuma perlu semburkan minyak tanah di atas permukaan kayu yang telah di serang anai-anai atau semburkan di sarang-sarang anai-anai. Namun bau minyak tanah agak kuat jadi tidak sesuai kalau di sembur di dalam rumah. Agar lebih berkesan, tambahkan minyak serai dengan campuran minyak tanah.
Selamat Mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Memang tidak dinafikan setiap ibu bapa inginkan anak yang cemerlang. Namun ada juga anak yang sebaliknya. Biasanya anak yang cemerlang akan diraikan atas kejayaannya. Bukan untuk menunjuk atau raik atas kejayaan namun moga jadi inspirasi kepada anak-anak yang lain untuk berusaha ke arah kecemerlangan. Baru-baru ini, seorang guru di laman facebooknya Mohd Fadli Salleh meluahkan isi hati bahawa anak-anak cemerlang punya hak untuk naik atas pentas atas usaha gigih yang dilakukannya untuk berjaya. Ikuti perkongsiannya, sungguh deep!
______________________________________________
Gambar hiasan
KENAPA NAK NAFIKAN HAK MURID CEMERLANG?
Ada khabar pantas tersebar, kononnya keputusan UPSR tahun ini sengaja diumumkan lewat supaya pihak sekolah tidak membuat sambutan dan meraikan pelajar straight A’s dan cemerlang ini.
Satu soalan aku nak sangat bertanya dan nak sangat tahu jawapan. Kenapa bersungguh-sungguh tak nak raikan murid yang cemerlang ini?
Kenapa nak sekat hak mereka untuk bergembira atas kejayaan mereka? Kenapa?
Adakah semata-mata nak menjaga hati murid yang gagal? Itukah sebab utamanya?
Baik. Jika benar begitu, mansuhkan saja APC yang diterima dan disambut saban tahun oleh jabatan-jabatan. Mansuhkan juga segala keraian dan sambutan untuk meraikan jabatan yang cemerlang.
Nanti orang lain terluka sebab dia tak dapat APC. Nanti jabatan lain kecil hati sebab jabatan mereka tidak cemerlang. ?
Aku berbeza pandangan tentang hal ini. Pada aku, murid cemerlang harus diraikan. Cuma mungkin pada waktu berbeza dan tidak semasa keputusan dikeluarkan untuk menjaga hati banyak pihak.
Itu usaha mereka. Itu titik peluh mereka. Itu pahit jerih mereka. Itu pengorbanan mereka. Dan bila mereka berjaya, kita nak nafikan hak mereka pula? Apa adil begitu?
Murid ini, usaha mereka berganda-ganda. Saat kawan-kawan mereka tidur, mereka bangun malam. Belajar, solat hajat dan berdoa.
Murid lain diwaktu hujung minggu berseronok di taman mainan, bersuka ria seolah tiada apa yang bakal berlaku sedangkan mereka ini menahan diri.
Bukan murid cemerlang ini tak minat main, tapi demi sebuah kejayaan, pasti satu pengorbanan perlu dilakukan. Mereka belajar, mereka minta tunjuk ajar, mereka usaha bersungguh-sungguh. Saat orang lain bersenang-lenang, mereka bertungkus lumus.
Sampai ketika keputusan diumumkan, pengorbanan, pahit getir dan usaha mereka dinafikan pula? Hanya kerana nak jaga hati murid yang tidak banyak berusaha seperti mereka?
Hendak jaga hati murid yang malas sehingga tidak beri anugerah pada yang cemerlang dan melarang buat sambutan. Apa betul tindakan kita?
Ya, aku tahu bukan semua murid yang yang gagal itu pemalas. Ada yang usahanya gigih, namun rezekinya setakat itu. Tapi lazimnya yang gagal itu kurang usaha mereka. Itu kelazimannya.
Dari dulu mereka yang cemerlang kita bagi anugerah secara terbuka. Aku ini bukan murid yang genius. Jarang sekali dapat naik pentas terima anugerah.
Namun setiap kali melihat rakan naik pentas terima anugerah, ia menjadi pendorong untuk mereka yang gagal berusaha lebih gigih. Itu satu motivasi yang baik.
Dari kecil aku tanam niat dan ibu bapa selalu cakap,
” Belajar sungguh-sungguh. Kalau cemerlang dapat naik pentas terima hadiah.”
Itu pendorong dan pembakar semangat. Jangan sampai suatu masa nanti murid berkata pada diri sendiri,
“Buat apa belajar rajin-rajin. Buat apa bersekang mata belajar tengah malam. Buat apa korban waktu hujung minggu untuk belajar. Kalau dapat straight A bukan dapat apa pun.”
Kau nampak tak apa yang aku nampak? Kau nampak tak apa kerisauan aku?
Murid tahun 6, tak kira yang gagal atau cemerlang memang pihak sekolah raikan saban tahun. Setiap tahun sebelum UPSR umum lagi hampir semua sekolah buat jamuan untuk semua murid tahun 6.
Bagi semua murid gembira. Bagi mereka makan besar. Bagi mereka buat persembahan dan berseronok. Itu semua atas kegigihan mereka belajar selama ini.
Kami raikan semua pelajar. Bukan yang cemerlang sahaja. Bukan murid kelas depan sahaja.
Tapi bila keputusan sebenar keluar, pastinya yang cemerlang perlu diraikan atas kejayaan mereka. Biar semua menyaksikan agar menjadi pendorong pada adik-adik dan kawan-kawan yang lain.
Yang gagal, pastinya akan bersedih. Itu normal. Itu tanggungjawab guru di sekolah dan ibu bapa di rumah untuk mengubat kekecewaan itu.
Di sekolah, pihak guru tak pernah abaikan murid yang kecewa ini. Guru kelas, guru mata pelajaran, guru kaunseling terus menerus memberi kata dorongan dan semangat mereka.
Kekecewaan mereka jika kita pandai manipulasi akan jadi satu kekecewaan yang memberi pulangan tinggi di masa akan datang.
Kesedihan mereka ini bukannya berkekalan sampai mati. Tidak!
Namun semangat yang mereka perolehi akibat kegagalan ini yang berterusan. Ini yang aku paling suka. Sejarah telah pun membuktikan ramai tokoh terkemuka yang berjaya asalnya pernah gagal suatu ketika.
Ramai murid gagal menjadikan tangisan sewaktu rakan lain melangkah naik pentas terima penghargaan atas kecemerlangan sebagai sumber dorongan dan semangat baru untuk mereka lebih rajin dan berusaha di masa akan datang.
Tangisan semalam menjadi punca senyuman akan datang.
Apa itu tidak bagus?
Kecemerlangan itu bukan mudah untuk dicapai. Tak kira dalam apa jua bidang sekali pun.
Anugerah ini bukan sekadar memberi penghargaan pada yang cemerlang, malah menjadi dorongan dan sumber inspirasi pada yang kurang cemerlang.
Pada aku, meraikan mereka yang cemerlang adalah relevan sepanjang masa.
Pada aku-lah.
#MFS .
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bagi pasangan muda dan sudah memiliki anak, pastinya keterujaan untuk menjalankan aktiviti bersama anak sangat tinggi. Jiwa mereka masih muda dan ingin anak mereka turut serta dalam menjalani aktiviti mereka.
Bagi pasangan yang sukakan aktiviti lasak, ramai dilihat membawa anak mereka walaupun masih belum boleh berjalan untuk turut serta. Ada yang berpandangan agar anak-anak mereka didedahkan dengan aktiviti seperti ini sejak awal lagi bagi membiasakan diri dengan aktiviti lasak sedangkan anak kecil itu masih belum mengerti apa-apa lagi.
Terbaharu, selebriti Indonesia Ria Ricis teruk dikecam netizen yang bimbang akan keselamatan anaknya apabila Ria memuatnaik video bermain jetski.
Umum mengetahui, Ria sememangnya mempunya sifat gila-gila dan merupakan penggemar sukan ekstrem. Baru-baru ini, Ria telah memuatnaik video percutiannya bersama keluarga d sekitar Bali.
Turut dilihat, bayi mereka iaitu Moana dibawa ke pantai dan melakukan aktiviti bersama seperti mandi laut dan bermain jetski.
Pada mulanya, Ria memakaikan jaket keselamatan pada Moana tetapi selepas itu, jaket tersebut dibuka dan Moana di dukung oleh suaminya.
Apa yang menjadi pertikaian adalah keselamatan Moana yang masih kecil dan dilihat kurang sesuai melakukan aktiviti itu. Lebih-lebih lagi, pada satu saat, Ria meminta suaminya menekan pedal minyak agar lebih laju untuk melihat reaksi anaknya itu.
Pelbagai reaksi dari netizen dilontarkan menerusi posting ini. Ada yang berpendapat bahawa usia Moana yang masih 5 bulan masih belum sesuai melakukannya.
Teuku Ryan yang dilihat mengendong dengan hanya sebelah tangan sahaja sambil membawa jetski menjadi pertikaian kerana takut anak kecil itu terlepas dari dakapan.
Kepada ibu bapa terutamanya yang masih muda, mungkin anda teruja dan tidak sabar untuk berkongsi kegemaran dengan anak-anak anda namun haruslah dilihat pada kesesuaian umur mereka dan juga haruslah menitikberatkan faktor keselamatan.
Mungkin pada kita terlihat remeh namun satu yang harus anda ingat adalah ‘Malang tidak Berbau’.
Ribut, bumbung rumah terangkat - "Saya terketar-ketar sambil memegang erat cucu." “Saya menggigil sambil mendakap erat cucu,” – Mangsa ribut imbas detik cemas bumbung rumah diterbangkan angin.