Pelakon Ungku Ismail memaklumkan Nad Zainal terpaksa semula kepada alat bantuan pernafasan apabila paru-paru aktres tersebut masih belum kuat untuk berfungsi sendiri.
Ungku yang sempat menziarahi Nad petang Jumaat menjelaskan tahap oksigen aktres tersebut mulai merosot menjelang waktu malam.
“Nad Zainal kena intubate (bantuan pernafasan) semula. Ini adalah kerana paru- parunya masih belum cukup kuat untuk dia bernafas sendiri, walaupun dengan penggunaan high flow oxygen mask di ICU.
“Semalam pukul 3PM saya ziarah, dia sudah sedar daripada sedation (ubat penenang), dia angguk lebih lega dengan intubation sebagai oksigen dia merosot menjelang malam extubate itu,” ujarnya.
Ungku Ismail memaklumkan perkara berkenaan menerusi satu hantaran terbaharu di Instagram Stories miliknya.
Dalam masa sama, Ungku Ismail turut memohon orang ramai agar tidak putus mendoakan kesembuhan ibu kepada dua cahaya mata itu.
“Sahabat semua, peminat, netizen yang prihatin dan menyayangi dia, teruslah titipkan doa agar Allah Sembuhkan paru paru dia jadi kuat dan dapat berfungsi seperti biasa semula.
“Kami pohon Yaa Robbana Keajaiban, agar pulih semula paru parunya seperti sedia kala. Tiada apa yang boleh Mengizinkan penyakit ini kecualiNya, Tiada apa yang boleh menyembuhkan kecuali-Nya,” tambahnya.
Malah, Ungku Ismail juga sempat berkongsi mesej balas dari pengikutnya yang berkongsi pengalaman sendiri seperti yang dilalui oleh Nad ketika ini. Semoga ada keajaiban buat Nad dan kembali sembuh sepenuhnya. Amin..
Terdahulu, Ungku Ismail berkongsi perkembangan Nad dengan memaklumkan dia sudah menunjukkan perkembangan positif apabila tidak lagi bergantung kepada alat bantuan pernafasan.
Sumber : Instagram Ungku Ismail
https://www.youtube.com/watch?v=Yb_zk_ekL2M&t=199s
Jangan Abaikan Jika Anak Naik Gelembung Pada Tangan, Kaki & Mulut. Itu Tanda Terkena HFMD!
Kes kaki, tangan dan mulut (HFMD) mencatatkan peningkatan ketara apabila merekodkan sebanyak 22,463 kes di seluruh negara pada Minggu Epid 17/2022.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu meningkat 12.8 kali ganda berbanding pada minggu sama pada tahun lalu yang mencatatkan 1,752 kes.
“Kes HFMD banyak berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia antara kosong hingga enam tahun iaitu sebanyak 21,508 kes atau 96 peratus.
“Ia diikuti kumpulan umur antara tujuh hingga 12 tahun iaitu 729 kes atau tiga peratus dan selebihnya berlaku dalam lingkungan usia lebih 12 tahun,” katanya dalam kenyataan,5 Mei lalu.
Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini, sebanyak 767 wabak dilaporkan di Malaysia dengan tiga negeri mencatatkan kes wabak tertinggi.
Ayuh ketahui bagaimana ia tersebar dan cara merawatnya.
Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD
Hand-foot-and-mouth-disease atau HFMD, adalah jangkitan virus ringan yang mudah merebak kepada anak kecil, dikenali sebagai virus coxsackie.
Simptom penyakit tangan kaki dan mulut HFMD
HFMD boleh mengakibatkan wujudnya beberapa gejala, seperti:
- Demam
- Sakit tekak
- Berasa tidak sihat
- Gelembung (blister) kemerahan yang menyakit pada lidah, gusi dan bahagian dalam pipi
- Ruam merah tidak gatal tetapi adakalanya melepuh pada tapak tangan dan kaki, serta punggung
- Kerengsaan pada bayi dan kanak-kanak
- Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD turut boleh menyebabkan anak hilang selera makan
Demam merupakan tanda pertama HFMD, kemudian sakit tekak dan kurang selera makan. Selepas 1-2 hari demam, luka menyakitkan akan muncul pada depan mulut atau tekak.
Kemudian ruam akan berkembang pada tangan, kaki serta punggung dalam masa 1 atau 2 hari.
Bagaimana penyakit tangan kaki dan mulut HFMD menular?
Punca HFMD adalah jangkitan virus coxsackie A16. Ia tergolong dalam kumpulan virus yang disebut nonpolio enterovirus.
Pengambilan secara oral adalah sumber utama jangkitan virus dan penyakit HFMD. Individu dengan penyakit ini boleh menularkan jangkitan melalui:
- Rembesan daripada hidung atau cecair tekak
- Air liur
- Cecair daripada lepuh
- Najis
- Titisan air yang disembur ke udara selepas batuk atau bersin
Perkara biasa dalam persekitaran penjagaan kanak-kanak
Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD cenderung terjadi pada kanak-kanak di pusat asuhan kerana kekerapan penukaran lampin dan latihan tandas, serta disebabkan anak kecil sering memasukkan jari ke dalam mulut.
Virus ini boleh berada dalam tubuh selama berminggu-minggu setelah tanda dan simptom hilang. Ini bermakna si kecil masih boleh menjangkiti individu lain.
Sesetengah individu, khususnya dewasa boleh menyebarkan virus tanpa menunjukkan gejala penyakit ini.
Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut & langkah pencegahan
Penyakit tangan kaki dan mulut HFMD adalah virus, jadi pengambilan antibiotik tidak akan membantu.
Perkara berikut dapat membantu membuatkan si kecil lebih selesa:
- Untuk anak 6 bulan ke atas, berikan acetaminophen atau ibuprofen untuk mengurangkan demam, sakit kepala dan sakit tekak. Jangan berikan ibuprofen kepada anak di bawah usia 6 bulan. Baca label untuk mengetahui dos tepat mengikut usia anak
- Untuk anak kurang daripada 6 tahun, jangan berikan ubat selesema daripada farmasi (OTC) tanpa bertanyakan kepada doktor
Jangan berikan aspirin kerana ia boleh mengembangkan sindrom Reye yang boleh menyebabkan kematian
Jika anak berusia lebih 1 tahun, pastikan pengambilan cecair yang mencukupi. Berikan mereka air, susu, jus epal atau aiskrim popsicle. Elakkan jus buah tinggi asid seperti jus oren atau lemon karena ia boleh merengsakan luka dalam mulut
Bagi anak bawah usia setahun, teruskan penyusuan susu ibu atau susu formula
Tawarkan makanan mudah ditelan seperti kentang lenyek, oat atau telur
Rawatan penyakit tangan kaki dan mulut jika anak sakit tekak:
- Bagi anak setahun ke atas, berikan sup, jus epal atau letakkan ½ sudu teh cecair antasid tanpa aspirin di depan mulut selepas makan
- Untuk anak 4 tahun ke atas, berikan lozeng atau semburan tekak tanpa benzocaine yang berbahaya kepada kanak-kanak. Boleh juga bilaskan mulut selepas makan dengan 1 sudu teh cecair antasid tanpa aspirin
- Anak 6 tahun ke atas pula sudah boleh berkumur tanpa menelan, jadi gunakan campuran ¼ sudu teh garam bersama segelas air suam. Kumurkan campuran 2-3 kali sehari, mengikut keperluan. Pastikan mereka meludahkannya selepas berkumur
Langkah mencegah penyakit tangan kaki dan mulut HFMD
Setelah mengetahui cara rawatan penyakit tangan kaki dan mulut dan pastinya anda ingin mengetahui jika ada vaksin yang boleh mencegah HFMD, bukan?
Malangnya, tiada vaksin untuk mencegah HFMD. Virus mudah merebak pada minggu pertama seseorang individu itu jatuh sakit dan kekal di dalam tubuh walaupun selepas sembuh.
Cara mencegah penularan HFMD dengan:
- Mengajar anak untuk tidak menyentuh ruam, elak daripada memasukkan jari dan mainan ke dalam mulut serta tidak menggosok mata
- Sentiasa ingat untuk membasuh tangan dengan sabun dan air selepas menyentuh ruam, pergi ke bilik air sebelum mengendalikan makanan, sebelum makan, serta setelah menukar lampin. Jangan lupa untuk mendidik anak melakukan amalan yang sama
- Ajarkan anak untuk bersin atau batuk ke tisu atau lengan bajunya
- Cuci dan disinfeksi bilik air, mainan dan barang lain yang disentuh anak dengan sabun dan air atau menggunakan pembasmi kuman
- Jangan berkongsi cawan minum, peralatan makanan atau barangan peribadi seperti tuala dan berus gigi
- Elakkan daripada memeluk dan mencium anak yang dijangkiti
Kredit: Hello Doktor
Suka Tanam Pokok Keladi Sebagai Hiasan, Ni Mak-mak Kena Take Note!
Cantiknya pokok keladi pada pandangan mata kita pastinya bila melihat adanya pelbagai warna dan bentuk daunnya yang berbeza-beza.
Tidak terbatas pada satu warna, bahkan memiliki corak-corak tertentu yang memukau.
Jadi tidak hairanlah, pokok keladi ini mempunyai peminatnya yang tersendiri.
Pun begitu, melalui perkongsian di page Public Health Malaysia, ada memberi peringatan agar sesiapa yang memilih pokok keladi sebagai antara pokok hiasan yang di tanam di rumah, ada perkara perlu dibuat untuk pastikan keluarga kita tahu serba sedikit tentang pokok keladi ini.
Nak tahu apakah saranan dan pesanan tersebut, ayuh kita baca seterusnya.
Jika anda memilih pokok keladi (apa jua jenis) sebagai pokok hiasan SANGAT penting untuk memastikan anak anak di didik mengenai bahaya pokok hiasan ini.
Tumbuhan yang sangat mudah dijaga ini sebenarnya mengandungi KALSIUM OXALATE.
Bahan ini jika dilihat dibawah microscope kelihatan seperti jarum kristal yang tajam.
Sebab itu apabila di sentuh atau dimakan, individu akan mengalami gejala seperti di cucuk cucuk sesuatu.
Langkah kecemasan jika alami keracunan akibat pokok keladi
– Jika tertelan, jangan paksa muntahkan
– Jika terkena kulit, basuh segera dengan air (jangan letak minyak atau ubat gigi)
– Jika terkena mata, basuh mata dengan air pili selama 15 minit
– bawa pokok bersama ke jabatan kecemasan.
Sumber : Public Health Malaysia
Biasa Pilih Yang Low Fat Untuk Jaga Badan, Doktor Ni Ingatkan Jangan Terpedaya. Ada Cara Betul & Berkesan Untuk Pecah Lemak!
Umumnya kalau kita hendak menjaga badan untuk nampak langsing dan kurus, bab pengambilan pemakanan memang amat diberi perhatian khusus. Bahkan tidak hairanlah jika membeli produk makanan akan pastinya ianya ‘low fat’ dengan harapan kurang pengambilan lemak di dalam tubuh badan.
Tak mungkin cuba mengambil susu yang jenis full cream sebab bimbang akan banyak lemak di dalam badan dan sebenarnya tahukah anda produk tenusu sama ada full cream atau low fat kedua-duanya ada kebaikan dan fungsinya yang tersendiri. Ini dijelaskan lagi oleh Dr Yazeed Hair Johari berkenaan perbezaan Full Cream dan Low Fat.
FULL CREAM VS LOW FAT
Tadi aku pi grocer , Alang2 tu saja belek susu Low fat ni ..
Ini Adalah Perbandingan Antara Full cream milk dan Low fat milk ..
Kalau korang perhatikan , Kandungan Gula Dalam Low Fat milk ni sebenarnya tinggi !!
Kenapa tak bagus ?
So aku cuma nak ingatkan …
Ini adalah fisiologi badan manusia ..
Untuk pecah lemak , Badan perlu menjalani proses “ Lipolysis “ Iaitu
Lipo – Lemak
Lysis – Pemecahan
So selagi korang ambik gula tinggi ..Maka akan terhasil insulin yang tinggi . So sekiranya insulin tinggi , Maka insulin akan “ Block “ Halang proses lipolisis ..So kalau korang minum low fat milk ni, sampai bila2 pun takkan pecah lemak kerana kandungan yang lebih tinggi macam aku cakap tadi ..
So better ambik full cream / Fresh milk sebab kandungan gula lebih rendah . Abaikan jumlah calori . Tapi kalau ambil full cream, ambil dalam kandungan yang sedikit ..
kalau sebelum ni biasa ambim segelas , Cukup hanya ambil 1/2 gelas ..Still gula lebih rendah berbanding low fat milk. Tu je kita nak share
Jangan terpedaya dengan low fat bagai ni , Tak kira lah susu ke , Butter , yogurt atau apa apa produk low fat lain …
Jadi dekat sini , Kalau nak pecah lemak , Korang bukan berperang dengan lemak ..Tapi musuh utama korang ada lah GULA !
Tapi kalau korang jumpa susu low fat , Low sugar lebih bagus .. Low sugar tu jika kadungan gula kurang dari 2g / 100ml ..
Tapi ada ke ? Kalau ada itu pilihan lebih baik . Low fat . Low Sugar . Ini baru betul
Tapi aku belum pernah jumpa lagi lah ..Anyway …Tak percaya? Tak apa ..
Korang cuba dalam masa sebulan ..
✅ Tinggalkan segala air minuman bergula
✅ Minum air kosong 2-2-.5 litre sehari
✅ Turunkan jumlah nasi biasa korang makan kepada 1/4 ( suku )
✅ bagai mana dengan pemilihan sayuran ?
Korang kena ingat ni ..Sayur sayuran pun ada karbohidrat tinggi . Karbohidrat ini pun adalah sumber gula juga. So korang kena tau, apa jenis sayuran yang lebih baik dan kurang gula. Simple je
SAYURAN KARBOHIDRAT TINGGI ( Tinggi gula )
– Sayuran yang tumbuh di bawah tanah
Contoh – Carrot , Kekacang , Kentang dan lain lain
SAYURAN KARBOHIDRAT RENDAH
– Sayuran yang tumbuh atas / Diluar tanah
Contoh – Sayuran hijau , Kankung , Sawi , Taugeh .
Tak penting ke gula dalam badan ?
Gula pun penting, tapi kena ingat jugak dalam badan kita banyak storage gula .
kalau kau seorang yang normal tanpa diabetis, gula korang akan diambil dan dipecah kan dari dalam badan. Sebab tu utk orang normal tak ada term hypoglycemia ( Darah kurang gula). So korang boleh teruskan makan nasi tapi jumlah 1/4 sahaja . cukup lah nasi tu jadi sumber gula korang .
Yang lain tu nak makan peha ayam goreng pun takpe . Nak makan telur goreng pun takpe .
Cuma kalau kau ambil terlalu banyak makanan yang berminyak , Pecah kan je lemak tu dengan berjalan biasa , 5000-10000 step sehari .3x Seminggu pun takpe ..
Sebab lemak memang mudah dipecah kan jika korang tak ambil gula .. Bila korang tak ambil gula , Maka tak ada lah penghasilan insulin .Bila dah tak ada kenaikan parasinsulin , maka proses lipolisis pecah lemak tadi tak terganggu .
So boleh la korang pecah lemak setiap hari …Macam tu lah konsepnye …Kalau korang daham konsep ni , Korang try lah sebulan .
Setakat sebulan pecah 2-3kilo lemak ..Dah ramai pesakit yang berjaya …
Tapi kalau nak lagi cantik , Pergi gym angkat berat …Tak caya cuba try .. Kompem body macam artis hollywood.
Sumber : Yazeed Hair Johari
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club