Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota semalam tepat jam 10.01 malam.
Berita gembira itu disahkan oleh wakil pengurusan Nabila Razali Entertaiment yang memaklumkan bahawa ibu dan bayi dalam keadaan sihat.
Bayi seberat 3.1kg itu adalah anak sulung Nabila, hasil perkahwinannya dengan suami, Nik Iruwan, 39, yang berlangsung tahun lalu.
Nabila 32 meluahkan rasa syukurnya selepas selamat bersalin.
“Alhamdulillah, ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.
“Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan dan akhirnya Allah kurniakan Amanah ini buat saya dan suami.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan saya serta memberi sokongan tidak berbelah bagi selama ini,” katanya dengan penuh rasa syukur dan terharu.
Peminat dan rakan selebriti turut membanjiri media social miliknya dengan ucapan tahniah dan doa buat keluarga kecil Nabila.
Terdahulu Nabila dan Nik Iruwan melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu.