
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di ibu kota semalam tepat jam 10.01 malam.
Berita gembira itu disahkan oleh wakil pengurusan Nabila Razali Entertaiment yang memaklumkan bahawa ibu dan bayi dalam keadaan sihat.
Bayi seberat 3.1kg itu adalah anak sulung Nabila, hasil perkahwinannya dengan suami, Nik Iruwan, 39, yang berlangsung tahun lalu.
Nabila 32 meluahkan rasa syukurnya selepas selamat bersalin.
“Alhamdulillah, ini adalah hadiah yang paling bermakna dalam hidup saya.
“Setiap detik yang saya lalui untuk mencapai momen ini penuh dengan cabaran dan harapan dan akhirnya Allah kurniakan Amanah ini buat saya dan suami.
“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang sudah mendoakan kesejahteraan saya serta memberi sokongan tidak berbelah bagi selama ini,” katanya dengan penuh rasa syukur dan terharu.
Peminat dan rakan selebriti turut membanjiri media social miliknya dengan ucapan tahniah dan doa buat keluarga kecil Nabila.
Terdahulu Nabila dan Nik Iruwan melangsungkan perkahwinan pada 18 November tahun lalu.
Bayi 4 Bulan Maut, Ibu Kecewa Pengurusan Taska,” Hantar Anak Dalam Keadaan Sihat”

Taska di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat yang dipercayai terbabit dalam kes kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan diarahkan tutup, kelmarin.
Semuanya selepas ibu bayi berkenaan bertindak memuat naik hantaran mengenai keadaan anaknya ketika berada di taska.
Menerusi perkongsian ibunya, Puan Yuni Rahman meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan taksa tersebut yang seolah-olah tidak ambil peduli mengenai kematian tersebut.
Difahamkan bahawa guru di taska telah meninggalkan anak lelakinya berada di dalam bilik dalam tempoh masa yang agak panjang sehingga menyebabkan kesukaran untuk bernafas.
“Pada pagi kejadian, saya hantar Handzalah dalam keadaan sihat ke taska pada pukul 9am. Saya mendapat panggilan dari pengusaha taska pada 3.27pm menyatakan Handzalah dah tidak bernafas. Selebihnya adalah moment yang tiada satu ibu bapa pun sanggup lalui.
“Anak saya tak bernafas cikgu boleh cakap tak tahu. Cikgu pengurus taska boleh ke hulu ke hilir. Tetapi datang lambat, balik awal, jadi siapa yang jaga 25 anak-anak? Dua cikgu jaga 25 anak?
“Cikgu tinggal dalam bilik dan tahu tak berapa lama? Sampai anak saya susah nak bernafas? Sampai terbuang air besar sebab sakit,” tulisnya kepada taska terbabit.
Biarpun perit ditelan namun ibu ini reda dengan pemergian anaknya yang begitu dirindui.
“Buat Khairul Handzalah Sufi, terima kasih sangat-sangat. Walaupun dah tertulis dalam Lauh Mahfuz yang kehidupan awak hanya 4 bulan, awak terima. Awak terima rahim ibu untuk dihuni.
“Awak terima keluarga kami sebagai keluarga dunia akhirat awak. Jujur ibu cakap, pregnancy journey ibu membawa awak sangat perit. Tapi bila awak keluar, Allahuakbar. Mudah sungguh jaga awak,” luah si ibu di media sosial.
Memetik laporan media, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi melaporkan bahawa menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 3.29 petang daripada seorang doktor sebuah klinik.
Bayi tersebut telah dibawa seorang pengasuh taska dalam keadaan pucat kebiruan pada bibir dan kaki, tiada nadi serta nafas selain tiada pergerakan anak mata bila disuluh lampu. Siasatan mendapati bahawa taska berkenaan tidak berlesen dan masih dalam proses permohonan.
Sumber: Instagram & Berita Harian
Jangan Terlalu ‘Manjakan’ Suami , Elak Berharap ‘Submissive Provider’ Dari Isteri

Masalah akan timbul bila seorang suami mengharapkan isteri jadi “submissive provider” – tunduk tapi dalam masa sama menggalas tanggungjawab besar sebagai penyumbang utama ekonomi keluarga.
Tuntutan macam ni bukan sahaja membebankan isteri, tapi boleh menghakis kasih sayang dan keseimbangan dalam rumah tangga. Hubungan yang sihat sepatutnya saling menyokong, bukan berlandaskan harapan tak adil dari satu pihak sahaja.
Sebagaimana perkongsian Ustazah Sharifah Zahidah yang mengulas sebuah posting yang menyentuh mengenai isu mengenai tanggungjawab suami termasuk jangan terlalu memanjakan suami.
Ikuti perkongsian ini untuk kita muhasabah diri dalam membina sebuah keluarga bahagia.
Benar.
Konflik yang sama juga berlaku apabila lelaki mengharapkan “submissive provider” dari watak seorang isteri.
Saya teringat satu hari tu saya “termengadu” depan ibu mertua bahawa husband sangat sibuk bekerja. Sampai pagi raya pertama pun cuma beberapa jam dengan keluarga – kemudian sudah keluar bekerja kerana ada urusan kerja event pagi raya di Istana Negara.
Kita pagi raya kita-kita sesama keluarga saja yang berkocoh kacah. Istana ini – pagi raya kena sub/melibatkan kontraktor luar untuk persiapan. Jadi memang ada sektor tak kritikal yang terpaksa bekerja di pagi raya.
Sebenarnya.
Saya bukan mengadu merungut apa pun. Macam saja sembang-sembang sebab takda topik.
“Itulah mak. Raya pertama pun kerja juga. Tak reti nak rehat dia ni…” Betul-betul saya ingat hanya sembang kosong saja. Tapi bagi mertua saya, lain pula.
Dengan lembut dia balas;
“Biarlah dia, dia lelaki. Itulah tugas dia nak jaga keluarga. Asalkan dia buat benda halal..”
Haha, terdiam saya.
Saya suka bila mertua saya selalu sebut ayat “Dia lelaki, dia lelaki.” Bagi saya, itu satu penghormatan/pandang tinggi terhadap lelaki.
Yang tak betul ialah,
“Dia lelaki. Biasalah tak matang.”
“Dia lelaki. Biasalah miang.”
“Dia lelaki. Biasalah busuk dan pengotor.”
“Dia lelaki. Biasalah malas dan kuat tidur.”
“Dia lelaki. Biasalah main game dan lepak-lepak.”
Salah tu.
Kena ubah dari sekarang ibu-ibu.
“Dia lelaki. Kehebatan dia pada tenaga fizikalnya.”
“Dia lelaki. Kehormatan dia pada melindungi keluarga.”
“Dia lelaki. ALLAH lebihkan mereka dan angkat jadi ketua keluarga.”
“Dia lelaki. Dia tahu bagaimana nak laksanakan tanggungjawab dia selayaknya.”
“Dia lelaki. Dia lebih bijak mengurus dan mengatur perjalanan dan keperluan keluarga.”
Apa yang kita semai dalam diri anak-anak tentang KUALITI JANTINA mereka – sangat banyak mempengaruhi mereka dalam keberhasilan mereka berperanan dalam rumahtangga.
Berbalik kepada perbualan saya dengan mertua. Bagi mertua saya, apa yang saya utarakan made me sound like a non-supportive wife walhal bukan niat saya untuk tidak support/tidak bersetuju dia keluar di pagi raya. Saya okey teramat sangat. Saya kenal dia macam mana. Cuma mungkin saya tak berhati-hati dalam menutur kata ketika itu.
Masa tu jugak saya terfikir dalam hati.
“Patutlah anak-anak lelaki ibu mertua saya lincah buat kerja. Dan sangat bertanggungjawab bab bekerja dan menafkahi. Sejenis memang tak ajar anak lelaki duduk rumah malas-malas relaks-relaks. Setahap ini maknya reda anak bekerja di pagi raya demi keluarga.”
Kalau belanja sudah cukup. Mungkin logik suruh anak berehat. Tapi ibunya juga tahu struggle anak lelakinya yang berbisnes zaman sekarang ini. Maka yang lebih mulia adalah tetap saja bekerja selepas berehat seketika (before Raya dah bercuti/tiada job).
SITUASI YANG SAYA SEBUT INI TAK SESUAI PUN UNTUK SEMUA ORANG.
Husband tu kampong dia kat KL. Yang kampong kat Kedah Perlis apa bagai jangan sibuk tiru idea kerja di pagi raya ni pula ya. Lepas Zohor, dia terus balik rumah. Dah siap kerja. Boleh sambung beraya dan berziarah. Tiada apa yang tragis pun.
Cuma masa tu – bagi saya agak PELIK SEBAB KERJA RAYA PERTAMA? Benda pelik sangat dalam keluarga saya. Tak merungut, cuma pelik/awkward. Tapi selepas dengar apa mertua cakap – terbuka keluasan pandangan saya dalam memahami perkara ini.
“Kerja keras ni ada ke masa dengan keluarga? Dok pulun kerja sampai abai keluarga buat apa?”
Jawapannya, teramatlah ada masa bersama keluarga. Walaupun busy. Walaupun banyak kerja. Saya hampir tak pernah shopping/beli barang sendirian atau pegang steering kereta sebelum ini. Sekarang je dah kena drive sendiri semula sebab tuntutan keadaan juga sudah berubah.
Kadang-kadang bergaduh manja sebab nak suruh dia tu berehat. Sebab? Kasihan tengok dia pulun bekerja dan memerah tenaga. Tapi bila kenang semula. Melihat dia bekerja keras – adalah apa yang membuatkan saya jatuh hati dengannya. Itulah kriteria paling mencairkan jiwa.
Jadi tak perlu paksa atau overthink atau pandang rendah pada tenaga dia. Pandailah dia berehat bila dia penat. Yang perlu, salurkan emosi yang stabil dan penuh kasih sayang untuk memulihkan tenaga mereka. Wanita yang sihat dan stabil emosinya, adalah wanita yang memiliki kecantikan kelas tinggi di mata lelaki sejati.
Melihat lelaki yang menumpahkan keringatnya demi keluarga, kita rasa secure.
Rasa secure yang saya tak pernah rasa sebelum itu kerana sebelum kehadiran dia, sayalah yang perlu bekerja keras untuk segalanya.
Saya yakin.
Sebegitu jugalah lega dan tenang seorang lelaki bila dikurniakan isteri yang stabil dan cantik emosinya.
Jika wanita perlu rasa secured di sisi lelaki. Lelaki perlu rasa nurtured di sisi wanita.
Begitulah. Soal lelaki perkasa VS lelaki manja. Semuanya bermula dari DIDIKAN KELUARGA.
To be specific – semuanya bermula dari “WHAT KIND OF MENTAL ATTITUDE DOES A MOTHER INSTILL IN HER SONS.”
Mentaliti manja dan asyik-asyik kena rehat – maka yang lahir nanti juga lelaki yang manja.
Mentaliti gigih dan TEKUN berusaha – maka yang gigih, tekun dan perkasa jugalah yang akan lahir dari keluarga kita.
Ibu-ibu memang kasihan kalau tengok anak bekerja. Tapi ketahuilah, KITA RASA PENAT tengok lelaki bekerja sebab kita compare dengan tenaga fizikal/kudrat kita yang terbatas.
Kepenatan mereka tak sama macam kita. Tangki kudrat mereka banyak dan powerful. Yang mereka tak sekuat kita adalah dari sudut emosional. Maka dari situ kita perlu SALURKAN TENAGA EMOSI kita yang cantik dan sihat kepada mereka agar mereka terdorong cemerlang dan gembira dalam pekerjaan/peranan mereka. Bukan tenaga fizikal yang mereka perlu dari kita. Tapi, sentuhan/tenaga emosional.
Begitu juga lelaki.
Mereka tak perlu sangat bagi tenaga emosi mereka yang terhad pada wanita. MERINGANKAN TUGASAN FIZIKAL SEORANG ISTERI itu sendiri adalah DITAFSIRKAN SEBAGAI BANTUAN/SOKONGAN EMOSI kepada wanita.
Sebab itu ramai wanita ANGGAP MASALAH BESAR bila suami tak bantu house chore dan jaga anak-anak yang melibatkan kudrat. Sebab KETERBATASAN TENAGA FIZIKAL adalah isu besar untuk wanita.
Sebab itu, mandikan anak, bersihkan najis (kena dukung2 anak – pressure on rahim dan back pain utk anak setahun atau 2 tahun ke atas) angkat kain semua tu LEBIH DIHARAPKAN isteri berbanding bangun tengah malam susukan anak, tukar pampers etc.
Bangun malam pula kerja lebih pada emosi. Jadi normal kalau isteri bangun dan suami tidur mati.
Bukan suami tu tak guna atau tiada empathy. Cuma, nak kejut dia tu kena ada extra effort sebab EMOSI dia tak sesensitif emosi ibu.
Ibu ni, anak dah tidur nyenyak pun dia terbangun-bangun nak cek anak ok ke tak. Bapaknya, anak menangis pun dia boleh terlelap. Nak tidurkan anak, dia yang tertidur dulu. Kita geram je tengok kan? Tapi sekarang kita akan lebih faham inshaALLAH.
Jangan dimarahi. Dia bukan jahat begitu.
Cuma, nature dia begitu. Ada sesetengah perkara easier done by women. Ada yang easier done by men. Ada yang tahap harmoninya lebih dari biasa maka semuanya dia boleh berbahagi tugas dengan cara lebih luar biasa. Pandai-pandai adjust antara kita dan pasangan.
Ingat, SETIAP RUMAHTANGGA DAN SETIAP PENDIRI RUMAHTANGGA ITU UNIK. Apa yang saya tulis sekadar coretan ringkas gabungan pembacaan, pembelajaran dan kes-kes client yang saya uruskan. Bukan final. Pandai-pandailah ambil dan sesuaikan. Tak perlu terima bulat-bulat.
Begitulah sembang santai tentang tenaga lelaki dan wanita.
Lelaki. Stop expecting a submissive provider.
Wanita. Stop expecting a feminine and passive provider.
A provider is MASCULINE.
A provider is ACTIVE AND DECISIVE.
They dont get along with the idea of being BOTH a provider and feminine or passive.
Allahualam.
Sumber: Sharifah Zahidah
Bapa Bayi Dibeku Dakwa Difitnah, Tampil Bersuara Tegakkan Keadilan!

Bapa kepada bayi yang dibekukan jenazahnya, Safwan Roshdy meluahkan rasa pilunya selepas apa yang menimpanya bayi dan dirinya sekeluarga.
Akui Safwan lagi, dia sudah pun memberikan penjelasan kepada pihak hospital namun mereka tetap berkeras menahan isteri dan mayat bayinya atas alas an bil perubatan belum dibayar.
Menerusi satu temubual di kediaman Peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, bapa ini meluahkan rasa hatinya.
“Apa salah aku, apa dosa anak aku. Aku tahu anak aku tidak sempurna tapi kenapa kau buat aku sampai macam ni?
“Pada pendapat saya jika isteri saya ditahan di hospital pun, cukuplah lepaskan anak saya untuk dikebumikan. Tapi tidak, mereka tetap tahan isteri dan anak saya,” katanya sayu.
Apa yang lebih menyedihkan bila mana pihak hospital didakwa membuat kenyataan fitnah terhadap dirinya dan isteri.
Peguam mewakili Safwan, Ahmad Zaharil menyatakan pihaknya mengenal pasti beberapa pemilik akaun media social yang menyebarkan fitnah terhadap anak guamnya, termasuk dakwaan bahawa Safwan tidak berkahwin.
Ahmad Zahiril melakukan semakan status perkahwinan anak guamnya melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islan Perlis (Jaips) yang mengesahkan kesahihan siji tersebut.
Terdahulu, bayi Muhammad Adham yang dilahirkan tidak sempurna dibekukan oleh pihak hospital kerana ibu bapanya tidak mampu menjelaskan kos kelahiran di sebuah hospital swasta.