Nabila Razali masih bekerja, tak boleh duduk diam, berdebar bersalin anak pertama. Dalam keterujaan menantikan kelahiran anak sulung pada Januari depan, penyanyi dan pelakon Nabila Razali mengakui gementar untuk melalui proses bersalin.
Nabila Razali Masih Bekerja
Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali masih aktif bekerja meski usia kandungann sudah mencecah sembilan bulan. Wanita berusia 32 tahun itu banyak bertanya tentang pengalaman wanita lain yang pernah melalui proses tersebut sebelum ini.
“Kini saya hanya menunggu minggu untuk melahirkan anak pertama yang dijangka pada Januari depan.
Tak Boleh Duduk Diam, Berdebar Bersalin Anak Pertama
“Ya rasa gemuruh, saya sudah tanya ramai orang mengenai pengalaman bersalin termasuk Bella Astillah.
“Sekarang alhamdulillah masih diberi tenaga bekerja. Mengikut perancangan, saya sepatutnya dah berehat dari kerjaya seni bulan lalu tetapi disebabkan saya seorang yang tak boleh duduk diam, saya memilih untuk terus bekerja,” katanya.
Dalam masa sama, dia bersyukur kerana dikurniakan seorang suami, Nik Iruwan Nik Izani yang sangat menyokong dirinya terutama dalam tempoh kehamilan cahaya mata sulung mereka.
“Suami okey dengan keputusan saya untuk aktif bekerja cuma dia pesan jaga diri elok-elok dan jangan terlalu bekerja keras takut penat.
“Rezeki saya juga memiliki seorang suami yang sangat memahami dan menyokong.
“Cuma setakat tempoh kehamilan, semuanya berjalan dengan baik dan minta semua dapat doakan agar urusan bersalin nanti dipermudahkan,” katanya lagi.
Berkongsi tentang persiapan barangan bayi, Nabila mengakui perkara itu mula dilakukan sejak minggu lalu kerana jadual kerja yang padat sebelum ini.
“Persiapan barang bayi saya mula lakukan sejak minggu lepas. Dalam sibuk bekerja, sempat juga saya curi masa untuk beli beberapa keperluan seperti kereta sorong dan sebagainya.
Ads
“Ramai juga nasihatkan saya termasuk ahli keluarga agar berpada-pada dalam berbelanja sebab lihat terlalu galak membeli macam-macam barang,” ujarnya yang dijangka bercuti selama dua bulan untuk berpantang selepas bersalin sebelum kembali mula bekerja pada Ramadan tahun depan.
Nabila hadir ketika majlis pelancaran single terbaharunya bersama Bella berjudul CACACA di sini, semalam.
Berkongsi tentang lagu CACACA, Nabila teruja dapat bergandingan dengan Bella untuk menyanyikan sebuah lagu yang sarat dengan elemen nasihat dan ‘self love’.
“Lirik dan mesej dalam CACACA sangat positif dan mahu lari dari lagu-lagu lain sekarang ini yang banyak mengandungi lirik berbaur negatif.
“Harap peminat dapat menerima CACACA sebab ramai sudah menanti untuk saya muncul kembali dengan elemen pop selepas tampil dengan karya galau sahaja sebelum ini,” kongsinya.
Awal Oktober lalu, Nabila memaklumkan dirinya sedang hamil dan dijangka bakal bersalin pada awal tahun hadapan sebelum mengumumkan jantina bayinya iaitu lelaki pada November lalu.
Nabila dan Nik Iruwan sah bergelar suami isteri dalam sebuah majlis di Bukit Tinggi, Pahang pada 18 November 2023.
Benarlah orang kata, anak perempuan lebih rapat dengan si ayah. Lihat saja Awal ashaari dan anaknya Lara Alana. Tidak ketinggalan juga Aeril Zafrel dan anaknya,Hayla Maghfirahtul Adzkiyaa atau lebih mesra dengan panggilan Hayla.
Terbaru dalam perkongsiannya di instagram, suami kesayangan Wawa Zainal ini ada memuat naik nukilan istimewa sempena hari kelahiran anak perempuannya itu.
Bismillah… Ditulis catatan untuk masa depan ini buatmu sang puteri cinta hati ayah : HAYLA ADZKIYA di hari ulang tahun kelahiran yang ke-6.
Saat datangnya kamu dalam hidup ayah dan mama di sisi abang Attar lebih menyempurnakan hari-hari kebahagiaan kami. Ayah bulatkan hati dan nekad mahu jadikan keluarga kita ‘Syurga Kecil’ di dunia yang tak kekal ini.
Sebagai ketua keluarga, Aeril mengakui cuba menjadi suami dan ayah yang baik untuk keluarga mereka.
Semoga semuanya jadi kenang-kenangan indah yang mengindahkan perjalanan hidup Hayla sampai bilapun. Sekurangnya, menjadi bukti dan saksi yang ayah mencuba menjadi seorang walid terbaik dalam membawa amanah Tuhan sebagai ketua dalam keluarga kita ini.
Tegas Aeril lagi, demi keselamatan dan tanggungjawab sebagai seorang ayah, dia juga akan lebih bersifat tegas kepada anak perempuannya itu.
Ayah mohon maaf seawalnya, jika selepas ini hingga Hayla berusia REMAJA ; ayah akan sedikit tegas dalam menjaga dan menuntun Hayla. Segalanya demi kasih sayang murni ayah dan ‘bekalan’ pada Hayla, meraih kejayaan dan keselamatan dunia akhirat. insyaALLAH.
Kerna ayah mengerti, selepas usia remaja, masa untuk Hayla selalu bersama ayah dan mama akan makin berkurangan. Ayah redha semua itu nanti, tapi yang ayah bimbang dan TIDAK REDHA jika Hayla kelak ‘tertipu’ dengan permainan dunia dan ‘dipanggang’ dengan jilatan api neraka (Na’uzubillah).
Jadi, ke mana pun Hayla pergi nanti, ayah mahu Hayla bawa dan jaga ‘hak’ ALLAH sebaiknya. Mahu berbuat apa pun, selalu bayangkan ayah dan mama – jangan pecahkan hati dan perasaan kami. insyaALLAH selamanya Hayla kan ‘ terjaga’ dan dicucuri rahmat kejayaan.
Dalam masa yang sama, Aeril juga berharap anaknya itu suatu hari nanti menjadi anak yang solehah biarpun dia sudah tiada di sisi anaknya itu.
Nanti ayah akan sambung catatan ini lagi…dan ayah yakin satu hari nanti Hayla akan membaca dan mengerti pesanan ini. Mungkin waktu itu ayah sudah tiada lagi tapi tolong buatkan ayah ‘bangga’ di hadapan Tuhan, punya anak solehah seperti Hayla.
Demi ALLAH, ayahlah lelaki pertama yang sayang dan cinta seluhurnya kepadamu duhai puteriku. Selamat ulangtahun ke-6 sayang … Hayla Adzkiya!
Siapa yang tidak kenal dengan penyanyi, Datuk Wan Aishah Wan Ariffin yang membuat pendedahan bahawa sibuk dengan pelbagai urusan. Malah penyanyi bersuara merdu, Aishah turut berkongsi menerusi Instagram nya.
BERAT BADAN SUSUT
Muat naik entrinya dia menjelaskan akibat sibuk menyebabkan berat badannya menjadi susut. Katanya dalam nada gurauan boleh turun berat badan kerana sibuk dengan persiapan perjalanan untuk majlis hari raya, makan malam dan juga menemani rakan sekolahnya mencari doorgift untuk majlis perkahwinan anak rakannya itu.
“Crazy couple of days,macam lipas kudung dua tiga hari ni.Persiapan nak travel utk majlis hari raya dan makan malam.Sambil2 tu kena mencari barang utk doorgift wedding anak teman sekolah.Waaaah boleh kurus lagi macam ni.”
Dia juga sempat memohon maaf jika ada yang cuba menghubungi dan memberi respon apabila mempunyai kelapangan masa.
“Sesiapa yg cuba contact I utk.apa2 hal please bear with me,I akan respond bila ada kelapangan ok. Doakan I sihat dan fokus ye dlm.perjalanan.”
Rasanya sudah berbuih mulut menegur anak-anak malah banyak kali juga terpaksa menjerit bila kita terlihat mainan yang bersepah-sepah di lantai selepas mereka bermain. Namun seakan anak-anak ini tidak ambil pusing amarah kita dan akhirnya kita jugalah yang terpaksa ‘bekerja’ kutip dan susun kembali agar terlihat kemas. Kalau dibiarkan sakit mata pula kita melihatnya.
Tapi sampai bila kita harus buat perkara yang sama? Apa agaknya tip yang berkesan untuk pastikan masalah ini tidak berulang lagi.
Jom praktis apa yang Cikgu Safra ini lakukan untuk anak-anaknya dirumah. Ternyata usahanya itu berjaya! Jom semak.
Kemas ➡ Sepah ➡ Kemas ➡ Sepah. Mesti ramai ibu-ibu lalui pengalaman ‘Menarik’ macam ni kan… Pagi ni Ticer Safra nak kongsi:
7 CARA BUAT ANAK KEMAS SEMULA MAINAN SELEPAS MAIN
1) Pamerkan mainannya
Susun cara penyimpanan mainan dengan mempamerkan mainan-mainan tersebut. Anak pasti akan rasa teruja melihat susunan mainannya seperti di kedai mainan.
2) Label
Anda boleh memudahkan tugasan anak-anak menyimpan mainan dengan melabelkan mainan mereka dengan warna, nama atau nombor. Ini memudahkan mereka meletakkan mainan mereka di tempat yang disediakan.
3) Mudah capai
Pastikan tempat simpan mainan anak-anak disusun mengikut ketinggian anak. Ini memudahkan anak mengambil dan menyimpannya semula.
4) Kotak/bekas jernih
Anda juga boleh menyimpan mainan anak-anak di dalam kotak atau bekas yang jernih. Ini memudahkan anak melihat apa yang ada di dalam kotak mainan.
(Ticer Safra belasah je storage jernih ataupun tidak tepi setiap storage pastikan ada label .)
5) Ruang mesti ada
Apabila anda menambah mainan anak, pastikan mainan tersebut ada ruang penyimpanannya.
6) Simpan bersama-sama
Sebagai permulaan, anda boleh membantu anak menyimpan mainan mereka di tempatnya secara bersama-sama. Teknik ini membantu anak untuk faham arahan yang diberi.
(Ticer memang apply tips ni dan alhamdulillah it’s work . Bagus anda mulakan dari awal daripada hari-hari meroyan anak dah besar tapi masih tinggalkan tuala basah di katil selepas mandi)
7) Motivasi
Anak-anak memerlukan motivasi supaya sentiasa fokus terutama pada aktiviti atau peraturan baru yang diperkenalkan. Berikan mereka pujian apabila mereka mengemas permainan.
Semoga bermanfaat
Sumber: Monalisa Harun Chong
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, kasih ayah sepanjang masa inilah yang membuatkan anak-anak manja dengan ayahnya. Tidak kira lelaki atau perempuan, mesti ada yang 'melekat' aje...