
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 23 Disember yang lalu buat pertama kalinya berkongsi gambar sekeluarga bersama buah hati mereka.
Menerusi Instagramnya, Nabila memuat naik beberapa keping gambarnya bersama suami sambil mengendong buah hati tersayang.
“Alhamdulillah. Dengan kasih sayang dan kesyukuran, kami meraikan nikmat yang berharga ini,” tulisnya di kapsyen.
Nabila yang tampil dengan baju sedondon berwarna biru gelap bersama suami kelihatan cukup manis dan ceria.
Penyanyi yang kini sudah pun bergelar ibu ini juga turut mengabadikan kenangan bersama bayi lelaki mereka dalam beberapa momen indah sebagai kenangan.
Perkongsian Nabila itu turut mendapat pujian serta ucapan tahniah dari peminatnya.
Terdahulu, Nabila selamat melahirkan bayi sulungnya pada 23 Disember yang lalu, seberat 3.1kg
Mula Berhenti Berjimat, Rupanya Ini Cara Suami Isteri Lakukan!

Ramai orang fikir bila bercakap soal kewangan, kuncinya adalah berjimat seumur hidup. Hakikatnya, hidup ini bukan sekadar mengikat perut dan menahan keinginan sampai kita penat. Apa gunanya bekerja keras jika akhirnya kita lupa untuk menikmati hidup?
Perkongsian perunding kewangan ini, Puan Marlia Ramli ini membuka mata bahawa perancangan kewangan yang bijak bukan tentang berjimat sepanjang masa, tetapi tentang menangguhkan kepuasan sementara hingga kita mampu mencipta kehidupan yang kita impikan.
Bayangkan pada usia tertentu, anda berhenti berjimat dan mula hidup dengan penuh kesyukuran. Anda boleh memandu kereta impian, memiliki rumah idaman, melancong tanpa rasa bersalah, dan menggembirakan insan tersayang. Bukankah itu yang kita semua mahukan?
BERHENTI BERJIMAT.
Dalam hidup, jom kita letak maksimum usia bila nak mula menikmati hidup?
Sebagai contoh, akak dan suami sendiri jimat dan ikat perut sejak usia 22 tahun hingga usia 35 tahun sahaja.
Selepas tu? Kami dah mula nikmati hidup. Tak de maknanya kami nak berjimat selamanya. Kami juga manusia biasa. Nak pandu kereta apa? Beli. Nak miliki rumah impian yang bagaimana?
Dapatkan. Antara rumah impian kami adalah unit berdepan pantai dan unit di segitiga emas KLCC. Done unlock dah lama.
Sekarang road ke unit banglo 6 bilik with pool. Kami declare impian kami. Kami bagitau semua orang. Kami mahu pastikan mesti capai di tahun 2025.
Malas masak dan kemas rumah? Helper ada. Call grab.
Nak makan di tempat yang bagaimana? Pegi.
Nak bercuti berapa kerap setiap tahun? Buat.
Nak bahagia dan tunaikan impian orang yang kita sayang? Tunaikan.
Nak bersedekah, berbuat kebaikan sebanyak mana? Jangan bertangguh.
Dah tak de mood nak masuk office? Pencen makan gaji. Sejak usia 39 tahun kami suami isteri tak kerja rutin pejabat.
Nak pakai i-phone promax? Beli dua tiga sekaligus. Guna sepenuhnya.
Play hard, work harder. Kerja kuat, dah berjaya nikmati bersama pasangan.
Mengikat perut selamanya adalah memenatkan. Cara paling mudah adalah tingkatkan income hingga walau hanya guna 50% daripada pendapatan kita masih kekal selesa.
Kita bukan hamba di planet bumi. Bukan hamba anak-anak. Nak ikat perut selamanya hingga diri dan pasangan tak memiliki nikmat hidup adalah melelahkan. #apeni?
Menjaga kewangan bukan tentang berjimat selamanya. Tapi tentang menangguhkan keinginan 10 hingga 15 tahun awal hingga mampu reward hasilnya tanpa jatuh miskin (dengan izin Allah).
Hari ini, letak matlamat. Berapa usia kita nak mula BERHENTI BERJIMAT tapi masih mampu menabung cash dan emas minima 50% daripada pendapatan?
Akak ulang ya… Menguruskan wang bukan bermakna berjimat selamanya. Tetapi delayed gratification hingga tahap nak miskin susah.
Kemudian? Reward diri, bahagiakan orang tersayang, banyakkan saham akhirat dan nikmatilah hidup.
Dan untuk mula uruskan kewangan :
✅ jangan beri alasan.
✅ rendahkan diri.
✅ tukar circle. Belajar.
✅ ubah mindset.
✅ upgrade percakapan.
✅ tingkatkan mutu bahan bacaan.
Jelas bahawa apa yang disampaikan oleh Puan Marlia itu bahawa hidup ini singkat. Jangan tunggu sehingga badan lemah dan usia terlalu lanjut baru mahu menikmati hidup. Mula letak matlamat kewangan anda sekarang.
Tak salah berjimat, tapi pastikan ia berbaloi. Ikat perut untuk 10 hingga 15 tahun awal, tapi selepas itu buka ruang untuk reward diri dan keluarga.
Kita bukan hamba duit. Kita pemimpin dalam hidup kita sendiri. Berhenti berjimat selamanya, dan mula cipta kehidupan yang seimbang bahagia di dunia, sejahtera di akhirat. Ingat, pengurusan kewangan yang bijak bukan sekadar mengira simpanan, tetapi mengatur impian. Dah sedia untuk unlock kehidupan impian anda? Mula sekarang!
Sumber: Marlia Ramli
Anak Ridzuan Ridzokumura Hiba, Setiap Hari Menangis Rindukan Arwah Ibu

Hati mana yang tidak meruntun jiwa apabila kehilangan insan yang dikasihi pergi secara mendadak. Begitulah yang dirasai kini buat usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura, berkongsi bahawa emosi anaknya, Sky Taizo Okumura, 13, masih belum stabil selepas kehilangan ibu tercinta, Akiko Okumura, pada Jumaat lalu.
Menurut Ridzuan, atau nama sebenarnya Abdul Ridzuan Abdul Mutalib, 50, anak tunggalnya itu masih sering menangis setiap kali terkenangkan ibunya.
“Sky baru masuk 13 tahun dia sangat-sangat terasa setiap mlm menangis cari Arwah mak dia ya Allah kau kuat kan lah semangat sky dan saya Amin…”
“Setiap hari Sky menangis sekejap ok, sekejap ingat mummy menangis lagi. Ya ALLAH, kuatnya dugaan hidup ini,” kongsi Ridzuan menerusi akaun media sosialnya.
Dalam pada itu, Ridzuan beranggapan pemergian isterinya secara mendadak membuatkan dirinya sebagai burung kehilangan sebelah sayap.
“Abang terasa seperti burung yang kehilangan sebelah sayap. Insya-ALLAH abang cuba kuatkan semangat untuk Sky. Doakan kami sekeluarga. Terima kasih,” katanya beserta video sedang memeluk Sky.
Dalam pada itu, menerusi sesi siaran langsung di TikTok pada pagi Ahad, Ridzuan mendedahkan bahawa Sky masih dalam proses menerima hakikat pemergian ibunya.
“Lepas itu bila bangun tidur, Sky akan cari mak dia. Kemudian dia akan sedih balik.
“Sky kata kenapa Tuhan ambil mak dia masa umur dia 13 tahun,” ujar Ridzuan.
“Sky bila dengan orang yang dia rapat, dia akan menangis, sedih. Sedih sebab teringat mak dia.
Untuk rekod, Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun. Isteri kepada Ridzuan iaitu Akiko Okumura telah meninggal dunia pada 28 Februari 2025.
Sumber: ridzokumura
Guru Luah Rasa Bimbang, Kafa Dikatakan Membebankan Anak

Benarkah kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) membebankan murid? Ini luahan segelintir ibu bapa yang meluahkan rasa prihatin mereka pada anak-anak setiap hari. Bimbang anak kepenatan dengan jadual persekolahan pagi dan petang.
Walhal inilah satu-satunya jalan ilmu bagi anak-anak kecil kita memahami agama Islam dan memperkukuhkan akidah anak. Tambah pula kita sebagai ibu bapa kurang ilmu untuk memperkuatkan anak-anak dengan ajaran ilmu agama ini di rumah.
Seorang gula meluahkan rasa kesalnya dengan rungutan ibu bapa malah khairan dengan segelintir ibu bapa yang mendakwa Kafa tidak relevan dan memberi tekanan kepada anak-anak.

“Kafa dah wujud bertahun-tahun, bukan dua, tiga tahun. Kenapa sekarang ada yang kata tempat ni memberi stress?
“Ada yang kata, tak perlu masuk Kafa lagi, mereka masih kanak-kanak. Biarkan mereka berseronok. Biarkan mereka bermain.
“Kalau kerajaan rasa Kafa ini tak bagus atau tak perlu, mungkin dari dulu lagi dah tak wujud atau tak relevan,” katanya lagi.
Kafa, tambah ilmu dan memori indah buat wargamaya.
Tambahnya lagi, biarpun sarat dengan ilmu namun memori bersama kawan-kawan ketika mengikuti kelas Kafa meninggalkan kesan yang mendalam buat anak-anak dan ini diakui sendiri oleh wargamaya.
“Kafa cuma tempat di mana anak-anak boleh menambah ilmu. Mereka tidak akan hilang zaman kanak-kanak kalau masuk Kafa.
“Penat? Itu biasa. Bermain pun penat. Cuma pastikan mereka dapat rehat yang secukupnya. Insyallah mereka okay.
“Mereka tetap kanak-kanak tak kira apa kelas yang mereka sertai. Kalau rasa anak tak suka dengan kelas tersebut, cuba cari kelas lain,” katanya lagi.
Hal ini turut disokong oleh wargamaya yang turut mengakui Kafa sebagai tempat yang penat dengan aktiviti tetapi meninggalkan pelbagai memori bersama rakan-rakan.