
Siapa sahaja yang tak mengenali penyanyi dan pelakon yang manis bertudung, Nabila Razali. Meskipun sering mendapat komen tentang vokalnya, namun tidak memutuskan semangat pelantun lagu ‘Peluang Kedua’ itu.
Baru-baru ini, tular video di laman Tiktok di mana dirinya sedang membuat ‘house tour’ rumahnya sambil menjawab soalan yang diajukan.
Menerusi video yang tular tersebut, terserlah kecantikan beberapa ruangan rumah Nabila yang berkonsepkan minimalist dan berwarna putih seperti ruang tamu, dapur, tandas dan sekitar tingkat dua rumahnya.
Watch on TikTok
Watch on TikTok
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa teruja dan memuji keindahan rumah penyanyi itu.
Sumber : Tiktok @sayabukandahlia
https://youtu.be/dUpt50y0xaQ
“Tak Sedarkan Diri, Tak Bergerak Macam Sleeping Beauty & Kamilah Orang-orang Kerdil Tu!” Doktor Ni Kongsi Kisahnya.

Khidmat dan bakti yang dicurahkan oleh doktor dan jururawat dalam menjaga ahli keluarga kita yang sedang sakit ketika berada di dalam wad memang besar pengorbanannya. Keikhlasan hati mereka dalam memberikan khidmat terbaik kepada semua pesakitnya, jika dilihat sama kasih sayang dan layanannya seperti menjaga ahli keluarga sendiri.
Bersempena Hari Jururawat yang disambut semalam (12 Mei), Doktor ini telah berkongsi satu kisah yang cukup menyentuh hati tentang hubungan kasih sayang antara jururawat di hospital tempatnya bertugas dengan anak kecil yang dinamakan Dewi Yusra.
Ayuh kita baca perkongsian penuh daripadanya agar dapat memberi kesan yang lebih baik untuk kita semua dalam menghargai jasa untuk setiap orang yang ada disekeliling kita lebih-lebih lagi kepada jururawat dan doktor yang banyak berjasa.
Di hospital dulu, antara pesakit yang paling lama kami pernah jaga adalah seorang bayi perempuan bernama Yusra.
Sejak lahir, sehingga umurnya setahun lebih, bayi ini berada dalam NICU kerana kondisinya yang memerlukan bantuan mesin ventilator untuk bernafas. Tugas saya ketika itu adalah untuk menjaga luka lubang ventilasi di kerongkongnya dan di kepala.
Dewi sentiasa dalam keadaan tidak sedarkan diri. Tak bergerak. Macam sleeping beauty yang sedang tidur. Menanti putera yang tak kunjung tiba, sambil ditemani orang kerdil yang menjaganya tidur.
Kamilah orang-orang kerdil tu. Para doktor dan jururawat.
Ahli keluarga bayi ni pada mulanya kerap datang melawat, namun semakin hari bertambah, semakin jarang, dan sampai satu tahap, hanya datang bila dipanggil oleh pihak hospital.
Maka, tanggungjawab menjaganya jatuh dibahu para jururawat. Jururawatlah yang beri susu melalui tiub di hidungnya. Jururawat yang membersihkan najisnya.
Malah, nama Yusra itu pun mereka yang beri.
Ia nama timangan yang diberi oleh jururawat NICU kepada bayi itu memandangkan tiada nama rasmi yang didaftar untuk bayi ni oleh ahli keluarga. Kerana ni nama timanganlah saya berani gunakan nama ini.
Rutin saya adalah untuk melawat Yusra setiap 2-3 tiga hari sekali untuk menukar balutan luka. Kerap juga ketika saya bertandang ke bilik Yusra, terlihat jururawat sedang bercakap-cakap dengan Yusra. Ada masanya menyanyi untuknya.
“Yusra, birthday Yusra hari ni tau. Bila Yusra nak OK?”
Itu antara dialog yang saya dengar pada salah satu lawatan saya ke NICU. Nadanya tak ubah seperti yang biasanya diucap oleh seorang ibu kepada anaknya yang sakit. Tangannya pula sedang sibuk menukar lampin Yusra.
Di bingkai katil, kelihatan tertampal kad sambutan hari lahir. Buatan tangan dan dipenuhi ucapan hari lahir para jururawat dan petugas NICU yang lain. Syahdu pula lihat situasi tu.
Berbahagi kasih
Menjaga bayi di NICU adalah tugas para jururawat, namun memberi nama yang indah-indah adalah sesuatu yang peribadi, sesuatu yang intim, sesuatu yang insani, yang hanya berlaku jika ada kasih dan sayang di dalam hati.
Sambutan hari lahir Yusra juga bukti Yusra bukan cuma seorang pesakit di NICU pada para jururawat, tetapi seorang kanak-kanak yang selayaknya dirai walaupun sejak lahir hingga umurnya mencecah 365 hari, dia hanya berbaring di dalam katil di NICU.
Seingat saya juga ada mereka belikan baju raya buat Yusra. Warna kuning jika tak silap. Yusra kena pakai pakaian hospital, jadi mereka bentang baju itu diatas dadanya. Seolah-olah Yusra memakainya.
Pulang Bertemu Kekasih Abadi…..
Setelah menumpang kasih selama setahun lebih di NICU, akhirnya tiba masa untuk dia pulang. Kami bersedih, malah pegawai dari jabatan kebajikan sosial perubatan mengalirkan air mata. Yusra pulang menemui kekasih abadi, penciptanya.
Saya harap Yusra menanti ibu-ibunya di pintu syurga dengan senyuman. Itu sahaja yang mampu saya doakan buat para jururawat yang menjadi ibu buat Yusra sepanjang hayatnya di dunia ni.
Terima kasih juga buat semua jururawat yang akan, sedang, dan telah berbakti dengan penuh dedikasi kepada masyarakat. Selagi mana kalian bertugas dengan kasih sayang, selagi itu kami semua akan doakan kebaikan buat kalian.
Salam Ramadan. Selamat Hari Jururawat. Selamat Hari Ibu. Moga diberkati sentiasa olehNya.
sumber : Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
“Anak Meraung & Halang Untuk Ambil Ibunya. Itu Detik Yang Menyayat Hati” Frontliners Ni Kongsi Pengalaman Jemput Pesakit Covid-19 Di Rumah!

Tidak dinafikan kebiasaannya anak-anak yang masih kecil memang sangat rapat dengan ibunya, bagai tidak boleh dipisahkan. Kemana sahaja ibunya berada, di situlah anak ini akan ada di sisi. Ini kerana hubungan yang istimewa ini telah terbina sejak anak berada di dalam kandungan lagi. Jadi tidak hairanlah anak ini akan ‘berkepit’ sahaja dengan ibunya.
Namun andai dipisahkan tentu sahaja anak ini akan sedih, menangis dan meraung. Apatah lagi bila melihat ibunya terpaksa dipisahkan dan dibawa pergi dengan menaiki ambulans akibat positif Covid-19.
Berdepan dengan senario memilukan itu, Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya (HPj), Ahmad Azim Afifi Sharupuddin dan pemandu ambulans di Jabatan Kecemasan HPj, Muhammad Faris Adnan berkongsi pengalaman di Harian Metro.
“Anak kecil menangis dan menghalang untuk mengambil ibunya antara kenangan yang menyayat hati saya pernah lalui semasa mengendalikan pesakit Covid-19 kritikal,” kata Penolong Pegawai Perubatan, Jabatan Kecemasan Hospital Putrajaya (HPj), Ahmad Azim Afifi Sharupuddin mengenai pengalamannya menjadi orang pertama yang menjemput pesakit Covid-19 sebelum dihantar ke pusat kuarantin.
Menceritakan pengalamannya itu, Ahmad Azim berkata, apa yang lebih memilukan, kejadian itu berlaku pada Hari Raya pertama Aidilfitri.
“Kejadian ini berlaku di kawasan Salak Tinggi, Sepang. Ayah dan ibu (anak itu) positif, manakala tiga lagi anaknya masih dalam pemantauan.
“Ketika saya tiba di rumah terbabit, wanita berkenaan berada di atas katil di dalam biliknya dengan keadaan tidak bermaya.
“Disebabkan kesihatan wanita terbabit yang semakin teruk, kita terpaksa mengambil keputusan untuk membawanya ke wad kecemasan,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mohd Azim berkata, pada ketika itu, anak-anak wanita berkenaan mulai menangis sambil memanggil ibunya serta menghalang petugas kesihatan membawa wanita itu ke hospital.
“Bagaimanapun, situasi itu dapat dikawal selepas ayah kanak-kanak berkenaan menenangkan keadaan. Ayahnya yang positif itu masih menjalani kuarantin di rumah serta menunggu panggilan daripada pihak hospital untuk dibawa ke pusat kuarantin,” katanya.

Bagi rakannya, pemandu ambulans di Jabatan Kecemasan HPj, Muhammad Faris Adnan berkata, walaupun penularan Covid-19 sudah setahun, namun perasaan sedih setiap kali mengambil pesakit itu sama seperti pertama kali.
Menurutnya, perasaan sedih itu tidak dapat digambarkan terutamanya apabila melihat pesakit terpaksa berpisah dengan ahli keluarga masing-masing.
Muhammad Faris berkata, kebanyakan pesakit yang menjangkiti virus berkenaan adalah warga emas serta ibu bapa yang masih mempunyai anak kecil.
“Kebanyakan kes membabitkan warga emas, suami dijangkiti, manakala isterinya pula tidak (dijangkiti). Apabila dah biasa duduk bersama, sudah pasti rasa kehilangan bila salah seorang tiada di sisi.
“Disebabkan, suaminya dijangkiti Covid-19 dan mempunyai masalah jantung, kita tiada pilihan lain selain membawa pesakit untuk segera menerima rawatan,” katanya.
Muhammad Faris berkata, ramai yang menganggap penularan Covid-19 itu satu perkara biasa sehingga mengatakan angka harian yang ditunjukkan setiap hari itu cuma wayang.
“Tetapi percayalah apa yang berlaku ini adalah kenyataan dan bukannya untuk menakutkan orang ramai,” katanya.
Sumber : H.Metro
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Doktor Buatlah Apa Yang Terbaik, Kami Ikut Je.” Doktor Penganut Hindu Ini Rindu Kala Santuni Kluster Tabligh. Deep!

Malaysia adalah sebuah negara berbilang bangsa dan agama. Rakyatnya hidup aman damai dan saling menghormati waima berlainan agama. Itulah Malaysia.
Sejak negara dilanda wabak bahaya di seluruh dunia, rakyat Malaysia berganding bahu untuk tamatkan rantaian covid-19.
Kluster terawal dijangkiti virus ini adalah kluster Tabligh. Ramai yang memandang serr serong golongan ini. Namun semua yang berlaku ada hikmahnya.
Kluster ini tampil untuk saringan dan ada dikuarantin setelah disahkan positive. Dalam tempoh kuarantin, rupanya kluster ini sering diberi pujian oleh frontliners. Bilik kuarantin dikatakan bagaikan sebuah masjid ada alunan bacaan ayat suci, zikir dan laugan azan. Mereka tenang walaupun dikuarantin dalam wad atau bilik yang sederhana kelengkapan.
Kini, setelah kluster ini ada yang bebas covid 19 , para frontliner rindu akan mereka yang tampil dengan sikap terpuji berbanding kluster baru yang digelar kluster oversea aka kluster kayangan. Pelbagai cerita yang ‘tidak sedap’ didengar mengenai golongan kayangan ini. Apa pun ketika ini, sikap rendah diri adalah pilihan terbaik ketika negara dalam kesukaran memerangi virus bahaya ini.
Sikap golongan kayangan ini, turut terkesan kepada para frontliners yang ditugaskan. Mungkin segelintir tapi bak kata perpatah, kerana nila rosak susu sebelanga, kena kita jadikan iktibar.
Ikuti perkongsian ini.

I am Malaysian doctor, dont look at me like im hindu,im buddha n etc
Terkesan dengan pergi ke pusat kuarantin yang kebanyakan tabligh yg ikut ijtimak seri petaling jadi aku nak cerita sedikit pengalaman aku.
REDHA DENGAN APA YANG ADA
Di tawau pusat kuarantine kami di IPG dekat balung tu. Kami tanya keadaan mereka seharian, ada masalah apa apa di tempat penginapan ka, ada develop gejala2 batuk demam selsema ka, dan melayan apa saja keluhan mereka dan kami akan cuba perbaiki kelemahan dari kami dan cuba memenuhi permintaan mereka tapi kami juga ada byk sekat dan batasan.tidak bole la expect penginapan ini 100% perfect gitu bah. pasti ada kekurangan dan kami pun tau
Keluhan pesakit disini biasanya makanan. Makanan seharian mereka adalah nasi putih/ ayam atau ikan goreng dengan sedikit sayur rebus gitu .
“makanan la doctor kering sangat takde kuah2 gitu..tapi kami makan saja la dr untuk isi perut,nak buat macam mana kan “
Kesian memang kesian. Bayangkan makan 3 kali sehari menu tawar yang sama .kamu rasa?
Bukan sebab mereka manja
Tapi cuba kita bayangkan diri kita di tempat mereka. Terkurung dlm bilik 14 hari, makanan itu itu je dan sejuk, rindu keluarga, takde entertainment lgsg Bosan, sedih, berbeza dengan kuarantin dirumah bersama keluarga. Dont judge mereka so fast.
HORMAT DENGAN KLUSTER TABLIGH
Something to be respected bila I see them always pray jam-jam 12 mereka solat lepas tu duduk atas katil. Mereka baca Al-Quran.
Dengan keadaan kurang selesa gitu panas-panas dan mereka tetap tidak terlepas solat, khatam Al-Quran. Salute mereka.
Memang la aku pun rasa geram juga awal2 kenapala cluster tabligh ni bawa virus “ke sini ke sana”
But lepas involve in covid team nie, ternyata bukan yg seperti diwar warkan di social media, sebenarynya orang tabligh nie banyak yang munculkan diri, volunterly dtg nak screen diri mereka.
KLUSTER TABLIGH PERMUDAHKAN URUSAN.
Skrg di pusat kuarantin pun tidakla mereka keluh nak ini nak itu seperti elit baru tu.mereka ikut je “doctor buatla apa yang terbaik, kami ikut je doctor”
Sebenarnya Tuhan tolong Malaysia nie sebab awal2 kita kena covid nie 1st cluster besar kan tabligh, memang semua maki hamun mereka,aku juga marah . Tapi ada aku terbaca post org lain hari tu yg bikin aku fikir dalam juga
” nasib cluster tabligh yg kena dulu, senang kita nak kenalpasti mereka,sebab pakai kopiah, berjanggut panjang(kebanyakan) ,berbaju jubah yaa jadi senang kita nak kesan mereka bawa mereka untuk screen dan ambil sampel dan tempatkan mereka di pusat kuarantin. bayangkan di negara luar, mcm mana mereka mau detect siapa siapa yg berisiko dpt covid nie”
so itula selalu ada je kebaikan daripada apa yg kita pikir buruk.
HUSNUZON
Aku dapat pengajaran juga yg kita kena selalu pikir postive, Husnuzon, terima dengan hati terbuka not judgemental atau discriminative siapa pun. kita takde Hak!!
Peringatan untuk semua termasuk aku, skrg ni kita lawan covid bukan tindas sesama manusia, dont play race religion card ya this is not the time.
Corona virus duno who is malay,chinese indian sikh iban kadazan dusun bajau dia attack semua lapisan orang!
I am a hindu and i think i need to write this up.
Moga jadi iktibar bersama.
Sumber: Lavennia Gayatri