Pelakon dan aktres berkaliber, Nabila Huda sekali lagi mencuri perhatian ramai, terutamanya golongan ibu, apabila berkongsi momen istimewa unboxing dapur baru miliknya.
Video yang dimuat naik itu memaparkan detik penuh keterujaan dari awal hingga akhir, memperlihatkan setiap sudut dapur mewah berjenama terkenal yang kini menjadi miliknya.
Apa yang membuatkan ramai kagum adalah bukan sahaja reka bentuk dapur tersebut yang moden dan elegan, tetapi juga bagaimana Nabila Huda begitu menghargai setiap perincian dapur impiannya itu. Setiap rak, permukaan kaunter, serta susun atur yang kemas dipaparkan dengan jelas dalam video tersebut, membuatkan para ibu tidak berganjak dari menonton hingga ke penghujung.
Ads
Tidak dinafikan, dapur sebegini pastinya menjadi idaman setiap wanita, apatah lagi bagi mereka yang gemar memasak dan menghias ruang dapur dengan gaya eksklusif.
Kapsyen ringkas yang ditulis oleh Nabila juga sudah cukup untuk menunjukkan rasa gembiranya memiliki dapur istimewa itu.
Unboxing the most precious gem in this house
Menariknya, dalam ruangan komen, ramai peminat turut meluahkan rasa teruja dan berkongsi keterujaan mereka bersama Nabila. Malah, pelakon ini sempat membalas beberapa komen peminatnya dengan mengatakan bahawa dia sudah tidak sabar untuk menggunakan dapur barunya bagi menyediakan hidangan buat keluarga tercinta.
Ads
JENAMA MEWAH, HARGA DAPUR CECAH RM30,000!
Namun, apa yang lebih mencuri perhatian adalah nilai dapur tersebut. Ramai yang membuat andaian mengenai harganya, malah ada yang berteka-teki, dengan sesetengah netizen beranggapan dapur tersebut mencecah sehingga RM30,000!
Meninjau ruangan komen, rata-rata peminat tidak hanya terpesona dengan kecantikan dapur itu tetapi juga berbangga melihat Nabila Huda, seorang pelakon versatil yang begitu menghargai ruang kediamannya. Pastinya, video ini memberikan inspirasi buat ramai wanita di luar sana untuk memiliki dapur idaman seperti ini suatu hari nanti.
Kelantan mencipta sejarah sebagai negeri pertama yang menganjurkan pertandingan menangis, dengan pemenang membawa pulang wang tunai RM500!
Siapa sangka, menangis pun boleh jadi satu pertandingan? Video pertandingan unik ini tular di TikTok, memaparkan peserta yang bersungguh-sungguh mengeluarkan air mata untuk merebut gelaran juara.
Difahankan acara yang dianjurkan oleh The Kelantan Expo ini berjaya mencuri perhatian ramai, dengan pelbagai gaya tangisan dipertontonkan. Ada yang berwajah sebak, ada yang penuh emosi, malah ada juga yang membuat netizen tergelak dengan gaya mereka.
Menjengah ke ruangan komen, netizen turut terhibur melihat aksi peserta:
“Kalau aku depan diorang, confirm tergelak dulu!”
“Ni kalau aku, belum nangis dah ketawa.”
“Macam audition berlakon scene sedih ni!”
“Seram weh kalau dengar tengah malam!”
Siapa tahu, lepas ni mungkin ada pertandingan ketawa pula?
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Isteri kepada Nabil Ahmad iaitu Zira Ayub menitipkan kata-kata semangat buat suaminya yang juga penyampai radio Era selepas terpalit kontroversi membabitkan perkauman baru-baru ini.
Menerusi Instagramnya kata Zira, dia dan akan sentiasa berada di samping suaminya untuk terus memberikannya semangat walau apa pun yang berlaku.
“Anggaplah ini sebagai peringatan bahawa Allah mahu kita sentiasa mengingati-Nya, sama ada dalam kesenangan atau kesusahan.
“Ayah ada kami, kami akan sentiasa menyokong dan menyayangi ayah. Ayah seorang yang penyayang, prihatin, dan penuh sifat keibubapaan,” tulisnya.
Tambahnya lagi menerusi kapsyen, biar apa pun pandangan orang lain namun dia dan anak-anak akan tetap memberikan sokongan padu buat Nabil.
“Saya peminat terbesar ayah sampai bila-bila. Mungkin ada yang berkata buruk tentang ayah, tetapi saya lebih mengenali ayah berbanding mereka,” tulisnya.
Melalui entri itu juga, Zira turut memuat naik gambar mereka sekeluarga bersama tiga anak perempuan kesayangan.
Terdahulu, Nabil serta dua lagi rakan penyampai, Radin dan Azad Jasmin bagi segmen 3 Pagi Era digantung tugas di stesen radio itu kerana dikatakan telah turut serta dalam video yang menyentuh sensitiviti dan berbaur perkauman.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Penyanyi Syura Badron berdepan detik cemas apabila suaminya, Muhammad Farizat, mengalami kecederaan melecur teruk akibat insiden letupan gas yang berlaku pada Jumaat lepas.
Penyanyi lagu Nazam Berkasih ini berkongsi berita tersebut menerusi Instagram miliknya.
“Assalammualaikum, dengan berat hati saya ingin maklumkan suami saya, Farizat telah dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk.
“Melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak yang berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada hari jumaat malam yang lepas,”
Jauh di sudut hati, Syura yakin Allah Maha Baik dan mendoakan agar ada sinar kebaikan di sebalik kesukaran ini.
“Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini.
“Semoga ada hikmah yang baik disebalik ujian ini. Allah Maha Baik.”
Syura juga berkongsi momen penuh emosi di Insta Stories dengan memuat naik gambar tangannya menggenggam tangan suami, sebagai simbol kasih sayang dan sokongan tidak berbelah bahagi.
“Kuat sangat sayang saya ini. Saya yang tak kuat tengok keadaan awak.
“Ya Allah, berikanlah kesembuhan buat suamiku.”
Untuk info, Syura dan Farizat mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 serta dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Umar Eussof yang kini berusia satu tahun.
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersyukur dan terharu dengan semangat anak sulungnya, Siti Aafiyah Khalid, 7, yang mahu belajar berpuasa sejak hari pertama Ramadan.