Hiburan

Nabil Mentor Suka Melayan Anak-anak, Ibu Sebak Kongsi Momen Arwah Beraya Bersama Keluarga

Share

Nabil Mentor suka melayan anak-anak, ibu sebak kongsi momen arwah beraya bersama keluarga. Nabil Zamanhuri atau panggilan mesranya ‘Nabil Mentor’ telah meninggal dunia pada 25 Mei lalu pada usia 37 tahun.

Nabil Mentor Suka Melayan Anak-anak

Arwah seorang lelaki yang dikenali sebagai suami dan ayah yang penyayang. Menerusi video yang dikongsikan oleh ibunya Fatimah Abdullah di laman TikTok @timbigpix menunjukkan betapa lembutnya arwah berbicara dan berinteraksi dengan anak-anak.

Kenangan manis dan kebahagiaan Nabil & Adelia – Al-Fatihah buat Nabil bin Zamanhuri- tulis Fatimah di ruangan kapsyen. 

Pada hari raya terakhir sebelum pemergiannya, arwah Nabil dilihat sangat tenang dan lembut dalam setiap perbuatan dan kata-katanya, terutama sekali terhadap anak-anaknya.

Ibu Sebak Kongsi Momen Arwah Beraya Bersama Keluarga

Memetik AWANI, Fatimah mengesahkan kematian anaknya disebabkan serangan jantung, berdasarkan hasil siasatan post mortem hospital. Dalam pada itu, Fatimah memberitahu ia juga berkemungkinan berkait dengan stres (tekanan) termasuk cara pemakanan tidak teratur.

Sepanjang hayatnya, arwah Nabil telah berkhidmat bersama Astro selama lima tahun sebagai Digital Strategist dan Content Development Unit untuk saluran Melayu. Ia termasuk mengelolakan kandungan digital untuk rancangan signature Astro seperti Big Stage, Gegar Vaganza dan terbaharu The Hardest Singing Show.

Dalam karier nyanyiannya arwah pernah menyertai program pencarian bakat, Mentor musim pertama di TV3 pada 2005 dan menyandang gelaran naib juara.

Arwah Nabil juga pernah menghasilkan satu album, Dari Jauh pada 2006 dan antara single nyanyiannya seperti Hati Ini, Hey Emma, Dari Jauh, Beku, Selangkah (OST Aladdin) dan Kenangan Lama (OST drama Ijab Kabut).

Dalam lakonan, Nabil pernah membintangi drama Seribu Erti pada 2007, Kerana Kirana 2 (2008), Kamelia Katrina (2009) dan Ijab Kabut (2022), selain filem Aladdin dan Boboiboy Movie 2 sebagai Kapten Kaizo (2019).

Nabil bertemu jodoh dengan wanita pilihan, Adelia Citra Hapsari pada 2014, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Aluna Calista, 7, dan Stara, kini berusia tiga tahun.

Sumber: TikTok @timbigpix dan Awani

Baca artikel lain juga:  Anak Dara Eira Syazira Pak Azad, Amarra Sofea Rose, Cantik, Kurus, Tinggi, Curi Perhatian Warga Maya

Hetty Sarlene Bersalin Anak Kedua, Gebu & Comel Betul Hayden Ashton Oakes

 

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my