“My hero last night …”- Maya Karin Diserang ‘Panic Attact’ Di Pentas FFM32 & Cara Dia Atasinya Dapat Pujian!
Pelakon terkenal, Maya Karin mendedahkan dia diserang ‘panic attack’ atau anxiety ketika menyampaikan anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang disiarkan secara langsung di TV2 pada malam Jumaat.
Situasi itu menyebabkan aktres cantik yang sinonim dengan lakonannya dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam itu menggigil dan hampir pitam ketika membacakan anugerah bagi Kategori Pelakon Lelaki Terbaik.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Melalui laman sosial Instagramnya, Maya bagaimanapun berkata, rakan artis, Faizal Hussein yang pada ketika itu turut menjadi pasangan penyampai anugerah menyelamatkan dia daripada terjatuh di pentas.
Ketika diserang dengan perasaan panik itu, Maya sempat meminta maaf dan terpaksa memegang bahu Faizal untuk memastikan dia tidak terjatuh atau tersungkur.
Sambil dibantu Faizal, Maya juga membuka kasut tumit tingginya, spontan meneruskan malam anugerah dengan membaca skrip di kad pencalonan anugerah.
Maya Karin Tangani Serangan Panik Dengan Baik
Melihat cara Maya tangani masalah serangan panik tersebut, boleh dijadikan panduan untuk yang lainnya jika berdepan dengan situasi yang sama. Di mana Maya membuka kasut dan ia merupakan salah satu cara untuk grounding selain mengambil nafas (deep breathing) ini sebagaimana memetik perkongsian Public Health Malaysia.
Grounding adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik. Dalam proses ini, anda mengenal pasti objek di sekeliling anda untuk membantu otak anda mengenali di mana anda berada.
Ini mewujudkan rasa selesa kerana anda tahu di mana anda berada dan anda berasa lebih mengawal keadaan.
Ads
Hanya yang mengalami masalah ini benar benar faham situasi yang dialami kelmarin. Jika tidak di tangani dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk dan pesakit boleh pitam.
You did very well Maya! dan telah melakukan tugasan di pentas besar dengan baik.
Jika ada sesetengah wanita lain sukar berbaik dengan ibu mentua, berbeza pula dengan Eira. Malah dia mengakui keluarga Azad penuh kasih sayang.
“Bukan sahaja saya, malah adik saya juga rapat dengan keluarga sebelah suami. Kebetulan kami tak ramai lelaki dalam keluarga. Malah hubungan saya dengan adik ipar lelaki juga rapat. Dengan mak mentua, ibarat ibu saya sendiri.
“Mak saya sudah meninggal jadi bila dapat ibu mentua yang sangat baik, memang cukup menyenangkan. Malah adik -beradik saya pun anggap mentua saya seperti mak sendiri. Seperti mana Azad, demikian lah ibunya. Mummy seorang yang suka bergurau, ketawa dan penyayang orangnya.
“Untuk bagi nasihat pada wanita lain rasanya tak layak, tapi saya mahu berkongsi bagaimana hubungan dengan mentua sendiri. Jangan stres, hidup pun terlalu singkat dan suatu hari nanti anda juga akan bergelar ibu. Anak anda akan berkahwin jadi, kalau tak nak benda tu devaju berlaku pada anda, jadi layan ibu mentua sebaik-baiknya.
“Kita pun akan tua dan berumur, turunkanlah ego sebagai seorang anak walaupun kita tak salah. Beralah sekarang tak rugi dan saya percaya itu janji Allah dan kitaran hidup akan berlaku pada kita. Lama-lama orang tua akan lembut asalkan kita pandai jaga dan ambil hati mereka,” ujar Eira yang mengakui suami dan keluarga mentua yang banyak mengajarnya dalam menghargai keluarga dengan penuh kasih sayang.
Ikut cara keluarga mentua didik anak
Jujur mengakui Azad lebih banyak mendidik dan menjaga anak-anak, jelas Eira mereka banyak mengikut pendekatan keluarga suaminya dalam didik anak.
“Suami sangat menjaga anak-anak dan orang nampak di luar jenis yang kasar, garang tapi sebaliknya di rumah. Azad banyak praktik cara ibu bapa mendidik anak-anak. Arwah bapa Azad dan mummy tak pernah bergaduh depan anak-anak. Demikian juga kami praktikkan dalam rumah tangga kami.
“Kalau saya tertinggi suara sedikit, Azad akan tegur dan biasanya kami akan berbincang di dalam bilik supaya anak-anak tak dengar. Cuma saya lebih kepada mendidik anak-anak bagaimana hormat pada orang tua. Walaupun nampak moden tetapi saya bab mengaji sangat partikular sebagai seorang ibu manakala bab disiplin, cara bercakap depan orang dan sebagainya semuanya Azad yang uruskan.
“Anak-anak juga takut kalau Azad bersuara kerana dia jenis ayah yang tak suka marah. Kalau anak buat salah, Azad akan tegur dan bukan sahaja anak-anak malah saya sendiri banyak belajar dengan suami,” ujar Eira lagi.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menikmati air dengan perahan limau kasturi memang cukup menyegarkan bila dinikmati ketika cuaca panas. Pun begitu, sebenarnya minum jus limau kasturi bukan sahaja sebagai penghilang dahaga, bahkan elok kiranya diamalkan kepada seisi keluarga. Nak tahu kenapa? Ini dijelaskan oleh Dr Suri Roowi. Jom semak perkonsian ini.
Faedah kesihatan lemon sering disebut sebut, tetapi manfaat limau sambal @ limau kasturi ni sering terlepas pandang atau dipandang sepi. Perahan jus limau kasturi bukan sahaja mampu menambah keenakan rasa dalam masakan dan minuman, malah ia juga dapat membantu merawat pelbagai penyakit seperti batuk, sakit tekak, pening kepala dan sebagainya. Tak sangka kan, benda yang depan mata kita rupanya menyimpan 1001 khasiat.
1. Kandungan phloretin jauh lebih bagus dari epal. Mengandungi aktiviti antioksidan yang jauh lebih tinggi compared to green tea.
Phloretin biasanya didapati di dalam buah epal, sebahagian limau tropika dan teh rooibos. Namun kajian mendapati bahan ni banyak terdapat pada limau kasturi atau limau sambal.
Bila disebut teh hijau, kebanyakan kita akan sebut “minum teh hijau”, tapi limau kasturi sebenarnya lebih bagus dari green tea.
2. Vitexin ni juga bahan yang bagus ada dalam buah limau kasturi. Selalunya ia hanya dijumpai dalam ‘hawthorn berry’. Ianya digunakan untuk rawatan jantung dan kanser.
Surprisingly vitexin ni banyakkk dalam limau kasturi.
3. Sesuai sangat untuk orang perempuan yang suka nampak cantik sebab dalamnya ada Ferulic Acid. Asid ni bagus untuk hilangkan kedut pada kulit dan perlahankan proses penuaan.
Ia membina kolagen, meremajakan kulit, dan meningkatkan tekstur kulit secara keseluruhan.
Untuk kaum lelaki nak kuatkan jantung pun bagus makan limau kasturi ni. Sebab itu, petua orang tua tua “sebelum makan daging, perah limau dahulu atasnya” Memang betulll! Sebab, ia potonggg lemak. Ia akan menurunkan kadar kolesterol.
Kalau kandungan creatinine kita tinggi dalam badan, ianya akan merosakkan buah pinggang. Dengan mengamalkan limau kasturi, ia akan membantu menurunkan creatinine.
Bila ke kedai makan, order air ni tanpa gula. Nikmatnya tidak terkata walau tanpa kemanisan gula.
Hari ni meqza nak kongsikan cara menyediakan minuman untuk menurunkan kadar kolesterol dalam badan dengan minuman air limau kasturi.
.
Bahan-bahan yang kalian perlukan
Satu sudu teh chia seed
Jus 4-5 biji limau kasturi
Satu sudu madu. (Kalau tiada pun tak apa)
4 Satu setengah gelas air sejuk
.
Rendam chia seed dalam setengah gelas air sekurang-kurangnya satu jam sebelum penggunaan.
Masukkan jus limau ke segelas air ais dan kacau dengan satu sudu kecil madu.
Selepas chia seed telah direndam, tambahkannya ke dalam gelas.
Kacau dengan sudu dan minum minuman pagi ini setiap hari dengan perut kosong.
InsyaAllah jika diamalkan selalu, ia boleh memperbaiki kesihatan jantung, meningkatkan kolesterol sihat untuk tubuh dan pada masa yang sama dapat mengurangkan jumlah kolesterol, merendahkan paras LDL dan trigliserida.
Minuman ini baik untuk kesihatan kardiovaskular kita.
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Perkongsian bapa bernama Basri Husin pasti memberi inspirasi kepada orang lain baik yang normal mahupun Orang Kelainan Upaya untuk mengejar cita-cita dan berjaya tanpa menjadikan kekurangan diri sebagai satu penghalang.
Semangat dan dorongan isteri antara pembakar semangat buat bapa kepada dua anak ini. Jom baca kisah lelaki ini. Semoga kita mendapat manfaat daripada kisah hidupnya ini yang mungkin berkerusi roda tapi bukan biasa-biasa.
KALAU TIDAK BUAT UNTUK DIRI SENDIRI, BUATLAH UNTUK ANAK-ANAK
Takdir berkerusi roda sudah lama ku terima. Masakan tidak, banyak aktiviti setelah berkerusi roda aku ceburi. Dari memandu, berskuba sehinggalah umrah. Semuanya boleh dilakukan.
Namun untuk kembali menulis tesis amatlah sukar. Hendak menjeling tesis pun malas apatah lagi hendak menyiapkan saki-baki bab penulisan.
2 Semester berlalu begitu sahaja. Aku daftar agar tidak luput pencalonan. Aku daftar kerana nak ambil hati semua orang. Padahal tesis tidak berjalan. Aku tidak menulis pun!
Aku masih mencari kata-kata sakti. Kata-kata yang melonjak motivasi diri. Yang mendorong dengan tindakan. Bukan yang sekadar khayalan.
Segala pujukan dan kata-kata dorongan orang sekeliling aku terima. Tetapi tidak dapat dijelmakan dalam bentuk tindakan.
Seperti biasa, isterilah tidak jemu-jemu memujuk. Sehinggalah suatu hari, pujukan itu berbentuk sentapan. “Baba,buatlah tesis”. Lantas aku segera jawab “buat apa nak buat tesis lagi, aku kan dah lumpuh, ”. Sungguh beremosi aku pada haritu. Tak tahu entah kenapa.
Riak isteri sudah berbeza, tutur katanya sedikit tinggi tetapi tersentap terus ke dalam jiwa. “Ye memang awak dah lumpuh, jadi buat sesuatu yang buat anak bangga, memang kaki awak tak boleh begerak, tapi otak awak boleh pakai lagi”.
Beliau meneruskan leterannya, kali ini kata-katanya luar biasa. “Kalau tidak buat untuk diri sendiri, buatlah untuk anak-anak”. Beliau terus ke dapur meninggalkan aku dengan kata-kata tersebut.
Tersentak!
Sambil melihat anakku diruang tamu, air mataku tiba-tiba bergenang.
Kata-kata ini sungguh keramat diungkapkan oleh isteri. Ia bagaikan satu dorongan untuk terus berusaha demi kepentingan anak-anak. Memang itulah yang aku cari, sekiranya aku tak nak buat untuk diriku, buatlah demi anak-anak. Biar mereka membesar dengan penuh semangat dan motivasi. Motivasi yang tidak akan melumpuhkan semangat mereka kerana mereka mempunyai bapa yang bersungguh-sungguh untuk masa hadapan mereka.
Ia juga sebagai senjata dan persediaan sekiranya kawan-kawan ingin buli mereka berdua. Berkerusi roda tapi bukan biasa-biasa.
Pada usia Humaira dan Firdaus yang masih muda. Mereka tak mengerti apa-apa yang mengapa babanya berkerusi roda. Aku yang berkerusi roda tidak di anggap sebagai orang sakit. Kerana aku mengubah pemikiran mereka. Berkerusi roda tapi boleh buat apa sahaja. Dari memandu, pergi umrah sehinggalah berskuba. Namun aktiviti tersebut sekadar aktiviti biasa.
Menghabiskan PhD akan membuat mereka lebih bangga.
Saat paling menggembirakan anak-anak adalah apabila aku kembali memandu dan menghantar mereka berdua ke sekolah. Wajah mereka bertukar ceria.
“Yay!!! Baba hari ini Baba hantar saya ke sekolah”. Pernah aku bertanya, “Humaira malu ke Baba hantar pergi sekolah? Nanti kawan-kawan cakap “ayah awak cacat” pakai kerusi roda.”
“Tak! Saya suka, Ayah saya walaupun pakai kerusi roda dia buat PhD di UM.” Kata-kata ini ku ingat kembali.
Aku dapat rasakan, dia akan kecewa sekiranya aku abaikan pengajian. Semangatnya pasti luntur pada masa hadapan.
Itulah antara semangat untuk aku siapkan pengajian walaupun pada mulanya selepas lumpuh dah taknak lagi pandang tesis. Mereka mengajar dan memberi semangat kepada diriku sebagai seorang bapa yang perlu memikul tanggungjawab membesarkan mereka walau apapun perkara yang terjadi.
Aku sedar aku perlu menjadi hero kepada mereka. Hero untuk masa depan mereka. Hero dalam membesarkan mereka.
Menyedari hakikat ini, langkah demi langkah aku teruskan tanpa menoleh kebelakang. Terus fokus pada kajian. Biar sedikit kesusahan pada hari ini, membawa erti yang besar pada mereka.
Kini, mereka boleh berbangga. Walaupun berkerusi roda banyak benda boleh dilakukan. Yang paling penting memori ini akan berkekalan.
Terima kasih buat isteri yang menyentap jiwaku. “Kalau tidak buat untuk diri sendiri buatlah untuk anak-anak”.
Beginilah perasaan apabila keluar dari dewan konvokesyen selepas majlis graduasi PhD 2018 di UM. Diberi penuh penghormatan dan sokongan. Selalunya pergerakan wheelchair dilakukan sendiri, tetapi hari ini semuanya diraikan dengan rasa penuh hormat. Suatu moment yang sukar untuk dilupakan.
Posted by Basri Husin on Saturday, October 20, 2018
Gelagat anak-anak yang sedang membesar sememangnya cukup menghiburkan dalam apa jua perkara. Malah ketika di dalam solat pun, gelagat anak-anak memang menghiburkan.