Musim Panas Memang Best Bila Makan Puding Buah. Sedap Dan Menyegarkan!

Share

Cuaca yang panas sememangnya membuatkan tekak terasa ingin makan makanan yang sejuk dan segar. Puding buah adalah pencuci mulut yang sangat sesuai dimakan dan disimpan di dalam peti sejuk.

Bukan setakat sedap sahaja, malah boleh juga dijadikan sebagai idea untuk jamuan sekolah anak-anak atau potluck bersama rakan-rakan. Cara nak buat pun tidaklah susah dan hanya ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh Noor Faezah

ini.

“Selain rupa lawa, warna-warni, rasa pun sedap. Memang sesuai makan waktu musim panas merelit sekarang ini. Untuk satu adunan ni dapat dalam 25-30 bekas,” kongsinya.

Puding Tutti Fruity

Bahan-Bahan: 

  1. 10g serbuk agar-agar (warna plain)
  2. 1 tin susu cair
  3. 3 tin air
  4. 1 tin susu full cream
  5. 1 tin susu pekat
  6. 2 sudu tepung kastard
  7. 1 sudu essen vanila
  8. 1 cawan gula pasir (taknak letak pun takpe kalau taknak manis)
  9. Filling kiwi, blueberry dan manggo (boleh beli dekat kedai bahan kek)

Cara-Cara:

– Lorekkan filling pada tepi bekas acuan. (Cara lorek tu ada pada komen) lepastu biarkan.

– Masukkan semua bahan masak atas api sederhana hingga mendidih dan sejukkan.

– Selepas sejuk curah dalam bekas acuan yg telah dilorekkan filling tadi. Biarkan seketika dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan selepas sejuk.

Tip: Kalau nak lebih cantik, boleh lorekkan lagi filling pada atas permukaan agar-agar tadi selepas agar-agar keras.

Sumber: Noor Faezah