Cuaca yang panas sememangnya membuatkan tekak terasa ingin makan makanan yang sejuk dan segar. Puding buah adalah pencuci mulut yang sangat sesuai dimakan dan disimpan di dalam peti sejuk.
Bukan setakat sedap sahaja, malah boleh juga dijadikan sebagai idea untuk jamuan sekolah anak-anak atau potluck bersama rakan-rakan. Cara nak buat pun tidaklah susah dan hanya ikut sahaja resipi yang dikongsikan oleh Noor Faezah ini.
“Selain rupa lawa, warna-warni, rasa pun sedap. Memang sesuai makan waktu musim panas merelit sekarang ini. Untuk satu adunan ni dapat dalam 25-30 bekas,” kongsinya.
Filling kiwi, blueberry dan manggo (boleh beli dekat kedai bahan kek)
Cara-Cara:
Ads
– Lorekkan filling pada tepi bekas acuan. (Cara lorek tu ada pada komen) lepastu biarkan.
– Masukkan semua bahan masak atas api sederhana hingga mendidih dan sejukkan.
Ads
– Selepas sejuk curah dalam bekas acuan yg telah dilorekkan filling tadi. Biarkan seketika dan boleh simpan dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan selepas sejuk.
Tip: Kalau nak lebih cantik, boleh lorekkan lagi filling pada atas permukaan agar-agar tadi selepas agar-agar keras.
Tentu ramai yang suka makan kek coklat. Selain beli di kedai, apa kata cuba mengadun kek coklat sendiri di rumah.
Bagi yang pertama kali buat kek, tentu sukar apabila sukatan mengunakan timbangan.
Namun perkongsian ini, menunjukkan cara membuat kek menggunakan sukatan cawan.
Confirm jadi!
Kek Coklat Moist xkontroversi
Bahan :
1. 6biji telur B
2. 1cawan gula halus
3. 1sdb ovelete
4. 1sdk esen vanila
Mix semua bahan hingga gebu.
Kemudian masukkan 1 cawan susu pekat.
Diikuti dengan 1 cawan minyak masak.
Baru mix semula adunan telur speed perlahan. Sampai sebati.
Masukkan campuran tepung ke dalam adunan telur.
Mix sebati. Kaup balik je. Dah sebati masukkan 1/2 cawan air panas. Kacau sebati.
Panaskan kukusan hingga air gelegak.
Masukkan adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dialas baking paper atau bekas yang sesuai.
Kukus dgn api besar sehingga masak. 40-45minit. Keluarkan dari kukusan. Sisip tepi loyang dan terbalikkannya untuk keluarkan kek sejuk kan di redai.
Ikan adalah hidangan yang mempunyai sumber protein yang mudah didapati untuk memberikan khasiat kepada badan. Namun jika hari-hari masak ikan goreng tentu bosan.
Apa kata masak ikan celup tepung versi Kelantan. Memang sedap dan ini rahsianya jadi lebih rangup dan halus.
Bancuhan ini juga boleh digunakan sebagai bancuhan untuk sotong, udang atau sayur. Memang krup krap!
Ini perkongsiannya.
Resepi Ikan Celup Tepung Rangup Sedap
Cikgu nak pecah rahsia lagi kali ni. Tak perlu air kapur pun untuk buat ikan celup tepung untuk hasil yang rangup. Menu ini popular la dekat Kelantan tu. Kalau bukan makan dengan nasi kerabu, boleh ratah cicah dengan colek. Menu tepi pantai namanya. Haa tapi nak buat celup-celup tepung begini haruslah ‘habuk’ atau serdaknya mesti halus dan rangup. Meh cikgu nak bagi tips paling mudah cara nak buatnya.
Boleh guna resipi yang sama juga untuk buat pisang goreng cara orang Kelantan jual.
Jom baca resepi berguna cikgu di bawah.
Sukatan di bawah untuk 3 ekor ikan, 5 ekor sotong dan 10-13 ekor udang; 1. Masukkan sukatan bahan di bawah dalam satu bekas: 7 sudu besar tepung beras 1/3 sudu kecil garam 1/3 sudu kecil serbuk kunyit 2 sudu besar telur. Seeloknya kuning telur sahaja 1/2 cawan kecil air sejuk 2. Kacau rata semua bahan tadi. Adunan tepung tidaklah terlalu pekat dan perlu sedikit cair. 3. Tips penting menghasilkan bahan goreng yang cantik: Guna minyak yang banyak Pastikan minyak betul-betul panas (berdesir semasa ikan/udang/sotong dimasukkan) Api awalnya perlu kuat dan biar sederhana selepasnya 4. Ini teknik yang cikgu ubah. Sebelum ini cikgu celup guna tangan lalu merenjis sekali adunan tepung. Teknik barunya, cikgu pakai penyepit sambil merenjis adunan tepung ke dalam kuali. 5. Hasilnya memang sangat menarik. ‘Habuk’ nampak lebih nipis yang cantik. Rasanya juga lagi rangup. 6. Balik-balikkan selepas sebelah bahagian mengeras. Jika ‘habuk’ sudah kuning, boleh angkat dan toskan dulu. Jangan biar masak sekali dengan lauk kerana biasanya adunan tepung lebih cepat garing. 7. Untuk hasilkan ‘habuk’ yang banyak, baki adunan tepung direnjis-renjis menggunakan penyepit juga. Balik-balikkan dan sedia untuk ditaburkan ke atas lauk celup tepung yang digoreng.
Selamat mencuba!
Sumber : Afy AL Habibi
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Rupanya nak dapat Ayam Masak Kicap yang sedap ada caranya. Hanya guna bahan yang ada di dapur je. Inilah yang dikongsikan oleh puan Ida Radzi.
Ada tak yang kalau buat Ayam Masak Kicap, akan letak sikit perencah sup? Bagi yang tak pernah, cuba la buat, memang sedap rasa dia 🤗 ~ Edit ~ Disebabkan ramai yang baru nak cuba, saya edit resepi untuk 3/4 ekor ayam .. ini cara saya yer 😁
Bahan-bahan
*Bawang besar dihiris
*Bawang putih ditumbuk kasar
*Halia ditumbuk pecah je
*Serai sebatang dititik ( pilihan, letak lagi sedap )
*1/2 sudu kecil serbuk sup ( saya suka letak sikit je untuk aroma dan rasa yang ringan )
Cara membuat:
~ Tumis semua bahan hingga naik bau. Kemudian masuk kicap dan sedikit air ( saya guna kicap lemak manis ) ..
~ Dah menggelegak, masuk ayam yang telah digoreng terlebih dahulu .. garam tak perlu sebab masa goreng ayam dah letak garam, kicap pun dah ada masinnya.
Simple aje resepi saya ni, tapi rasa insyaaAllah sedap 🤗