Musim Konvo Asyik Kalut Nak Bergambar, Point No 5 Ramai Yang Terlepas Pandang
Apabila tiba hari konvokesyen tentunya ia moment paling menggembirakan bagi para graduan dan keluarga.
Sama ada anak, suami atau isteri yang berjaya memperolehi kejayaan mengenggam segulung ijazah pasti ia membanggakan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ketika ini ramai yang tidak melepaskan peluang untuk merakam detik indah ini untuk dijadikan kenangan.
Namun dalam keseronokkan bergambar, harus prihatin kepada ahli keluarga yang datang meraikan kejayaan kita.
Sebagaimana yang dikongsikan oleh wanita, Shamshuritawati Sharif ini harus dijadikan panduan agar tidak ada hati yang berkecil hati.
Musim konvo…
- Jangan ambil gambar dengan tunang atau bf sahaja. Ambil juga beberapa keping gambar bersama family yang sah setia dengan kita. Boleh murung jika tengok semua gambar konvo bersama tunang atau bf tak jadi.
- Jangan tulis nama tunang atau bf dalam penghargaan tesis atau projek tahun akhir atau disertasi. Ini bukan sahaja boleh membuatkan kita murung jika putus tunang atau putus cinta, tetapi boleh menyebabkan kita tidak ingin lagi menyambung pengajian dalam topik yang sama. Ye lah, jika nak refer semula tesis tersebut, mesti berbulu-bulu sakit hatinya kan? Anyway, memang kita boleh gunting jer bahagian penghargaan, tetapi yang salinan kat perpustakaan tu, masih kekal sama dik. Hahahaha.
- Jangan bergambar bersama hadiah/cenderamata bukan pemberian ahli keluarga. Pedih hati apabila mengenangkan owner barang tersebut memecahkan jiwa dan hati. Manusia ni hati sentiasa berubah. Jangan caya sangat! Nanti, setiap kali menjeling gambar konvo didinding rumah kita….kita yang rasa nak baling gambar tersebut pula.
- Jangan paksa mak ayah masuk dewan lama-lama. Tambah yang sudah 60 ke atas. Konvo di Malaysia ni lama dik. Lenguh habis urat saraf. Kerusi pula almaklumlah kerusi bankuet tu jer, sejuk pula dewan konvo, dan toilet tu…kebanyakkan jauh. Pastikan mereka sudah makan dulu. Janganlah nak ikut protokol, mak ayah kita terabai.
- Jangan kalut nak bergambar, sampai ahli keluarga pedih perut sehingga gastrik menyerang. Terutamanya, jika dapat sesi konvo sebelah pagi. Datang la awal sehari dua ke universiti, ambil gambar awal. Tangkaplah 10,000 keping dengan pelbagai gaya sekalipun, silakan.
- Hantarlah mesej kat pensyarah kita. Ucap terima kasih. Majoriti nama dan alamat email para pensyarah ada kat website pusat pengajian/fakulti masing-masing. Biar CGPA tu hampir menjunam ke bumi, tetapi guru itu sentiasa di hargai. Biar sekadar ucapan “Terima kasih”. Itu sebenarnya melambangkan akhlak seorang murid yang sejati.
Selamat berkonvo.
Sumber: Shamshuritawati Sharif Foto: Kredit Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club