Musim Hujan Ni Banyak Pula Nyamuk. Jadi Buat Cara Ni Nak Selamatkan Keluarga Dari Terus Digigit Nyamuk!

Share

Jika ada banyak nyamuk di rumah anda,  lebih-lebih lagi ketika musim hujan ni jadi bolehlah cuba tip ini . Cepat, mudah dan murah. Tak perlu guna penyembur atau pun lemas dalam asap ubat nyamuk dan anda akan nampak kesannya.

Tip ini telah dikongsi dalam satu forum di laman sosial caranya hanya menggunakan air dan juga cecair pencuci pinggan.

Berikut adalah langkah yang perlu dilakukan.

1. Letak sedikit air dalam pinggan putih dan tuang beberapa titisan cecair pencuci pinggan (Lemon Fresh Joy / Harimau Kuat).

2. Kemudian, letakkan pinggan berisi cecair ini di luar rumah untuk elak nyamuk masuk. Nyamuk akan berkerumun di situ dan akan mati selepas terkena cecair ini dalam lingkungan tiga meter dari pinggan itu. Letakkan juga di dalam rumah di bahagian dapur atau ruang tamu untuk tujuan yang sama.

3. Berkesan dan jimat kerana hanya menggunakan bahan yang sedia ada dalam rumah. Mungkin agak ‘trivial’, tetapi ia boleh bantu mengawal nyamuk-nyamuk pembawa virus di sekitar rumah anda terutamanya tempat-tempat yang ada wabak denggi.

Selamat mencuba!