‘Masuk jawi’, bersunat atau berkhatan begitu sinonim dikaitkan bila tibanya musim cuti sekolah. Namun kali ini bersempena PKPB, ramai juga dikalangan ibu ayah mengambil peluang untuk melaksanakan kewajipan berkhatan untuk anak lelaki mereka.
Setidak-tidaknya ketika ini bolehlah ibu ayah memberi tumpuan menjaga anak yang bersunat, memandangkan masih lagi berkerja di rumah.
Oleh itu, sementara ibu ayah menjadi ‘jururawat’ di rumah, ada baiknya ketahui bagaimana cara penjagaan luka berkhatan daripada doktor ini. Semoga ianya memberi manfaat.
10 TIP PENJAGAAN LUKA BERKHATAN
Sekarang ni musim berkhatan, ramai ibu bapa mohon saya tips penjagaan selepas berkhatan agar tidak bentan atau bernanah dan luka cepat sembuh.
Jadi hari ni saya nak beri sedikit penerangan tentang penjagaan luka selepas berkhatan.
1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:
— Jangkitan/nanah
— Bengkak/bentan
— Jahitan terbuka
— Keruping melekat pada balutan
Ads
2. Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
— Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
— Cuci luka dengan normal saline
— Periksa jika ada jahitan & tanda jangkitan
— Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda
3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
— Tahan sakit: diambil bila perlu
— Antibiotik: perlu diambil ikut jadual
— Ubat cucian: lazimnya normal saline
— Elak sapu minyak/herba pada luka
4. Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian(seluar/kain). Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.
Ads
5. Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya. Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.
6. Selepas berkhatan, anak-anak dibenarkan berjalan. Malah mereka tidak digalakkan hanya berbaring sahaja. Aktiviti ringan ini membantu pengaliran darah dan mengurangkan tempoh penyembuhan luka. Cuma jangan lasak sangatlah.
7. Pastikan minum air secukupnya. Ada petua lama yang mengatakan minum air banyak selepas berkhatan menyebabkan bentan. Itu tidak benar. Air yang cukup adalah satu faktor yang penting untuk penyembuhan luka.
Ads
8. Jaga pengambilan makanan. Perlu ambil makanan yang mengandungi protein, serat, vitamin secukupnya. Boleh makan: ayam, telur, ikan, kicap, sayur. Ia tidak akan menyebabkan kegatalan atau kehitaman pada luka berkhatan.
9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:
— Sakit/bengkak melampau
— Nanah yang banyak
— Demam tinggi
— Tak boleh kencing
10. Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
— Jahitan konvensional: tak perlu dibuka
— Klamp: perlu jumpa doktor untuk dibuka
— Gam: tak perlu jumpa doktor semula
— Mesih jahit: perlu jumpa tukang jahit.
OK, yang last tu bergurau je. Jangan kau minta tukang jahit jahitkan cara tulang belut, mata lalat apa semua.
Belajar sesuatu hari ni ? Kongsikan pada yang lain..
Isteri jangan sekali-kali mengelak jika diajak suami untuk bersama. Selain mood yang lebih baik, wanita juga tampil aura cantik setiap kali bersama. Orang kata serinya lain macam setiap kali selepas bersama suami.
Wow! Tapi itulah satu fakta mengenai seks yang sememangnya tidak mampu ditolak sama sekali. Benar wanita kelihatan cantik dengan kuasa solekan, yang mampu mengubah 360 darjah kejelitaan asli seseorang wanita.
Namun tahu tak, kecantikan dalaman yang datangnya daripada kepuasan maksima, kebahagiaan dan kasih sayang daripada pasangan lebih memberi makna dalam erti kecantikan sebenar. Melakukan hubungan intim adalah salah satu cabang kecantikan yang dimaksudkan ini.
Sejujurnya, wanita tampil lebih cantik, berseri dan memperlihatkan aura sebenarnya dengan hanya melakukan seks yang hebat. Bagaimana?
Menurut Dr. Mehmet Oz, seorang doktor ternama daripada Amerika Syarikat yang mengelolakan segmen You Beauty, dalam sebuah majalah di New York, hubungan intim adalah jalan paling mudah dan pantas untuk wanita terlihat lebih cantik.
Pengaliran Darah Lancar
Menurut Dr. Michael Roizen dari Klinik Cleveland Roizen, ketika melakukan hubungan seks, wanita seolah-olah mendapat satu semangat yang jitu daripada aktiviti tersebut. Keadaan ini akan membuatkan darah dan hormon berjalan dengan cukup lancar sehingga terpancar cahaya kemerah-merahan pada kulit. Hal yang sama juga berlaku kepada lelaki.
Kecantikan Alami
Setiap kali ‘bersama’ dengan suami tercinta, seorang wanita akan memperlihatkan pipinya yang kemerah-merahan secara semulajadi. Bukan itu sahaja, malah bibir juga terlihat lebih mulus dan mekar berbanding palitan gincu bibir biasa. Soal kulit? Jangan tidak tahu bahawa kulit wanita juga akan mula memancarkan sinarnya secara alami dan ini menjadikan kulit kelihatan hebat dan bersinar dari dalam.
Redakan Stress
Aliran darah yang baik sememangnya mampu meredakan tekanan pada sesiapa jua. Menurut Mary J Rapini, aturan seks yang hebat dan teratur mampu meredakan setiap organ tubuh untuk berada dalam keadaan lebih baik. Malah seks juga memberi kesan menenangkan yang cukup baik. Kurangnya tekanan membuatkan anda tampil lebih cantik dan berseri-seri.
Kurangnya Risiko Kedutan
Bagaimana hal ini terjadi? Kedutan di kulit banyak dipengaruhi oleh lebihan cahaya matahari yang tembus secara terus kepada kulit. Namun tekanan kepada arteri juga membuatkan kedutan menjadi lebih hebat. Apabila aliran darah berjalan dengan lancar, nutrisi dan oksigen dapat dialirkan dengan lebih baik, maka kurangnya tekanan kepada arteri dan sekaligus mengurangkan kedutan pada wajah.
Rambut Lebih Cantik
Setiap folikel rambut memiliki pembuluh darah dan aliran darahnya yang tersendiri. Aliran darah yang baik dan lancar akan membekalkan nutrisi kepada setiap pembuluh darah di rambut. Keadaan ini akan membuatkan setiap folikelnya terjaga dengan cantik dan sihat. Rambut anda pastinya lebih cantik, sihat dan bersinar.
Payudara Cantik
Setiap kali melakukan hubungan seksual, payudara seorang wanita akan membesar sebanyak 25 peratus. Malah ketinggian puting juga akan meningkat setengah inci daripada biasa. Hal ini pastinya adalah terapi paling hebat untuk wanita tampil yakin jika dibandingkan apabila mereka terpaksa menggunakan push up bra saban hari.
Bakar Kalori
Bersenam dan membakar kalori menjadi satu kepayahan melampau bagi wanita terutama yang mempunyai anak kecil. Usah jadikan ia alasan untuk anda sebaliknya pilihlah aktiviti seks yang mampu membuatkan kalori anda terbakar dengan baik. Melakukan seks sama seperti melakukan zumba. Cukup hanya 15 minit setiap hari.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Medu atau gastrik sejenis penyakit angin. Pernah tak anda alami masalah ini? Selain berjumpa doktor, sebenarnya ada cara tradisional yang boleh membantu masalah medu atau gastrik ini.
Sepertimana yang dikongsikan puan Syirahimie Azmie tentang sejenis rumput yang tumbuh di kawasan rumahnya, rupa-rupanya boleh membantu masalah medu atau gastrik.
Tak sangka rumput yang tumbuh meliar tu rupanya ada manfaat untuk kesihatan. Kalau sebelum ini nampak semak, tetapi memandangkan ia bermanfaat tak salah kan kalau disimpan.
Assalamualaikum pada kawan semua..sis nak share sejenis rumpai yang kebetulan tumbuh di kawasan rumah sis..(spesis rumput…tidak berdahan atau berbatang)
kebetulan lepas cucuk sis alami gerb atau medu atau gastrik..
Ada seorang pakcik bagi tahu pokok ni sesuai untuk penyakit tersebut dan jugak sesuai untuk ibu2 yang mengalami meroyan..
Pokok ni di kampung sis orang panggil pokok/akar kerak nasi..spesis rumput tapi berbunga2..
Caranya..
Basuh bersih2 rumput ni.
Time nasi nak masak ..swiss dah off..buh je rumput ni….letak dlm 5-10minit…dah kecut..kluarkan..boleh dimkn dgn nasi sebgai ulam..sis dah try….
Mungkin banyak lelaki menganggap ini perkara remeh yang cuba dibesar-besarkan oleh isteri. Namun jangan tak tahu inilah jalan pintas untuk buka pintu rezeki sang suami. Sebab tu jangan kedekut nak ‘kenyangkan perut anak dan isteri walaupun mungkin dalam wallet ada duit ngam-ngam je.
setiap suapan isteri memberi pahala kepada suami. Itulah yang dikongsikan oleh pengarah dan penerbit terkenal sheilarusly_jspictures berkongsi nasihat kepada para suami di luar sana dalam menghargai isteri masing-masing. Jangan marah kalau isteri kuat makan..Jangan bising kalau isteri gemuk. Kerana setiap suapan isteri pahala buat suami.. 10 suapan isteri 10 pahala suami. Bila badan isteri berisi tandanya suami memahami. Jommm bawak isteri makan kat The Dim Sum Place harini @thedimsumplacekl
#thedimsumplacekl #jsrasa #sentiasabersyukur #alhamdulillah
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas dua tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi era 80-an, Suliza Salam selamat melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihan, Ismail A Samad, kira-kira jam 11 pagi hari ini.