Banjir yang melanda pada tahun lalu sangat membuka mata ramai orang untuk siap bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku. Perubahan cuaca yang tidak menentu mungkin menjadi antara faktor yang mencetuskan bencana tersebut.
Pelbagai perkara yang tidak dijangka boleh terjadi sekiranya orang ramai tidak peka dengan situasi yang bakal dihadapi.
Tambah lagi setiap hujung tahun, Malaysia kebiasaannya akan menerima taburan hujan yang lebih tinggi daripada biasa hingga menyebabkan beberapa negeri bakal dilanda ‘bah’ atau banjir.
Lantaran itu, orang ramai perlu bertindak selangkah ke hadapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh terjadi, sesuai dengan pepatah Melayu “sediakan payung sebelum hujan”. Oleh itu, setiap rumah perlu mempunyai Bug Out Bag (BOB).
Apa itu BOB?
Menurut infografik yang dikongsikan oleh Berita RTM, BOB merupakan sebuah beg yang mengandungi barangan keperluan yang mampu bertahan selama 72 JAM sewaktu menghadapi krisis bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.
Persediaan ini bagi memudahkan tindakan yang lebih efektif sewaktu berlakunya kecemasan yang tidak dijangka. Sehubungan itu, BOB perlulah diletak pada tempat yang mudah dicapai.
Sewaktu berlakunya bencana yang tidak dijangka, pelbagai barangan atau dokumen penting perlu dibawa bersama termasuk pakaian, kasut, selimut, lampu suluh, bateri, kit kecemasan, ubat-ubatan, wisel, makanan tahan lama/ransum, air kit kebersihan, telefon, bateri pengecas telefon dan wang tunai.
Ads
Di samping itu, seorang pengguna Twitter, @Hfnz9 turut berkongsikan beberapa alatan lain yang turut boleh dimuatkan dalam BOB. Mari ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Antara barang keperluan lain yang boleh dimasukkan dalam senarai BOB ialah
1. Pengecas solar, Back up kepada powerbank sewaktu bencana.
2. Meal ready to eat (MRE) sesuai kerana tarikh luput MRE panjang. Banyak dah orang jual dekat Shopee. Kalau waktu terdesak sekarang ni, beli sahaja biskut yang lama tarikh luput untuk makan ketika kecemasan.
3. Dry bag. Boleh digunakan untuk simpan barang penting seperti handphone, powerbank, dokumen penting, wallet dan juga baju yang belum digunakan. Boleh dijadikan pelampung ketika waktu memerlukan.
Ads
4. Mini stove & gas. Boleh digunakan untuk panas rangsum & air. Jika terkena hiportemia kita boleh gunakan untuk memanaskan badan.
5. Walkie talkie/radio/handy. Boleh digunakan untuk minta bantuan menggunakan frequency kecemasan yang telah ditetapkan semasa bencana. Selain itu boleh juga dengar arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa menggunakan radio.
6. Emergency blanket boleh digunakan jika ketiadaan pakaian kering. Ia berfungsi untuk memanaskan badan dan mengelakkan hiportemia/kesejukan melampau. Boleh beli dekat decathlon harga dalam RM10.
Ads
7. Life jacket penting bagi mereka yang tak reti berenang. Boleh juga kita gunakan untuk menyelamat orang lemas semasa keadaan memerlukan.
8. Lifestraw & sawyer. Kita boleh minum air banjir menggunakan penapis air ini jika keadaan memerlukan. Lifestraw atau sawyer tak tapis virus dalam air. Jadi lepas tapis, kalau tak boleh masak, purify dgn aquatabs dulu baru minum.
9. Untuk kurangkan beban pada lifestraw, buat tapisan pertama guna kain dulu utk tapis kotoran kasar mcm pasir/lumpur.
Ringkasnya, Bug Out Bag (BOB) ini sangat penting lebih-lebih lagi dalam keadaan krisis ataupun darurat kerana mampu memberikan bantuan selama 72 jam.
Sumber: BeritaRTM, Twitter @Hfnz9
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cenderung berkongsi kisah di sebalik tabir berkaitan kerja-kerja kebajikan yang dilakukan, terkini pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew dengan segera telah menghulurkan bantuan kepada seorang ibu tunggal yang gambarnya tular di media sosial sedang menghantar makanan menaiki motor sambil mengendong anak oku buta.
“Hadiahkan kereta buat ibu tunggal Azimah Rahim yang tular kerja menghantar makanan sambil mengendong anak oku buta.
“Menangis akak terharu dalam kereta hadiah untuknya sambil peluk anaknya dan kata,ya Allah anak rezeki kita. Tak sangka dapat rezeki begini.
“Sebak sayu hati bila ziarah akak ni tadi. Kuatnya seorang ibu demi membesarkan anak dengan kerja menghantar makanan dengan mengendong anaknya,” cerita ustaz Ebit Lew di akaun facebooknya.
Difahamkan bantuan yang diberikan itu, bukan kali pertama. Ini sebagaimana dijelaskan oleh Ustaz Ebit Lew lagi.
“Syukur pada Allah , 11 bulan lalu kami carikan rumah dan kami bayarkan sewa bulanan rumah akak ini dan anak kecilnya sehingga kini. Kami cuba bantu nak carikan pengasuh tetapi anak ini aktif dan tidak mahu orang lain. Beberapa pengasuh tak dapat menjaganya kerana dia perlu perhatian 24 jam oleh ibunya.
“Menangis bila jumpa akak ni. Katanya dari arwah maknya ingin jumpa saya. Setiap hari doakan saya.
“Hari ini kami hadiahkan sebuah kereta supaya akak ni boleh kerja menghantar barang dan makanan menggunakan kereta. Kadang mengambil tempahan membuat mee kari dengan laksa untuk rumah yang inginkan. Beliau pandai masak juga.
“Ya Allah semoga Allah beri kekuatan buat kakak ini bersama anak kecilnya,” doanya diakhir perkongsian.
Sumber : Ebit Lew
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Siapa sahaja yang tidak kenal dengan personaliti tv yang cukup sinonim dengan rancangan membeli belah Go Shop buat beberapa tahun lamanya, wajah manis Nur Syakirin Husnal As’hari saban hari dinanti kemunculannya di kaca TV.
Bukan sahaja kerana cantiknya dia, malah kepetahan bercakap untuk mempromosikan barangan di dalam rancangan tersebut, benar-benar berjaya mencuri perhatian penonton hingga ada yang menggelarnya sebagai kakak Go Shop!
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Pun begitu, tidak ramai mengetahui bahawa ibu kepada dua cahaya mata ini telah mencipta kejayaannya yang tersendiri di dalam bidang akademik apabila baru-baru ini dia telah menamatkan pengajiannya di peringkat sarjana.
Kenangan manis mengenakan jubah konvokesyen di majlis istimewa tersebut telah dikongsikan di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Difahamkan Syarikin Husnal merupakan graduan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) dalam jurusan Sarjana Pengurusan Perniagaan (Pemasaran). Malah apa yang lebih membanggakan, bukan sahaja berjaya menamatkan pengajiannya bahkan ibu mud aini berjaya memperolehi purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.98 dan sekali gus dinobatkan sebagai pelajar terbaik Sekolah Perniagaan UNIRAZAK.
Berkongsi perjalanan sebelum menamatkan pengajian dengan keputusan cemerlang, graduan dalam bidang kejuruteraan biokimia dari Donyang Mirae University dan Yonsei University Korea Selatan ini mengakui bukan mudah memikul tanggungjawab sebagai isteri dan ibu ketika menyambung pelajaran.
Sempat kerja. Sempat mengandung. Sempat bersalin. Sempat jaga anak. Sempat buat extra curricular activities. Sempat buat job luar. Sempat manage election campaign. All during my MBA journey.
“Alhamdulillah saya mempunyai sistem sokongan yang kuat. Dan sudah tentu, saya banyak berkorban untuk berada di tahap ini, terutamanya berkorban masa lapang. Sesungguhnya tiada yang lebih menggembirakan selain dapat melihat hasil jerih payah ,” kongsinya apabila pengikut Instagramnya mengajukan pertanyaan bagaimana dia berjaya menamatkan pengajiannya walaupun sibuk.
Tentunya ramai yang akan merinduinya mengacara program Go Shop, bukan? Namun Syakirin sudah menamatkan perkhidmatannya bersama Astro selepas 11 tahun berkidmat di syarikat penyiaran terbesar negara itu.
Baru-baru ini, Syakirin dilihat memulakan tugas rasminya dalam sektor kerajaan. Semoga terus maju jaya!
Tidak keterlaluan kalau dikatakan antara banyak-banyak ruang di dalam rumah, dapur menjadi antara tempat yang paling lama kita sebagai seorang ibu berada.
Lantas, pastinya kita inginkan ruang dapur yang selesa, kemas dan lengkap dengan kabinet.
Pun begitu, tidak dinafikan juga untuk mengadakan kabinet tersebut memerlukan kos yang agak besar.
Sedar hal itu, seorang suami ini sanggup melakukan pertukangan sendiri untuk menghasilkan kabinet dapur untuk isteri tercinta walaupun ilmu pertungannya bukanlah ditahap seorang pakar.
Pun begitu, hasilnya cukup membahagiakan isterinya. Malah apa yabg lebih menarik, kos yang dikeluarkan juga jauh lebih murah iaitu hanya RM 300 sahaja.
Jom semak perkongsian seorang suami ini.
KABINET DAPUR BUATAN SENDIRI RM300
Assalamualaikum wbt. Disebabkan harge nk buat kabinet dapur tinggi mencecah 2k -3k. Setelah google2. Jadi sy mengambil langkah untuk buat sendiri.
Nak cuba buat sendiri. Saya ade sertakan gambar2 projek kabinet dapur diy dari mula hingga siap. Ok sekarang dh siap kabinet dapur yg sy buat sendiri di rumah ku syurgaku. Kos tak mahal mana pun lah cuma perlukan kemahiran sikit. Isteri pun makin sayang.
Antara bahan2 yang sy gunakan: Kayu 1×2 Papan playwood 4mm Kayu siling (utk bingkai) Engsel pintu Skru kayu 1 inci Siller + cat minyak + kertas pasir Pemegang pintu (pakai yg cantik sikit) Magnet pintu almari
Kos semua dlm RM300 lebih kurang. Jimat kan? Bagi sy jimat lah sb xde duit bnyk sgt nk buat grand2. Duduk kampung je.
Step by step
Mule2 pasangkan kayu 1×2 utk frame die
2. Kemudian ukur pintu bagi ngam2
3. Pasang tiang antara pintu dan pasang pintu. Pintu buat dari playwood 4mm
4. Belakang pintu ni letak magnet pintu almari. Ade jual kt hardware
8. Dh kering sambung cat bingkai dgn penuh sabar. Bukan ape takut menitis
9. Ok dh siap pintu kabinet dapur diy yg dibuat sendiri. Belah dlm tu nt lah sambung. Yg penting dh ade pintu.
Ekstra tip:
Sebelum pergi beli barang2 tu elok ukur dulu saiz dan panjang serta catatkan banyak mana nk beli bkn ape nanti terlebih beli. Kalau boleh minimum kan kos die lagi baik.
2. Mana2 suami yg pandai bertukang tu boleh lah buat sendiri je. Masa kalau buat tu 2 minggu boleh siap buat sikit2 lepas balik kerja dgn hari cuti.
3. Bukan ape isteri suke sangat bile ade kabinet dapur sb die boleh isi mcm2 dlm tu. Takde lah nampak bersepah.
Sekian perkongsian dari sy.
sumber : Aliff Muhammad via Deko Rumah Ku Syurga Ku
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas insiden membawa dua lelaki ke dalam rumah, kali ini pempengaruh doctor selebriti, Dr Say diuji sekali lagi bila mana pembantu rumahnya mengasari anak ketiganya yang baru berusia 10 bulan.