
Orang Malaysia ni tak boleh lari dari mencari makanan untuk kudapan. Walaupun dah makan berat, tapi mulut ni gatal je nak mengunyah makanan bergerak tanpa henti.
Yang mana rajin nak buat kupadan sendiri tu, ada satu idea menarik iaitu muruku. Bukan muruku biasa tetapi muruku ini menggunakan mee kuning seperti yang dikongsi oleh Ariff Budiman di laman Facebooknya.
MURUKU EKSPRES GUNA MEE KUNING, CEPAT & SEDAP!
Dari membiarkan mee kuning rosak, saya buat muruku. Cara-cara mudah sahaja.
Bahan-bahannya:
Mee kuning – beli di sini
Tepung bestari – beli di sini
Daun kari
Cara-caranya:
1. Basuh mee kuning dan toskan hingga kering.
2. Gaul dengan tepung bestari dan panaskan minyak.
3. Goreng mee dan taburkan daun kari.
4. Bila buih yang di goreng kurang baru Angkat dan Biar hingga sejuk. Sedap walaupun tak sama macam guna tepung muruku.
Sedap! Boleh hidang untuk tetamu kalau tak ada idea nak buat apa.
Sumber: Facebook Ariff Budiman Zainal Abidin
“Pergi Scan, Tengok Sendiri Baby Sihat, Bergerak.” Isteri Hamil 5 Bulan, Issey Syukur & Teruja Bakal Timang Anak Lelaki!

Tiada yang lebih membahagiakan seorang suami bila mana mendapat tahu isteri sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata. Lebih-lebih lagi, cahaya mata itu cukup dinantikan.
Demikian juga dengan penyampai radio Issey yang berkongsi kegembiraan pertama kali berpeluang melihat bayi mereka ketika membawa isterinya membuat imbasan untuk mengetahui tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
“Semalam masa buat review untuk satu produk ni. Aku termenung lama dekat kabinet ni. Mengenangkan kuasa Allah swt. Subhanallah. Sesungguhnya kau maha agung Ya Allah.
“Mungkin ni pengalaman pertama issey. Alhamdulillah. Semalam pergi scan. Dapat tengok sendiri baby sihat, bergerak.
“Baru aku tahu excited dia macam mana bila nak menjadi seorang ayah ni. Doakan yang terbaik untuk kami semua.
Sebelum ini, pemilik nama Fazlisham Mat Hussin itu meluahkan bahawa dia sengaja menyembunyikan perkhabaran gembira tersebut kepada umum sehingga tiba waktu yang sesuai..
“Alhamdulillah, empat bulan sudah. Cuma kami mengambil keputusan tak nak beritahu awal-awal, apabila kandungan dah betul kuat, baharu kami sedia nak umumkan.
“Apabila dapat tahu isteri mengandung, sudah pasti saya paling teruja. Walaupun ini merupakan anak keempat bagi isteri saya, dia pun turut teruja sama sebab ini merupakan anak pertama kami.
Sumber: isseyfazlisham
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Jika Kita Rasa Lebih Susah, Ada Lagi Yang Lebih Susah. Ambil Iktibar Dengan Perkongsian Ini.

Hidup ini penuh dengan cabaran. Jika kita rasa kesukaran dalam hidup ada lagi yang lebih sukar.
Setiap kita akan mengadapinya dengan pelbagai dugaan.
Sebagaimana dengan perkongsian ini.
Kalau anda rasa hidup anda susah, cuba baca cerita makcik ini.
HARTA BENDA MUSNAH DEK BANJIR
Makcik bertudung pink di dalam gambar ini adalah salah seorang daripada lebih 7000 mangsa banjir di Johor.
Makcik ni bagitahu air naik terlalu laju daripada parit di depan rumah mereka. Makcik ini hanya mampu menyelamatkan diri sahaja kerana air yang menerjah masuk ke dalam rumahnya melebihi paras kepala!
Bila ditanya tadi apa je pakaian yang ada sekarang. Dia cuma melihat pada baju yang sedang dipakainya tadi tanpa mampu berkata apa apa.
Bila ditanya ” apa je yang masih ada makcik?”. Tiba tiba terlihat mata beliau mula digenangi air. Makcik tersebut tunduk, tidak mampu berkata apa apa lagi.
Situasi tersebut mengejutkan saya. Mujurlah ada ahli rombongan Misi Bantuan Banjir Yaminika Love saya tadi ada wanita. Beliau lah yang pergi menenangkan makcik ini.
” Suami makcik kerja apa?”
” Suami makcik sakit. Tak kerja. Strok “
Allah. Saya pula yang sebak nak menangis tadi.
Bayangkan rumah kecil di ceruk kampung yang dikelilingi kelapa sawit ditenggelami banjir lumpur dengan kesemua pakaian yang ada ditenggelami lumpur hamis dan habis semua perkakas rumah rosak dalam satu malam. Ditambah lagi dengan suami yang sakit.
Bayangkan apa yang sedang dilalui oleh makcik ini. Bayangkan bagaimana tidur makcik ini pada malam ini.
Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
انظروا إلى من هو أسفل منكم ولا تنظروا إلى من هو فوقكم ، فهو أجدر أن لا تزدروا نعمة الله عليكم
“Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” (HR. Bukhari dan Muslim)
UJIAN BUAT KITA
Teman-teman,
Kita akan diuji pada titik terlemah diri kita. Takkan terlepas walau satu diri pun daripada diuji.
Kadang kita ingat Allah cuma menguji orang yang miskin dan asnaf sahaja. Tapi tidak teman teman.
Orang kaya juga diuji. Orang senang juga diuji. Akan sampai masanya mereka juga akan ditanya tentang kesenangan mereka. Akan sampai masanya mereka akan ditanya juga tentang kekayaan mereka.
Bersyukurlah jika kita diuji dengan harta dan kesenangan kerana ramai manusia yang diuji dengan kesenangan dan kekayaan tak mampu pun melepasi ujian tersebut.
Sometimes we’re tested. Not to show our weaknesses but to discover our strengths
Sumber: Taufiq Razif
Duit KWSP 200K Cepat Habis Sebenarnya Jika Tak Buat 5 Ini Sebelum Pencen.

Duit KWSP 200K Cepat Habis Sebenarnya Jika Tak Buat 5 Ini Sebelum Pencen.
Siapa yang tak gembira bila pencen atau bersara segala hutang semua dah tak ada. Boleh hidup dengan tenang dan santai tanpa terikat dengan mana-mana komitmen dan kerjaya.
Ketika ini duit dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh dikeluarkan untuk meneruskan kehidupan seharian.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Namun kadang kala jumlah duit dalam KWSP ratusan ribu dilihat banyak membuatkan kita gelap mata hingga berbelanja dengan boros. Malah sudah tentu ada yang merancang ubah suai rumah atau memiliki kenderaan baru.
Cukup merisaukan apabila tanpa sedar kita membuat liabiliti terutama pembelian kenderaan baru. Duit ratus ribu pasti cepat habis, tanpa sedar bahawa itulah duit yang akan menjadi saraan hidup semasa kita sudah berusia.
Sebagaimana nasihat Pakar Kewangan ini, Azizul Azli Ahmad menerusi perkongsian di facebooknya setelah seorang warganet meluahkan duit pencen suaminya sebanyak RM200,000 telah habis digunakan untuk pelbagai tujuan.
Moga perkongsian ini menjadi iktibar buat kita semua agar menguruskan kewangan dengan yang baik. Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
CEPAT HABIS DUIT RM200K SEBENARNYA!
- Sebelum pancen, rancang agar semua hutang selesai pada usia 55 tahun. Elakkan ada hutang lepas usia 55 tahun.
- Jangan buat hutang baru menjelang usia persaraan. “Rugilah saya tak manfaatkan loan saya sebelum pencen”. Kita rugi atau bank yang sedang untung.
- Jual sahaja rumah lama dan biar ada satu rumah sahaja. Jika sewa berbaloi, sewakan sahaja.
- Jika dapat ganjaran pencen bawah RM250k, Jangan ghairah nak renovasi rumah, beli kereta baru, buat rumah idaman, kahwin gadis manja lagi satu. Jangan! Duit akan cepat habis.
- Jangan ada impian buat rumah lepas bersara, belilah rumah dari zaman kita bekerja. Banyak belanja dan risiko duit akan hilang nantinya.
Kawan kawan,
Jika dapat duit RM240k sebagai ganjaran persaraan. Jika usia kita sampai 75 tahun, kita ada hanya sebulan RM1000 untuk belanja hidup.
Rasanya tak cukup. Belum belanja anak anak yang masih belum habis sekolah.
Tak semua impian perlu dilaksanakan, adakala biarkan impian kekal jadi impian dari terpaksa bekerja bila bersara.
Sumber: Azizul Azli Ahmad
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club